Jumaat, 24 Jun 2016

SAHUR BERSAMA DUA BIJI KURMA






SAHUR BERSAMA DUA BIJI KURMA

Sesekali dalam bulan puasa pun
Berlaku juga kepada kita hari ini dalam sejarah
Bila puasa hari kedua kepalaku pening memusing dunia
Antara muntah dan tidak berlaku antara waktu semua orang bersahur
Aku gagah juga meminum air dan makan cuma dua biji buah tamar untuk bersahur

Esoknya puasaku berjalan lancar
Tanpa pula merasai diri lapar atau pun dahaga
Cuma aku tidak dapat bangun melainkan  tidur sahaja
Selepas setiap solat lima waktu sehingga hamper waktu berbuka puasa
Aku cukup bersyukur kerana  sepanjang hari itu tidak pernah rasa lapar dan dahaga.


Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 5.25 pagi
Tanggal Khamis 9hb Jun 2016

2 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Nasib kau lah Qalam ,jika puasa dengan 2 biji tamar dan sedikit air boleh tahan sampai ke petang . Hebat lah .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Dulu Pamanku dia lagi untung , balik mengajar dari sekolah terus ke dapur minum segelas air sejuk . Lepas itu baru Pamanku sedar dia puasa. Teruskan saja puasa ...