Ahad, 30 Mei 2010

MENILAI SENI HASIL KARYA SENI




Seni itu halus dan yunit
susah untuk dibuat penilaian
seni sebenar bukat dibuat atau direka
tetapi lahir dari citarasa hati suci murni.

Seni itu sesuatu yang ikhlas
kalau menyanyi bukan kerana suara
kemerduan itu lahir bila anda menghayati
penyampaian isi cerita,maksud dan tujuannya.

seni perlu ikhlas dan yunit
bukan kerja sebarangan dan mudah
malah  sukar dinilai dengan mata kasar
cuma dapat dibaca melalui rasahati dan jiwa.

Sedenyut Rasa Oleh : Nurimanja
sempena hari seni/seniman
29hb, Mei, 2010.

24 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN KHAS ; SATU BATU TANDA BUAT ATM SEMPENA HARI TENTERA PADA AWAL BULAN JUNE 2010 ;KARYA OLEH :NURIMANJA.
Buat aruah bapa saudara kopi susu sdra Othman Komando yang terkorban-



BILA tiba hari tentera atau hari lebaran . Air mataku menitis dengan sendirinya. Entah kenapa rasa sebak di dadaku bila saja mengenangkan dirimu dahulu Man. Walaupun kau telah pergi, tetapi wajahmu sesekali masih terbayang di ruang mataku.

Inilah kehidupan, Cukup aku terasa bila duduk berjauhan begini. Jauh diperantauan, jauh dari sanak saudara, jauh daripada ayah dan bonda, cukup aku terasa akan segala kesayuan ini bila sesekali kesepian mencengkam diri.

Man!Adakah kau juga begini waktu dahulu? Ketika kau berada di rantau orang, dan bertugas sebagai pembela negara. Kalaulah begini juga kau rasakan Man. Aku cukup menakumi mu.

Aku masih ingat lagi Man, kisah dua puluh lima tahun dahulu. Kau sunguh degil, bila aku cuba menghalangimu memasuki tentera, kau hamper seminggu tidak mahu menegurku, sehingga aku mengaku perjuangan tentera itu baik, mati berjihat untuk mempertahankan agama bangsa dan negara. Barulah kau mahu mnegur aku kembali Man.

Tetapi aku sunguh terharu. Dengan tiba-tiba kau tinggalkan kelas bimbingan malam SPM yang kita sama-sama ikuti, aku sunguh hairan dan rata-rata bertanya kawan dan mencarimu, tetapi tidak ada seorang pun yang tahu. Aku pegi ke rumah tumpanganmu, tetapi mereka juga tidak mengetahui.

Selepas dua hari kau datang pula menemui aku, di pondok tempat aku belajar, kau cuma senyum-senyum seperti ada sesuatu yang hendak kau ceritakan padaku. Belum sempat aku bertanya, kau berkata

“ Nur , aku telah mendaftar diri menjadi sebagai seorang tentera,”

Aku tidak dapat berkata, lidahku bagai kelu hendak mengeluarkan suara, tetapi aku gagahi juga melanyai bicaramu Man.,

“Bila kau pergi temuduga Man?”
“Dua hari yang lalu,”
“Bagaimana , kau berjaya?”
“Kata Pegawai pemlihan itu, tunggu panggilan, “


BERSAMBUNG

Geletek Pagi berkata...

ISU SEMASA BILA SUBSIDI DISALAH ERTIKAN PENYANYAK OLEH : GELETEK PAGI

_________________________________________________________________________________________________


SUBSIDI telah lama dinekmati, berbagai bentuk dan cara pemerentah berikan, tetapi masih ada lagi rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerentah, malah ada lagi yang buta perut dan cuba
ambil subsidi untuk kegunaan rakyat dalam negara, dapat peluang disuruknya gula hingga 5.5tan
ini kerja dinamakan jenanyah dan pengkianat negara, patut dihukum tembak saja, Adakah patut rakyat negara kita tepaksa pula pergi beli ke negara jiran dengan harga lebih mahal,sedangkan gula itu dibukus dari kilang kita. Apa punya belakong? Ini tidak lagi termasuk barang subsidi keperluan harian yang lain pitrol, minyak sawit, beras, tepung dlln.


