Isnin, 31 Mei 2010

DIANTARA DUA JENDELA


Di kampung,
buka saja jendela
kita pun melihat kabus
dan pokok bersama  haiwan
kicauwan ungas dan kokok ayam
rasa sunyi, damai, aman dan tenang.

Di Bandar,
buka saja jendela
nampak banyak rumah jiran
orang ramai yang berkeliaran
kebising keinderaan dan penjaja
suara riuh,kesebukan dan kekalutan.

Aku menilai,
Di antara dua jendela ini
telah pun aku alami puluhan tahun
mengajar aku menjadi seorang lebih dewasa.
hidup lebih berhati-hati dan bertimbang rasa
semoga perjalanan ini selamat ke penghujungannya.

Oleh; Nurimanja,
menjiwai erti kehidupan
sesekali melewati kampungku.
Mei, tiga empat bulan yang lalu 2010.

Ahad, 30 Mei 2010

RINDU SEORANG AKU



Rindu seorang aku
adalah lebeh hebat
ketika rembang petang
ingatan semuanya terpunggut
menjadikan longgokan rindu

Rindu seorang aku
masakah yang mendesak
melempar aku diperantauwan
memaksa aku  mencari pengalaman
belajar erti sebuah kesusahan,
 
Rindu seorang aku
terasa sepi di hujung waktu
bla malam lambat beridar
mentari pagi malas betapak
menjadikan resah dicengkam sayu
 
Oleh : Nurimanja,
Di teratak sepi desa pengitan,
Hujung September, 1981.

MENILAI SENI HASIL KARYA SENI




Seni itu halus dan yunit
susah untuk dibuat penilaian
seni sebenar bukat dibuat atau direka
tetapi lahir dari citarasa hati suci murni.

Seni itu sesuatu yang ikhlas
kalau menyanyi bukan kerana suara
kemerduan itu lahir bila anda menghayati
penyampaian isi cerita,maksud dan tujuannya.

seni perlu ikhlas dan yunit
bukan kerja sebarangan dan mudah
malah  sukar dinilai dengan mata kasar
cuma dapat dibaca melalui rasahati dan jiwa.

Sedenyut Rasa Oleh : Nurimanja
sempena hari seni/seniman
29hb, Mei, 2010.

Sabtu, 29 Mei 2010

SEORANG AKU


Seorang aku
adalah kunang-kunang
terbangku buat seketika
melewati dari pohon ke pohon
bakau, berembang dan pedada
sesekali cuma bergelipan
dihujung malam kelam
mestikah ada yang bertanya
jika diriku esok akan musnah
di bakar panas mantari pagi….

Oleh; Nurimanja,
Tasek Biru, Serawak.
Hujung Septem
ber 1981.

BILA QIAMAT DATANG PELUANG TIADA LAGI




Bila qiamat pun datang!
semuanya dalam keadaan terkejut
tidak ada peluang lagi untuk bertaubat
kerna Allah tidak akan menangguhkannya lagi.

Bertempiaranlah manusia!
berlari membawa diri kesana kemari
tidak pedulu lagi antara satu sama lain
cuma mahu melepaskan kepentingan diri seniri.

Oleh sebab itu bersedia!
Sebelum datang Qiamat mengejut
sebagai mati yang tiak pernah disedari
kini perlulah kita banyak mengingati mati
dari menambah dosa mencritakan hal orang lain.


Oleh ; Nurimanja,
cuma ziarah Balik Pulau,
Temuduga tidak jadi Seri Pulau.
17hb, Mei, 2010. Masih belum terbuka hati.

Jumaat, 28 Mei 2010

NILAILAH KASIH SAYANG ALLAH


Kenapa orang kapir kaya raya daripada kita
kenapa mereka berwajah cantek dan hendsome
malah kehidupan mereka juga lebih sempurna
berbeza dengan kita orang-orang beriman ini?

