Ahad, 12 Jun 2016

AKU KINI TAK KUASA LAGI MELAWAN DUNIA













AKU KINI TAK KUASA LAGI MELAWAN DUNIA


Dimana silapnya kita
Kalau sudah tahu hidup ini
Cuma buat sementara waktu sahaja
Mengapa kita masih asyik untuk bersamanya

Sudah bersediakah kita
Tentang amalan di hari kemudian
Mengapa masih gemar beradu domba
Melontar tohmah dan fitnah sesama seagama

Tidakkah kita takut nanti
Akan azab Allah SWT yang diterima
Kerana di akhirat setiap amalan baik dan buruk
Semuanya tetap akan di timbang dan diperhitongkan

Jadi sebaik usia tua ini
Banyak bertaubatlah dan berastaghfar
Semoga perjalanan kita menuju puncak nanti
Tidaklah  sehina waktu mula kita datang ke dunia fana ini .


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.55 pagi
Hari Khamis 25hb Mei, 2016.

2 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Bila usia kita berada di hujung senja sepatutnyalah banyak sujud syukur dan menilai kedudukan kita di waktu muda remaja dahulu ?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Usia bonus inilah sebaiknya dipergunakan sebaik mungkin kerana peluang masih terbuka , bukan lagi mencari kedudukan dan pengaruh di dunia fana ini. kerana semuanya tidak kekal dan abadi.