Khamis, 30 Jun 2016

SEORANG TUA DI MALAM SEPI










194 SEORANG TUA DI MALAM SEPI


Se orang tua
Bangun di malam sepi
Mencari malam seribu bulan
Sering melakukan sujud yang panjang
Dia bagaikan fasrah kepda takdir Allah SWT.

Seorang tua
Hidup di hujung senja
Jiwanya nampak rasa tenang
Dia jarang mengeloh banyak berzikir
Malah dia bersyukur dan memuji Allah SWT.

Seorang tua
Tidak mengharapkan
Apa-apa daripada sesiapa pun
Kerana dia tahu akan ketentuan takdir
Tiada ada sesiapa pun dapat menghalangnya.


Oleh; Nurimanja
BBPTK .  Pulau Mutiara,
Isnin 6.40 ptg 25hb, Jun 2016.,

Rabu, 29 Jun 2016

BILA BERGEMA TAKBIR RAYA






BILA BERGEMA TAKBIR RAYA
-buat yang jauh diseberang

Bila bergema takbir  aidil fitri,
Membelah kediginan malam sepi
Memuji- muji  namamu illahi
Kerana esok ada pesta kejayaan
buat pengorbanan ibadat sebulan.

Bila bergema takbir aidil fitri,
Ada anak bulan di atas pusara
Dari celah ranting puding kering
Terdengar suara  sendu dan sayu
Tangisi seorang anak kelangan ibu.

Bila bergema takbir aidil fitri,
alunannya suara melewati kamar
Senyumku cuma bagai dipaksa
Kerana hatiku  sedih dibuai resah
Terkenang ayah bonda sanak saudara
Sedangkan badan jauh di rantau orang,

Oleh; Nurimanja,
Catatan Laut Cina Selatan,
Siar Berneou Post,
Julai 1982