Seorang tua berusia lebih 60 tahun hidupnya,
tidak penah mengaku beriman kepada Allah SWT
tetapi Allah masih memberi rezeki kepadanya
kita yang beriman rasa kecewa dengan musibah
ujian yang dikira terlalu kecil dan sadikit ,

Sebenarnya bala dan musibah  mungkin hikmah,
bangun kita dari kesusahan dan cuba berikhtiar
muhasabah diri dengan solat sunat selama ini
yang kita tinggalkan kembali mengerjakannya.

Oleh ; Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas,
malam sabtu 15hb, Mei, 2010.

Khamis, 27 Mei 2010

JANGAN MENGELOH, MENYUMPAH ATAU MENYARANAH.

Bagi mereka yang terkena kecelakaan atau musibah
angaplah sebagai azab yang sadikit daripada Allah
jangan mengeluh, menyangka Allah tidak adil lagi
dengan memukul pula dada kepala kerana kekesalan.

Sebenarnya manusia itu cepat alpa dan menzalimi
muhasabahlah diri dengan musibah sebagai satu ujian
ingatlah orang lain pun Allah kenakan musibah jua
lebih tinggi kedudukannya lebih hebat musibahnya 

Janganlah kamu menjadi manusia kupur kepada Allah
kerana nekmat yang Allah  berikan tidak terhingga
satu musibah dengan sepanjang kehidupan kurniaanNya
bersabar, berusaha, redha dan bertawakal kepadaNya.

Oleh ; Nurimanja,
catatan ceramah kuliah dhuha,
tanggal 25hb, Mei, 2010

Rabu, 26 Mei 2010

MANUSIA SUKA TERGESA-GESA



Adam dijadikan hari jumaat
belum lagi sempurna sifatnya
terus ingin bangun berjalan

Inilah satu sifat manusia
yang kerjanya suka tergesa
membuat sesuatu dengan cepat

Sikap yang tergesa-gesa ini
tabiat yang dibenci Allah
Dan kegemaran kerja syaitan

Oleh ; Nurimanja,
Catatan dari Penceramah
17hb, Mei, 2010.

Selasa, 25 Mei 2010

BUAT SANTAPANJIWA



Cukupkah hari ini sekadar,
kita menekmati santapan jiwa,
pada saban pagi sebelum waktu dhuha,
dengan menekmati secangkir kopi segar iman,
dan bersama sekeping  roti manisnya rasa taqwa,
buat mengenyangkan santapan rohani dan jasmani kita,
singgahlah dulu di surau atau masjid kedai kuliah subuh,
tidak perlu bayar satu sen pun, cuma sekadar diam dan dengar,
kalau kita rajin,buatlah sadikit catatan rengkas,pesan tauke kedai,
untuk bekalan kepada saudara-mara kita yang sebuk dengan urusan dunia.

Oleh ; Nurimanja,
BBTK  Tk Kumbar, Bayan Lepas,
Tanggal 20hb, Mei, 2010.

Isnin, 24 Mei 2010

IBUBAPA JANGAN MEMBERI ANAK TERLALU MANJA




-seperti pemerentah kepada rakyat-


Kini pun telah banyak kita lihat apa yang sedang berlaku
kepada sesaorang ibubapa yang terlalu amat memberi manja
kepada anak-anak konon sebagai permata hati kesayangannya
kini akhirnya dibalas dengan kekecewaan dan mendukacitakan
Malah ada langsug tidak mengenang budi jasa kedua ibubapa

Kini telah ramai anak muda yang bertukar menjadi kecewa
harapan yang tinggi menggunung sudah punah ranah jadinya
terpaksa menghadapi masa depan yang pudar dan gelap gelita
seperti seorang penagih dadah yang hilang punca pencarian
kerana gian perlu wang mereka sanggup melakukan apa saja.

