Jumaat, 28 Mei 2010

NILAILAH KASIH SAYANG ALLAH


Kenapa orang kapir kaya raya daripada kita
kenapa mereka berwajah cantek dan hendsome
malah kehidupan mereka juga lebih sempurna
berbeza dengan kita orang-orang beriman ini?

Seorang tua berusia lebih 60 tahun hidupnya,
tidak penah mengaku beriman kepada Allah SWT
tetapi Allah masih memberi rezeki kepadanya
kita yang beriman rasa kecewa dengan musibah
ujian yang dikira terlalu kecil dan sadikit ,

Sebenarnya bala dan musibah  mungkin hikmah,
bangun kita dari kesusahan dan cuba berikhtiar
muhasabah diri dengan solat sunat selama ini
yang kita tinggalkan kembali mengerjakannya.

Oleh ; Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas,
malam sabtu 15hb, Mei, 2010.

27 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN : BERTAJUK ; INI SUDAH MELAMPAU siri 3 OLEH : NURIMANJA.


WALAU bagaimana pun, Atuk aku bersyukur kepada Rabul izati , mujurlah satu lagi pemintaan mendesak tamu Atuk aku supaya menamakan rumah Atuk aku ini dan tarap hidup mereka menumpang mahu sama tarap dengan Atuk aku tidak dipersetujui oleh Atuk aku.

Jika sudah terlanjur dahulu, Atuk aku pun tidak tahu lagi bagaimana hendak mencorakkan kehiupan masa depan cucu Atuk aku, mujur jugalah Atuk aku tidak mahu menamakan rumah Atuk aku ini rumah warisan hak bersama, jika tidak hak keitimewaan anak cucu Atuk aku habis semua.

Malah anjung di sebelah selatan rumah Atuk aku itu, kini mana boleh Atuk aku bebas untuk keluar masuk, malah sadikit masa dahulu orang tidak kenal rumah Atuk aku, mereka Cuma kenal tetamu yang duduk di anjung elatan umah Atuk aku. Hingga kini anak cucu Atuk aku pun tidak tahu sejarah anjung rumah sebelah selatan itu dahulu rumah anjung Atuk aku.

Tetamu yang tinggal lagi kini , Atuk aku tepaksa mengenakan beberapa syarat, bagi mengekalkan hak anak cucu Atuk aku, tidak merempat di rumahnya sendiri.Dan mereka juga telah bersetuju mengikut peraturan yang telah Atuk aku tetapkan , jika mereka mahu kekal tinggal di rumah Atuk aku.

Tetapi yang menjadi masalah bagaimana dengan anak cu tetamu Atuk aku ini, mreka tidak mahu kira itu semua, apa yang mereka tahu, mereka lahir di rumah Atuk aku dan membesar di sini, mereka tidak mahu pergi kemana lagi. Malah mereka kata disini kami lahir di sini juga kami mahu mati.

Lewat kebelakangan ini anak cucu tetamu Atuk aku ini pula kuat mendesak, agar diri mereka dapat diiktiraf sebagai penghuni jati dan mempunyai hak sama rata seperti hak anak cucu Atuk aku. Walaupun orang-orang luar ahu asal usul datuk nenek mereka dari tanah seberang.

Atuk aku dan anak cucunya tepaksa berfikir dua tiga kali. Disebabkan Atuk aku ini telah banyak kali belajar di atas kesilapanAtuk aku sendiri. Kerana member layanan yang amat baik kepada tetamu-tetamu Atuk aku dulu.

Oleh itu Atuk aku dan anak cucu Atuk aku mestilah hati-hati membuat kepuuan bagi mnamaikan masa depan yang akan Atuk aku lalui dan rumah pusaka nenek moyang Atuk aku ini.

BERSAMBUNG.

Suara Pulau berkata...

RENUNGAN SEJENAK BLOG CR. OLEH: SUARA PULAU SIAPA YANG PANDAI BALING BATU ?
_________________________________________________________________________________________________



