Isnin, 3 Mei 2010

PESAN SEORANG ISTERI SOLEHAH!


Suamiku!
Esok engkau pergi bekerja,
mulalah niat hati dengan ikhlas
dan angaplah kerja itu satu ibadat
mencari nafkah untuk anak dan isteri kamu.

Suamiku!
mula kerja dengan bismilah,
pergi dan balik menggalas tugas
jangan mengelat atau menerima rasuah
agar rezeki kami halal dan diredhai Allah.

Oleh : Nurimanja,
Selepas bersantai cutihari buruh,
mulailah bertugas dengan semangat waja.
Pada tiga hari bulan lima dua ribu sepuluh.

47 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN ; BERTAJUK PERGINYA KEPALA PENGHUNI RUMAH PUTIH
__________________________________________________________________


RASA kesayuan pelahan-lahan merayap di bendul jendela rumah putih itu. Lampu-lampu terpasang terang benderang disegenap penjuru bilik. Suara dari para jemputan kenduri hari ke tiga menguasai suasana malam itu.

Keluarga penghuni rumah putih itu, pelahan-lahan diresapi kembali semangat buat menghadapi alam kenyataan, tidak seperti dua hari yang lalu; Mereka terasa dunia ini bagai digoncang., bila berita musibah yang datang mencengkam suasana kehidupan .

Mereka tidak menduga segala harapan telah musnah dan setiap doa yang dipohon agar pemergian kepala penghuni rumah putih selamat sejahtera ke tanah suci, tidak pula kesampaian dimakbulkan.

Malah setiap kepala di dalam rumah itu sering menghitungkan hari-hari kepulangan kepala penghuni rumah putih. Dengan segala persiapan telah disediakan untukmenyambutnya.
tetapi ternyata musibah terlebih dahulu memusnahkan segala harapan mereka itu.

Waktu itu semua keluarga penghuni rumah putih sedang menunggu saat masuknya waktu solat maghrib; Tiba-tiba deringan telephon telah menggugat suasana. Ganggangan telephon diangkat, sebuah berita musibah terpancul keluar dari mulut seorang pegawai petugas jemaah tabung haji.

“Äbahhh….!!”
Pekek anak gadis penghuni rumah putih. Ganggangan telephon terus terlepas,Langkahnya bagai tidak bermaya, dia tersepuk ditepi meja kecil telephon rumah, Dia terasa semangat dan kekuatannya telah hilang dirampas berita musibah itu.

Semua keluarga kepala penghuni rumah putih telah dibendung rasa kesayuan, air mata kasih keluar berjujuran. Terasa sebak di dada hendak bernafas, kesayuan terasa bagai bergantung di mana-mana di ruang rumah itu.

Malam itu kampung Mas Tepawan menjadi gempar. Semua sanak pinak saudara, dan sahabat handai telah dihubungi dari kampung hulu hingga ke kampong hilir. Semuanya merasai akan kesedihan dan kesayuan itu.

Ramai keluarga yang terdekat berpusu-pusu dating. Ada yang mengeloh dan menghurut dada, ada yang meluahkan perasaan hampa dan kecewa kerana tiada lagi dapat bertemu wajah kepala penghuni rumah putih .

BERSAMBUNG.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

ada ke bini cm ni.. tak sabo nak kawin

Ali Omar berkata...

AKU RELA

Tak tertahan lagi
Derita yang ku alami
Terlalu kuat kau menguji
Diriku yang lemah ini
Telah banyak yang ku hadapi
Dugaan datang silih berganti
Hingga tak terdaya untukku teruskan
Dugaan kau beri amat menyakitkan
Andainya ujianMu menguji diriku
Untuk menghapus dosa aku lakukan
Akan ku terima dengan penuh rela
Kerana aku terlalu banyak dosa
Engkau yang maha pengasih
Ampunkanlah hambamu ini
Yang pernah melupakanMu
Engkau yang maha penyayang
Terimalah hambamu ini
Yang ingin kembali ke jalanMu


Ali Omar
masjid
5pagi

Rossa Long berkata...

penghuni rumah putih? tajuk seram la...

Nama Aku berkata...

cerita psl apa ni? mcm best plak...

Ali Conan berkata...

huh! intro pun dh sedih cerita apa ni?

Saizul Maizav berkata...

ade kenduri arwah ker??? ramai org dtg sedih2,...

Abul Hassan berkata...

mcm cerita sedih jer? ape2pun best jgk ikut ni...