Begitulah jadinya sesaorang ibubapa yang bersusah payah
membela anak-anak dari dalam buai hingga menjadi dewasa
tanpa marah, tanpa bandah, malah ikut apa saja katanya
bila besar mula mendurhaka tunjuk belang dan taringnya
kini ibubapa yang menanggung memendam segala rasa kecewa.

Oleh : Nurimanja,
Buat renungan para jendarasi,
jika kamu durhaka,anak kamu pun sama,
Catatan Perbincangan terkini,22hb, Mei, 2010.

Ahad, 23 Mei 2010

MANUSIA BAGAI BUIH


-sajak legenda-


Asalnya
kita bagai buih
besih dari tepian
keluar daripada hembusan
dan bisikan  urutan yang tenang,

Kini kita
dibawa arus deras
mengalir hanyut ketengah
kocakan gelombang muara sungai,
Lalu kita
betemu dengan alun laut,
ganas dan buas menghempas
diri kita  dihimpit dan dilambung
terapong, mungkin tidak kembali lagi ketepi.
 Oleh ; Nuimanja,
Di tepi parit,sungai dan laut. 
30hb, 12,1972.(B)

ALLAH MENCABAR KEENGKARAN MANUSIA




Jika engkau engan patuh dan tunduk
sila carilah bumi dan langit yang lain
jangan kamu sedut udara dari Allah
kerana bumi tidak semestinya bulat
seperti apa yang engkau sangkakan.

Bumi makhluk bahru pasti ada kurang
pada bentuknya dan juga penghuninya
jika engkau merasai gagah dan kuat
ternyata sangkaan kamu itu  meleset
kerana Allah tidak memberi petolongan
kecuali orang yang beriman kepadaNya.

Oleh; Nurimanja,
Catatan Kuliah Maghrib,
21hb, Mei, 2010.

Sabtu, 22 Mei 2010

SEBUAH KOTA PERJUDIAN



Sebuah kota perjudian,
di dalamnya paling mudah
gugur bintang-bintang kecil
lalu tergelam dirahang malam
sehingga lemas dihujung pagi

Sebuah kota perjudian,
gelanggang perjudian hidup
gadis lincah bermain lumpur
menjual diri dengan harga remaja
di kaki waktu malam mencabar.

Sebuah kota perjudian,
berkeliaran kutu-kutu hantu
di lorong dan rumah rahsia
hidup mempergadaikan maruah
melempar nasib ke gerbang neraka.

Oleh; Nurimanja,
19/8/102.

SEKADAR CUMA ANDAIAN



Andaian biasa cuma kata dua
boleh jadi atau boleh jadi tidak
tidak salah sesiapa mungkin membuat
satu andaian telahan rekaan atau gurauan.

Andain ada betul dan ada salah
kekadang benar pula, tidak mengapa
terkadang salah tidak salahkan sesiapa
sekadar andaian tidak semestinya diterima.

Dalam kehidupan banyak andaian
jika seorang yang punya hartabenda
berbagai andaian wujud di dalam kepala
kalau hidup miskin andaiannya pula berbeza.

Oleh ; Nurimanja,
Setelah banyak ulasan
dan andaian diterima 2010.

Jumaat, 21 Mei 2010

OZON KINI TELAH TERKOYAK



Kepanasan kian melampau
bumi kini semacam gelabah
keadaan ozon pula terkoyak
sebesar negara Austarlia

Di India ramai warga mas
meninggal kerana kepanasan
rumput dan haiwan gelisah
warna kepanasan luar biasa

Bila ozon telah terkoyak
panas menyerang tanpa tapis
bahangnya memijar di atas
mudah alah bayi dan rangtua.

Oleh : Nurimanja,
Catanatn kaji cuaca,
Pulau Mutiara, tahun 2010.