Jika subidi diterukan negara akan mukplis menjlas tahun 2019 untuk mencapai negara maju makmur
subsidi perlu dihapuskan, Benarkah?
Bagaimana hati orang kampung yang berpendapat miskin tegal?
Bagaimana dengan hati penyanyak yang suka mengaut untung dari hasil subsidi. Jika barang yang
disubsiikan ini naik 10 atau 20 sen setiap dua tiga bulan, kerajaan
akan menanggung berbelion wang
ringit? Hapuskan saja subsidi kita belajar dari kerajaan Singapore...
Supaya rakyat kita tidak jadi rakyat termanja diunia, digelar negara luar sebagai bangsa subsidi.

Harimau Berantai berkata...

BERNYAWA DALAM MIMPI

Aku ingin mencari ketenangan diri..
Agar hidup bukanlah sekadar mimpi..
Aku ingin kau tahu isi hatiku...
Aku memang bermimpi..
Mimpikan kau menjadi milik ku..
Mimpi isi hatiku jadi isi hatimu...
Mimpikan satu mimpi
hanya bernyawa di dalam mimpi...

Harimau Berantai
Mersing
7pagi

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN;

Sajak Bernya Dalam Mimpi karya daripada Harimau Berantai dengan mengarapkan Satu cerita reality untuk di masukkan ke dalam dunia fantasy ,mimpi disini mungkin
Ada dua maksud; Untuk dalam mimpi pertama, mengharap pada sesaorang mungkin untuk di jadikan kekasih, mimpi kedua pula khayalan sahaja, munkin juga boleh dimasukan dalam
cerita benar,dimana kita pergi maih juga termimpi-mimpi, dari pada khayalan.boleh jadi kenyataan, Agar dia benar-benar menjadi kenyataan……..

Kopi Susu berkata...

cerpen bapak sedara sy ni... sedih plak baca.. bapak saya ucapkan terima ksih en nuri! sbb kenang abg dia....

Saizul Maizav berkata...

confius kat sini nur ni laki ke pmpuan?? atau nur ni en nuri????

Sulaiman Embong berkata...

eh! dulu en nuri buat sajak psl othman komando ni skrg versi cerpen plak?

dam catur berkata...

kesian otham komando mati syahid dia ni...

Mozaire berkata...

eh! nur? nur ni sapa???

Lelangit Biru berkata...

la...kesian dia x sangka ajaldia di medan perang...

Qalam Musofa berkata...

bila en nuri letak cerpen ni teringat abg sy jgk dia pun meninggal dalam tentera terhempas kapal terbang nuri ade kluar paper.. skrg sy plak ambil tempat dia jd tentera...

Seri Suri berkata...

cerpen ni mcm en nuri dh pnh letak je sbb mcm pnh baca...

Nama AKu berkata...

dia meninggal sbb apa? komunis bunuh ker?

Mat Noh berkata...

mcm pnh sy baca saja cerpen ni en nuri???

Usop Saripan berkata...

sajak seni! mmg btol seni itu agung! hehe

Badrolshah berkata...

seni mmg susah di gambar dgn kata2.. hehe

Roslan Bidin berkata...

seni mmg indah! tahniah sajak best!

Nahul Hidzar berkata...

ape2pun en nurimmg org seni.. sajak mmg ni mmg kena dgn en nuri...

Ustaz Rahman berkata...

seni dan sastera mksud yg sama ker? saja bertanya...

Mawar Harum berkata...

org seni tu hanya org tertentu saja yg ada...

Kembara Budiman berkata...

karya seni agung! hehe selalu dgr org ckp mcm ni...

Julia berkata...

sajak psl seni?? seni tu mcm ukiran jgk ker?

Sharifah berkata...

seni tu rasanya org yg ada hanya A Samad Said... hehe

Tanpa Wajah berkata...

seni tu mcm arca jgk ke? yg kt museum tu?hehe