Ahad, 16 Mei 2010

BUKAN SEKALI AKU LIHAT

Bukan sekali aku lihat
dicelah-celah kehidupan
lalu aku pun tersenyum
gara-gara keanak-anakan
seorang wanita berusia.

Allah itu yang mencipta
akan sesuatu yang seni
aku yang kini menjaukau
usia lebih setengah abad
sudah pun dapat membaca.

Watak orang yang matang
pastinya wanita berhemah
bukan menjadi anak muda
engan pula mengaku tua
adakah kita mesti begitu?

Oleh : Nurimanja,
Kaki lima Bandar Bayan Baru
jam 11.00 pagi 12 lima 2010.

26 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN KOMIDI siri 2 CINTA TUKANG SAPU OLEH ;NURIMANJA.
___________________________________________________________________


3. Dua malam berlalu, Mamat tidak dapat tibur, bukan kerana salakan anjing atau pun bising keinderan lalu lalang, tetapi diganggu wajah Suminah dengan yang dating dan
Senyum mengulum I hadapannya.

Mamat Nampak Suminah hamper pada pangking tempat pembaringannya. Mamat terasa, tetapi Suminah tetap juga mengelum senyumnya kepada Mamat.Dia ternampak Suminah
memabawa secangkir kopi panas dan sepotong roti disapu mentega di tengah malam itu,mungkin diamabil dari dapur tuan rumah tempat dia bekerja.

“Suminah, bagaimana kau masuk kemari?” Tanya Mamat dengan penuh rasa romentik, Suminah hanya tersenyum, sambil menghulurkan secangkir kopi panas yang dibawanya
kepada Mamat.

Hati Mamat terasa cukup gembira, tentulah secangkir kopi yang hitam pekat ini tidak akan dapat mengatasi senyum Suminah yang lebih manis lagi. Sewaktu Mamat cuba untuk mencapainya, ternyata hampa, Suminah tidak ada, Mamat pun mengeluh panjang.

ooooooooooooooOOOOOOOOOOOOoooooooooooo


4.Setelah hamper seminggu Mamat dilanda kerinduan kepada Suminah, siang jadi impian, malam jadi igauwan, Mamat benar-benar sakit mengharap kasih Suminah yang belum lagi berbalas.

Mamat melihat saekor rama-rama jantan berwarna hitam berkilat , garang lagaknya. Lalu hinggap di atas sekuntum bunga ros merah. Mamat mengalamun seketika; dalam hatinya berkata,

“Alangkah baiknya jika aku menjadi rerama dan Suminah menjadi bnga ros merah itu, Aku akan setia menjaganya agar kau tidak akan layu. Dan segar sepanjang masa.” Bisik hati Mamat

Lamunan Mamat terhenti apabila saekor nyamuk mengigiti pipinya. Mamat mengaru-, garu pipinya. Leher Mamat panjang menjengah ke luar pagar. Kalau ada Suminah lalu,
Namun Mamat menjadi hampa bila wajah Suminah tiada.

Mamat berdiri ditepi kolam ikan airnya jernih. Dua ekor ikan lampam jawa sedang bercumbu mesra.; Mamat pun berkhayalan lagi. “Ahh! Alangkah baiknya jika ikan-ikan Itu aku dan Suminah.”.
Sesekali Mamat trasa ingin menglkhabarkan kepada rama-rama dan bunga, serta ikan-ikan di kolam itu tentang kisah cintanya pada Suminah.

BERSAMBUNG.

Suara Pulau berkata...

BUKAN SEKALI AKU LIHAT

Sesaorang yang menyokong parti lain dan mengudi parti lain , digelar pula pengkianat, tetapi sesaorang yang diminta bertaubat di atas kesalahannya kini membela pula akan nasib sesaorang yang disuruhnya bertaubat dahulu itu, sebenarnya lebih dahsat daripada
seoarng pengkianat.Jadilah seorang pembela yang dihormati, bukan menjadi seorang pembela yang dimuluati.

Tengku Anita berkata...

PENCURI

Hati perempuannya dicuri,
oleh sekeping hati
milik lelaki berwajah manis.
Lalu pasangan hati itu
disangkut di celah dedaun,
sambil bersaksikan
sang sungai yang mengalir deras.
Bibir saling terkunci,
mata berat melepas pandangan,
mengharap pasangan hati,
pandai-pandai menyimpulkan ikatan.
Seisi rimba turut merestui,
bagaimana sekeping hati,
terpaut pada sekeping hati lain.


Tengku Anita
2.5.2010

Sulaiman Embong berkata...

mamat ni gila bayang la? hahaha

Firasat Hikayat berkata...

kwin je la mamat! ape tunggu lagi! haha

Mat Noh berkata...

mamat ni wlpn dh tua msih jiwa2 jgk? he hehe

Julia berkata...

mamat ni askar pencen ke cikgu pencen????

Seri Suri berkata...

kenapa x minang je suminah tu???? xde duit ker?

Brader Joe berkata...

lawak la mamat ni kuat berkhayal plak?

Meor Zaki berkata...

kenapa tjuk tukang sapu??? tp cerita byk jiwa2...

Nahul Hidzar berkata...

sape keje tukang sapu tu? suminah ke mamat?

Umar Haslam berkata...

mamat ni mcm dh org angau jer.... hehehe

Tanpa Wajah berkata...

menarik jgk cerita ni dr nyonya... hehe

Bob Kuli berkata...

lawak la mamat ni dh tua2 pun kuat berangan? hahaha

Juragan Desa berkata...

ape la mamat ni kuat berangan klu nk sgt msuk meminang la! hahahah

Mona berkata...

mamat ni msti pemalu ni sbb tu dia xkwin2..

Madah Pujangga berkata...

smua pasal mamat je bila watak suminah nk muncul?

Kamal berkata...

kwin je la dgn suminah tu mamat? nnt org lain ambik susah nnt...

Saizul Maizav berkata...

kwin je la dgn suminah tu ape tunggu lagi sementara org x sunting lagi? hehe

Lagenda Pulau berkata...

suminah ni anak dara tua ke janda?

Ku Dania berkata...

mamat ni duit msti byk kan? minang la suminah tu...

Ustaz Zulkainain berkata...

kenapa x dirikan masjid lagi mamat? perkara elok tu....

Geletek Malam berkata...

mcm mat jenin la mamat ni kuat berkhayal.... hahaha

Mozaire berkata...

kwin la cpt2 mamat nnt org lain ambik nangis tak berlagu mamat ni...

Tetamu Malam berkata...

mamat ni bujang ke? atau dia dh ade bini sj nk kwin lagi 1?

PENYAIR AGUNG berkata...

MAMAT NI DOK BERKHAYAL SAHAJA TANPA USAHA SAMPAI BILA NAK DAPAT SUMINAH?