Khamis, 20 Mei 2010

SEGERALAH DI ATAS LIMA PERKARA INI




Jika ada tetamu datang ke ruamh anda
layanilah dengan sebaik mungkin

Jika ada kematian di kampung anda
segeralah dikbumikan tanpa tangguh

jika ada anak perempuan muda anda
jangan tangguh bila sudah ada jodoh

jika berhutang bayar dengan segera
jangan bertangguh bila anda berduit

jika rasa berdosa segeralah bertaubat
jangan bertangguh dikhuatiri mati
tanpa sempat anda bertaubat...

Oleh ; Nurimanja,
sajak  lagenda dalam memori 1979
sewaktu berada di batu lintang kuching.

Rabu, 19 Mei 2010

AMALAN NAJIS SASEORANG DARIPADA SYAITAN


Najis itu banyak simpang perenangnya
pada pemikiran yang selalu niat jahat
pada percakapan yang banyak putar belitnya
pada perbuatan buruknya di setiap hari
pada nafsu makan minum dan tidurnya

Asal najis ini arahan syaitan sebenarnya
jika dirasuk pada pemikiran jahatlah jadinya
jika diluntar pada bibir banyak pendustaannya
jika dilakukan pada angota banyak dosanya
jika dipuaskan pada nafsu bukan pada muhramnya.

Oleh : Nurimanja,
setelah dikaji dan dilihat.
Benar kata penceramah bebas ini.
17hb Mei, 2010.

Selasa, 18 Mei 2010

JANGAN MENCELA TUHAN



Jikalau engkau mengeloh
bila suatu musibah menimpa
etinya engkau telah mencela Tuahn
bila sesuatu yang menimpa akan dirimu.
Justruitu kenalah anda bersabar dan tenang.

segala musibah yang menimpa
hadapilah dengan tabah hati
Jangan engkau menjadi orang syirik
kerana engan menyandarkan sesuatu kuasa
lebih hebat daripada hak kekuasaan Allah SWT.
Oleh ; Nurimanja,
Malam hari jam 12.00
April, 2008.

Isnin, 17 Mei 2010

MENCARI NILAI MARUAH DIRI



Sedihnya melihat!
betapa ramai tidak dapat
mempergunakan minda dengan matang

Ramai yang terjebak!
budak kecil rangmuda rangtua
menyokong pada kerja kesubahatan.

Dalam kehidupan ini!
jagalah maruah dan harga diri
Bagi orang yang beriman bertaqwa.

Kerana kematian itu!
dinilai banyak amal makrupnya
jauhnlah sikap kerja nahi mungkar.

Oleh; Nurimanja,
BBTK bayan Lepas,
30hb, September, 2009.


Ahad, 16 Mei 2010

.INGINKU KHABARKAN


-buat rangmuda kini-


Hari-hari yang mendatang
dan hari-hari yang pergi,
semuanya telah meninggalkan
sebuah cerita beban yang berat
untuk rangtua memikulnya,
kini terasa penat dan lelah
bagai tidak terdaya lagi,
badan pun perlu rasanya
ingin bersandar di kerusi malas
bagi membuang sisa sisa keletihan.

Kini biarkanlah rangmuda
menyambung segala perjuagan
yang dikira belum lagi selesai,
rangtua pun telah  mengisut usia
cukuplah sekadar sebagai penasihat
bagi mengalakan dan membetulkan
untuk menolong apa yang kurang,
kerana rangtua kini disalut kedhaifan
tidak akan terdaya lagi menilainya
segala masalah yang datang mencurah.
pada bumi yang penuh bergolak ini.

Oleh : Nurimanja,
waktu  senja merah semalam,
di kaki langit di lautan tenang,30/12/2009.

BUKAN SEKALI AKU LIHAT

Bukan sekali aku lihat
dicelah-celah kehidupan
lalu aku pun tersenyum
gara-gara keanak-anakan
seorang wanita berusia.

Allah itu yang mencipta
akan sesuatu yang seni
aku yang kini menjaukau
usia lebih setengah abad
sudah pun dapat membaca.

