Khamis, 16 Jun 2016

KETENANGAN ITU HADIAH PALING MAHAL













KETENANGAN ITU HADIAH PALING MAHAL .

Bangun di awal pagi
datangnya sang mentari
siang menjadi terang itu berkat.

Siang itu terang,
terangilah lagi dengan ibadat
jangan digelapkan dengan dosa.

Allah menjadikan siang
untuk kehidupan buat kita
tetapi kenapa kau hitamkan
dengan dosa dan kemaksiatan.

Allah menjadikan malam itu gelap,
terangilah dengan munajat
kerana siang banyak dosa
malam segera bertaubat.

Dalam kegelapan
kita menghimpun dosa
lalu diterangi dengan ibadat.

Terangilah rumah kamu:
dengan membaca Al Quran
dan bersolat di hujung malam.

Lalu Allah berikan kamu
kebahagian dan ketenangan
hadiah paling  mahal di dunia ini.

Oleh: Nurimanja,
Catatan ceramah bebas,
Puisi Lagenda Dua tiga hari lalu  2010

3 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Bila kita berada usia di hujung senja berbanyaklah amal ibadat kepada yang maha Esa

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kerana berakit-rakit ke hulu berenang renang ke tepian, kata orang dahulu kala, bersakit-sakit dahulu utk bersenang-senang kemudian .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Jangan kita hitamkan hidup kita dgn warna kehitaman akibat banyaknya dosa.