Kekalahan Preden MIC dalam pilihan raya lalu berpunca penubuhan Handrap,siapa yang pergi ke India?
menceritakan keadaan masyarakat india di malaysia teruk dan tertindas hal mengamalkan agama? lalu kaum Idian pecah, dua dan tiga, siapa yang ramai jadi peguam, mereka gunakan undang-undang,ada dalang lain cuba main peranan isu agama, paling mereka berjaya ramai ketua parti komponan BN tumbang, kini cari jalan pula untuk pecah, selain MIC dan termasuk MCA juga berbalah cuma hal dalaman , Selain dibakar semangat orang SUPP dan orang iban dan asli juga telah mula nampak menular jarumnya. Awas berbgai usaha akan cuba dicetuskan oleh dalang-dalang begerak kempen diam dan senyap ini berjaya dan lihat, apa yang menyonronokkan mereka bila ketua kubu kuat antara ketua parti ini berbalah,malah ada yang telah dapat dipancing, tetapi tidak siapa pun nampak? kini jarumnya berjalan lagi apa yang berlaku terhadap komponen BN ada pula kuncu-kuncunya menyalahkan BN pastilah mengembirakan. kerana agenda mereka berjaya. Kita semua patut muhasabah dan nilai semula sebelum hamba itu terlepas,
dunia aman, Kini fikirkan adakah pohon durian yang kita makan hasilnya lebih 50 tahun ini? hendak
ditebang kerana buahnya sedang lebat, untuk menanam semula belum tahu baik buruk hasil isinya.....?

Olie Pajutdy berkata...

sapa tetamu atuk ni kekal misteri la?

Sudin Ramlee berkata...

teruk btol tetamu atuk dh la menumpang lps tu nk kuasai semua plak!

Zain Issac berkata...

kesian atuk ni apa nasib dia? buat baik pun salah...

Lelangit Biru berkata...

atuk patut lebih tegas tgk org dh pijak kepala dia...

Madah Pujangga berkata...

kesimpulan dari cerita atuk ni jgn buat baik sgt dgn org? hehe

Halilintar berkata...

kesian atuk ni anak2 dia x tolong ker?

Syed Al Ghozali berkata...

mana sedara mara atuk ni? xkn dia sebatang kara jer?

Kamal berkata...

sedih plak baca cerpen atuk ni...

Kota Gersang berkata...

rasanya lps ni atuk msti menuntut bela balik ni....

Badrolshah berkata...

apa la kesudahan cerpen sudah melampau ni...

Badrolshah berkata...

apa la kesudahan cerpen sudah melampau ni...

Pak Awang berkata...

anak dan isteri atuk ni pegi mana????

Bulan Terang berkata...

buat baik pun salah kesian atuk ni lps ni msti atuk ni mengamuk ape?

Ummu Akilah berkata...

btol tu en nuri musibah tu hikmah...

Ali Omar berkata...

tuhan bagi ujian sbb tuhan sayang kita....

Golok Buta berkata...

ujian tu menandakan tuhan sayang ape2pun aku syukur...

Juragan Desa berkata...

beruntunglah org selalu terima ujian dr x terima langsung... hehe

Kopi Susu berkata...

menarik sajak ni mmg menginsafkan aku la...

Man Pendek berkata...

sajak2 en nuri mmg memuhasabahkan diri saya... terima ksih!

Ezad Emir berkata...

ape2pun bersyukur bila kita diberi ujian...

Supain Sipaun berkata...

sajak en nuri kali ni mmg menarik! best!

Pak Ngah But berkata...

en nuri byk buat sajak2 keagamaan dapat idea kt mne? best2 sajak en nuri ni..

Sheikh Al Habib berkata...

sajak anta skrg menarik dan bermanfaat!

Pedang Kesatria berkata...

WAKTU CEMAS

waktu ini
lututku bergegar sekali
jantungku berdenyut kencang
seperti kereta kebal perang

waktu ini
tanganku menggeletar
mukaku hitam pucat
seperti baru di simbah cat

waktu ini
aku mendengar taklimat
aku mengikut bermacam arahan
seperti hadiri kursus perkahwinan

waktu ini
aku menurut perintah
aku menjalankan amanah
bagaikan polis membantera jenayah

waktu ini
aku tengah ketakutan
doakanlah aku
supaya tak takut

sebab waktu ini
aku tengah melapor diri
untuk menjadi seorang pekerja
yang berdedikasi dan Berjaya


Pedang kesatria
London
2ptg

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Walaupun kau berada diperautauan darah kepuisian masih mengalir untuk mencatat seberapa bayak apa saja yang kau lihat dan rasa di antara dua buah Negara, Sajak yang pertama daripada sdra. Pedang Pendekar saudara kembar golok buta , ini merupakan sajak luar negara yang masuk ke blog CR ini. Sajak Waktu Cemas!

Sebenarnya, sesiapa pun begitu, bila ditawarkan jawatan akan diberi taklimat khat, Atau penrangan yang pelu sesaorang itu dipetanggungjawabkan. Tetapi ramai yang berwajahBerseri-seri kerana dapat pekerjaan yang menjamin masa depan. Selamat anda Bertugas! Thahniah!!