Watak orang yang matang
pastinya wanita berhemah
bukan menjadi anak muda
engan pula mengaku tua
adakah kita mesti begitu?

Oleh : Nurimanja,
Kaki lima Bandar Bayan Baru
jam 11.00 pagi 12 lima 2010.

Sabtu, 15 Mei 2010

BIAR PUN KITA DIPANGGIL GURU


-buat guru-guruku tahun 60han-

 Biar pun,
kita bagai lilin
membakar diri
menerangi orang lain,
tugas ini untuk sejagat
usaha kita jangan berhenti,
walaupun kemelut
sepanjang zaman .

Biar pun,
keluarga pendidik
tidak punya apa-apa
cukup sekadar
memahat nama
pada meniti usia
untuk renongan
buat jenarasi muda.

 Biar pun,
setinggi mana imbuhan
pujian dan kurniaan
sekadar melepaskan nafas
kejayaan anak-anak didik
adalah wadah keramat
untuk kita.

Biar pun,
walau tiada siapa
sudi atau mengerti
harga masa terbuang
bagi hayat seorang pendidik
pembangunan kemajuan  rakyat
adalah penawar segala duka

Biar pun,
tiada siapa
yang  dapat menilai
tentang wang dan keringat
walaupun murtabat tiada
mencorak zaman
adalah kita .

Oleh; Nurimanja,
SK Sungai Ara,16/5/2001.

BELAJARLAH BUKA SADIKIT MINDA


selamat hari Guru
Ibu bapa dan anak-anak
buka minda dan mata sadikit,
ajar anak menghormati hari guru
cukuplah sekadar ucap terima kasih.

Guru kamu mengajar kamu
menulis membaca dan membilang
untuk mencukpi apa saja yang kurang,
jika anak berjaya ingatlah sedikit jasa
jikalau gagal janganlah salah guru semata.
.
Siapa yang mengajar anak kita?.
dari tadika hingga sampai ke menara
bukankah cikgu yang mendidik selama ini,
mengapa tidak boleh mengucapkan Terima kasih
buat cikgu, yang pernah mengajar dirimu dahulu.

Oleh ; Nurimanja,
Sempena Hari Guru 1 Malaysia.
Halalkan segala ilmu yang kau ajar dulu.
Buat Cikgu-cikguku yang telah pergi al fatihah.


Jumaat, 14 Mei 2010

HUJAN BERGURAU DI CELAH KEHIDUPAN


Hujan pun Bergurua,
Engkau bagai tahu sahaja
seawaktu aku turun dari rumah
engkau pun turun dengan lebat mencurah.

Dicelah kehidupan,
Aku ingin menyelesaikan
Sehingga aku pulang ke rumah
Engkau pun mulalah seriat dan berhenti.

Hujan pun bergura,
di celah-celah kehidupan
aku acapkali sering terperagkap
dalam kekalutan dan kemelut kehidupan.

Oleh : Nurimanja,
Sewaktu hujan turun
Depan mini MTH Tk Kmbar,
P.Pinang Tanggal 15 Mei, 2010.

Khamis, 13 Mei 2010

ALLAH BERSUMPAH PADA DEMI WAKTU-WAKTU TERTENTU


Selain masa Demi waktu dhuha dan malam yang hening
Allah tidak membuang kalian atau membenci kepada kalian
begitu juga bila nabi lama tidak menerima wahyu Allah
keadaan nabi menjadi resah gelisah dan muram jadinya
setelah menerima wahyu kembali nabi kelihatan ceria
Sesungguhnya  Allah itu maha mendengar dan mengtahui
Allah tidak membuang kalian atau membenci kapada kalian
tetapi kalian manusia telah menyalah sangka pada Allah
apabila ditimpa sesuatu musibah atau sangsara kehidupan
barulah sedar sebenar semuanya adalah satu ujian Allah SWT
ketahui kalian sesubgguh Allah maha tinggi lagi maha agong.

