Rabu, 29 Jun 2016

BILA BERGEMA TAKBIR RAYA






BILA BERGEMA TAKBIR RAYA
-buat yang jauh diseberang

Bila bergema takbir  aidil fitri,
Membelah kediginan malam sepi
Memuji- muji  namamu illahi
Kerana esok ada pesta kejayaan
buat pengorbanan ibadat sebulan.

Bila bergema takbir aidil fitri,
Ada anak bulan di atas pusara
Dari celah ranting puding kering
Terdengar suara  sendu dan sayu
Tangisi seorang anak kelangan ibu.

Bila bergema takbir aidil fitri,
alunannya suara melewati kamar
Senyumku cuma bagai dipaksa
Kerana hatiku  sedih dibuai resah
Terkenang ayah bonda sanak saudara
Sedangkan badan jauh di rantau orang,

Oleh; Nurimanja,
Catatan Laut Cina Selatan,
Siar Berneou Post,
Julai 1982


1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Pamanku pernah mengalamani keadaan di pagi raya bila badan jauh di rantau orang.