Sabtu, 25 Jun 2016

MENCARI LAILATUL QADAR














MENCARI LAILATUL QADAR

Andaian 21 Ramadan tahun ini.

Di bulan Ramadan al Karim
Ada satu malam ganjil yang mulia
Manusia berlumba-lumba mencarinya
Beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan
Anda akan bertemu satu malam penuh kemuliaan.

Setiap doa anda di terima
Para malaikat membawa rahmat
Dengan perentah keizinan Allah SWT
Menilai mereka yang beribadat bermunajat
Berdoalah pada malam itu sehingga terbit fajar.

Mencari lailatul Qadar ini
Perlulah ada pengorbanan sedikit
Kuatkan iman kerana ingin beribadat
Rajin bangun malam tinggalkan pembaringan
Untuk mendapatkan kelebihan malam seribu bulan.


Oleh; Nurimanja,
BBPTK . Pulau Mutiara,
Isnin 6.40 ptg 20hb, Jun 2016



2 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Rebutlah bonus atau promosi daripada Allah SWT.
Carlah di sepuluh malam terakhir ramadan
satu malam yg penuh kemuliaan
segala doa akan diberkati.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Carilah pada malam yang gangil dari 10 malam terakhir itu . pasti ada kelainannya . jika dapat dikira ibadat anda bernilai seribu bulan sama dgn beribadat anda 82 tahun lebih .