Oleh : Nurimanja,
Catatan Kuliah Penceramah bebas,
daripada apa yang didengar,
Pertengahan April, 2010.

Rabu, 12 Mei 2010

KITA TETAMU UMAT AKHIR ZAMAN


Kerana selepas nabi Muhamad SAW
tiada lagi nabi penganti diturunkan
kejahilan telah pun diajar oleh sejarah
jangan kita katakan kami tidak pandai membaca.

Kita umat akhir perlu bermind
buat saja yang lebih jangan kurang
amal yang makrup bukan kerja yang mungkar
sentiasa  patuh mengikut sunat dan syariat
bukannya tokoh tambah hukum bila ada kepentingan.

Penoroka jendarasi seleh berganti
merakam perbandingan kehidupan zaman
meninggalkan sejarah untuk buat renungan
jika baik cerita dilakukan, baiklah kejadiannya.

Oleh : Nurimanja,
Bila merenung malam
lihat bulan dan bintang.
catatan 23hb, Aparil, 2010.

Selasa, 11 Mei 2010

MANUSIA DENGAN NAFSU SEXNYA


Dalam tubuh seorang manusia
ada akal dan nafsu sex tabie
ingin kepada kaum sejeninya
jika bersua berlainan jentina.

Manusia diarah mengawal diri
si wanita sepatut tutup aurat
agar nafsu tidak terangsang
mencabar rasa kelelakiannya.

Allah mengatur perentahNya
agar nafsu mengikut saluran
bukan bebas bagaikan haiwan
dimana saja asal mendapatnya.

Si Lelaki dan si perempuan ini
dijadikan berpasang dan berpuak
berkenalan cinta berkasih sayang
dan berkhawin melahirkan zuriat.

Oleh; Nurimanja,
Catatan Malam Hari.
jam 12,00.awal Muharam 1431

Isnin, 10 Mei 2010

WALAUPUN TIDAK MENJADI DAIE



Kalau pun kita tiak menjadi daie
jadikanlah dirimu penyambung lidah penyampai
walaupun satu ayat yang dikira benar dan syaheh
ada ganjarannyapahala di sisi Allah SWT

Jadikanlah dirimu lidah penyampai
apa yang kau dengar di surau atau pun masjid
sampaikanlah pada mereka yang tidak hadir
dalam sebuah majlis kuliah yang kau hadiri

Semoga kita semua sesama mendapat safaat
kerana sepatah ayat yang engkau sampaikan
kepada saudara sesama Islam dengan berhemah
ganjaran dan pahalanya pastilah berlipat ganda
sebagai seorang daie di muka bumi Allah ini.

Oleh;Nurimanja,
Tengah malam 2010,
jumaat waktu hujan lebat
turun menganggu tidur hingga pagi

Ahad, 9 Mei 2010

PEREMPUANKAH ITU?


Bentukmu seni dan yunit
ghairah dan mempersonakan
kadangkala kau mengoda
dengan gaya liuk lintukmu
ramai lalaki mengkagumkan
bisa merobokan keimanan,

Bukankah ramai lelaki
yang telah pun tersungkur
melihat goyang pinggulmu
kerana kecantekan memukau
malah ilmu juga akan mati
dicelah pangkal langkahmu,

Berapa ramai teman-teman
telah hilang kesiumananya
bila melihat tubuh mogelmu
kerana mencintai kelembutan
chair iman manis senyuman
hamper luluh seluruh tubuh,

Mungkin sahabat atau pun
Sesiapa yang bernama lelaki
Yang masih ada kekuatan dan
kekentalan cahaya keimannya
mungkin dapat betahan sadikit
agar sentiasa berwaspada selalu.

Oleh; Nurimanja,
BLTC, Kuing, Serawak.
Petngan 1979.

IBU ENGKAULH RATU HATIKU


Ibu kalau kau tahu,
engkaulah ratu hatiku
jika kau tiada aku terharu
bila bersamamu menghilang rindu
selagi kau ada aku tidak menpersiakan
Pasti segala hajat dan citamu aku tunaikan.

Ibu kau halalkanlah,
aku menyusu air susumu
sehingga aku menjadi dewasa
segala jasamu tidakkan kulupakan
jikalau syurga di bawah telapak kakimu
ampunkanlah daku jika pernah melukai hatimu.

Ibu aku mengenangmu,
sewaktu bersamamu dahulu
engkau begitu tabah dan susah
mengandung melahir menjaga mendidiku
untuk aku mengenal A B C dan Alip Ba Ta
sehingga mentauhidkan kalimah Allah yang esa.

Oleh : Nurimanja,
Sempena menyambung hari ibu
sajak untuk mengenang seorang ibu 2010

Sabtu, 8 Mei 2010

SECANGKIR KOPI YANG KUHIRUP


Secangkir kopi yang kuhirup
di sebuah kantin di tepi pantai
masih terasa segar hingga kini
dan terbayang wajah hitam manis
bersama senyuman yang terukir
di bibir seorang anak mami
masih bersemadi disudut hati.
rindu dengan secangkir kopi
yang  kuhirup di tepi pantai
dan senyuman manis anak mami
menjadi igauanku hingga kini
untuk ke Pulau Mutiara lagi.

Oleh; Nurimanja
Rajang, Sarikei,
23\9\82

KEMATIAN



Satu kematian,
tidak boleh dinafikan
bila tiba waktu dan ketikanya.

Buatlah persedian,
menghadapi dengan tenang
sebelum malaikat maut dantang,

Banyakah amalan?
untuk dibawa bekalan
agar hidup sejatera disana nanti.

Oleh ; Nurimanja,
Jumaat jam 7.30 pagi,
6/5/2010 waktu Malaysia

Jumaat, 7 Mei 2010

RENUNGILAH LANGIT!


Allah jadikan lagit,
untuk kita merenungkannya
tanpa tiang, bucur atau belubang,
bersama cerlawala yang lain ia beredar
inilah satu kebesaran kekuasaan Allah SWT
mengapa kita tidak mahu mengambil pengajaran?

Allah memjaga langit,
daripada syaitan yang kejam
tidak dibenarkan masuk ke langit,
pernah kita lihat langit retak dan runtuk
jatuh menimpa bumi, kcuali datangnya qiamat,
mengapa kita sebagai makhluk tidak mahu perduli?

Oleh: Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas,
Tanggal 20 Jamadal Awal 1431.

Khamis, 6 Mei 2010

MENGAPAKAH KITA TIDAK MELAKUKANYA?


Mengapa kita tidak pernah mahu menilainya
kira adanya hari pehitungan satu keyakinan
kerana Allah melihat apa yang kita lakukan
pada dosa-dosa waktu kita di muka bumi daulu.

Adapun orang yang bersolat itu seolah-olah
sedang berbisik- berbisik  dengan Tuhannya.
dan orang berwuduk,kiam,rukuk,dan sujud itu
mereka yang sedang bermunajat kepada Allah.

Malah bagi orang yang banyak berdoa pula
mereka bagai sedang berbicara dengan Allah
kerana meluahkan segala kekusutan dalam hati
minta Allah melepaskan segala dosa dirinya.

Oleh : Nurimanja
20 Jamadal awal, 1431
Waktu kepala pun sakit pitam.

Rabu, 5 Mei 2010

ALLAH MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI


Malam suasana tenang,
untuk makhluk beristerehat
mengapa kamu tidak mengunanya?
mengikut kehenak ciri-ciri Allah SWT .

Siang suasana sebuk,
semua makhluk mencari rezek
mengapa kamu tidak mengusahanya?
rezeki kamu itu ada ditangan Allah SWT.

Lihat kekuasaan Allah SWT
menjadikan langit dan bumi ini
siang dan malam untuk kamu renungkan?
tetapi manusia tidak pernah menghiraukan.

Oleh ; Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas,
dua tiga hari yang lalu Mei, 2010.

Selasa, 4 Mei 2010

ISTIQAMAH ISTIHARAH ISTIGHFAR


Istiqamah!
orang yang beriman sentiasa saja
berada di dalam keadaan istiqamah
Malaikat sentiasa berdampinginya
di waktu senang atau waktu susah

Istiharah!
Sentiasa merujuk kepada Allah SWT
mencari menilai dimana kelemahan
memehon Allah membuka pintu ijab
sama ada boleh melakukan atau tidak.

Istighfar!
Kita mesti selalu sahaja  beristigfar
sebanyak mana yang kita rasa mampu
sepuluh, seratus atau pun seribu sehari
lakukanlah sehingga bibir kita basah.

Orang yang beristiqamah selalunya
berfikir hari ini dan bercakap hari esok
Orang yang beristiharah  biasanya
\bercakap pun pahala diam pun pahala,
Orang yang beristihgfar mengaku dosa
kemana saja tersilap sikit rasa berdosa.

Oleh : Nurimanja,
Cerita Seorang Muhti Negeri
tanggal 2hb, Mei, 2010.

Isnin, 3 Mei 2010

PESAN SEORANG ISTERI SOLEHAH!


Suamiku!
Esok engkau pergi bekerja,
mulalah niat hati dengan ikhlas
dan angaplah kerja itu satu ibadat
mencari nafkah untuk anak dan isteri kamu.

Suamiku!
mula kerja dengan bismilah,
pergi dan balik menggalas tugas
jangan mengelat atau menerima rasuah
agar rezeki kami halal dan diredhai Allah.

Oleh : Nurimanja,
Selepas bersantai cutihari buruh,
mulailah bertugas dengan semangat waja.
Pada tiga hari bulan lima dua ribu sepuluh.

Ahad, 2 Mei 2010

ZAMANKU TELAH BERLALU


Terasa lewat kebelakangan ini
zaman-zamanku telah pun berlalu
syukur kepada Allah aku telah melewatinya
zaman bayi, kanak, rumaja, dewasa dan warga emas.
Kini menunggu menjadi zaman atuk atau nenek moyang saja.

Zaman ini pergerakan perlahan,
Badan sendi dan urat tulang pun sakit
Makan dan minum tidak seberapa selera lagi
Jikalau terasa  suasana tidak menyenangkan dialami
Jiwa pun mudah tersentuh lalu merajuk dan menjauhkan hati.

Malam siang cuma mengira hari,
Mengenang usia yang sudah terlewat
Menghitung dan menghimpun segala dosa lalu
Semoga diampun dan dipermudah kiraan Allah SWT
Diperjalanan menuju ke hujung zaman bersemdi di pusara sepi.

Oleh ; Nurimanja,
Air Itam, Pulau Pinang, 2010.
Bila mengenang teman-teman yang kembali.

GUNUNG GANANG ADALAH PASAK BUMI


Kejahatan tangan manusia yang cuba merobek
menarah dan menggondolkan gunung bukit bukau
amat keterlaluan rasa lewat kebelakangan ini,

Gunung ganang adalah paku atau pasak bumi
1/4 sahaja yang diperlihatkan oleh Allah
3/4 lagi masih terbenam jauh di perut bumi
jangan kalian ubah cengkaman kedudukkannya,

Allah telah mengaturkannya dengan tersusun
di tengah pulau banyak bukit gunung ganang
di utara dan selatan nampaklandai dan pantai,

Dari jauh nampah tegak orbit di tengah laut
supaya tidak terasa goyang dan gongcangan
kerana tidak mengubah struktur semulajadinya
kecuali taqdir Allah yang telah ditentukan.

Oleh : Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas.
lewat pertengahan April 2010.