Brader joe berkata...

penghuni rumah putih??? rumah mana ni???

Penjejak Badai berkata...

cerita hantu ke ni? ade rumah putih plak?

Angker 13 berkata...

ha! sapa plak yg meninggal ni????

Seri Suri berkata...

mula2 dh suspen dh? ni yg best ni...

Kaki Hantu berkata...

kenapa tiba2 menjerit abah plak ni??? suspen btol..

Kembara Budiman berkata...

cerita psl apa ni??? sambungan man ke??

Mat Noh berkata...

psal apa plak cerita ni??? suspen je...

Sulaiman Embong berkata...

cerita psl kematian ke?? semua sedih2 jer?

Umar Haslam berkata...

cerita hantu ke ni?

Malik Wariya berkata...

cerpen apa plak kali ni mula2 pun dh suspen...

Kopi Susu berkata...

tiba2 terkejut? dan ramai plak berpusu2 dtg?? sbb apa ni?

Pelajar Teknik berkata...

wah! cerpen ni menarik jgk utk diikuti...

Ezad Emir berkata...

msti ade org meninggal ni? tp kenapa tajuk ade penghuni rumah putih????

Adi Cana berkata...

cerpen psl apa ni??? mcm seram jer...

Orang Lama berkata...

sedih plak mula2 episod ni? episod seterunya mcm mne la nnt?

Bob Kuli berkata...

huh! cerpen apa plak kali ni??? sedih je intro...

Mozaire berkata...

tjuk mcm seram bila baca cerpen mcm sedih plak???? hmm....

Qalam Muiara berkata...

ULASAN

Sajak AKU RELA daripada Ali Omar pendatang dan sahabat CR ahli baru. Menyumbangkan karyanya.

Pengucapan sajak agak berani dan telus, sedia Mengaku dan menerima apa hukuman dari yang maha esa, kini penulis pasrah untuk menyerah dan memohon segala keamapunan atas dosa-dosa yang telah lalu, diatas kegagalannya menghadapi ujian. Kini hanya berserah kepada Allah SWT. Isyallah! Asal ada keinsafan
dengan tulus hati pintu taubat sentiasa terbuka, Amin!

Nahul Hidzar berkata...

eh! sajak ni mcm bini aku je? slalu dia bg nasihat aku pegi keja...hehe

Yusri Nawab berkata...

harap2 bini aku mcm dlm sajak en nuri bkn pe? bini aku ni asal aku kluar je msti tnya nk pi mana? adoi... hehe

Nuri Jaguh berkata...

wah! best klu bini aku mcm sajak en nuri ni... hee

Saizul Maizav berkata...

wah! sajak en nuri best! tp bini aku rasanya x pnh tnya plak mcm sajak nilgpn kitorg jarang jmpa sb keja syif lain2....

Mona berkata...

sajak utk suami xde ke en nuri? nk kasi richard baca... heehhhh

Brader Joe berkata...

bini aku rasanya x mcm dalam sajak en nuri? sbb bini aku ni pndiam jer... eloklah aku plak byk ckp...

Tetamu Malam berkata...

sajak pasal bini plak? adoi aku ni yg sedih ni sbb aku masih bujang! waaa!!!!!

Harimau Berantai berkata...

klu aku dpt bini mcm sajak en nuri rasanya x cari lain dah! hahahaha

Sharifah berkata...

sajak ni patut husband aku baca ni... malik wariya! hehe

Ku Dania berkata...

sajak psl isteri ke en nuri? bila aku nak berlaki ni? hadoi....

Ezad Emir berkata...

sajak isteri plak? adoi.. sedih baca sy bru bercerai...

Sulaiman Embong berkata...

sajak ni utk org rumah aku ni... mmg sebiji macm sajak en nuri...

Ali Conan berkata...

harap2 bila aku kwin bini aku mcm sajak en nuri.... amin....

Satria Juragan berkata...

sajak utk org bujang xde ke en nuri? adoi sajak psl isteri plak? sy bujang lagi... hehe

Pengembara Masa berkata...

beruntung klu sapa dpt isteri mcm sajak en nuri? bahagia dunia akhirat...

Mat Noh berkata...

isteri en nuri plak? ada mcm sajak en nuri ni???

Sheikh AL Habib berkata...

alhamdullilah isteri ana sama macam sajak anta.....

Bulan Terang berkata...

bini aku rasanya x sama mcm sajak en nuri dia asyik dgn persatuan jer... aduh...

PENYAIR AGUNG berkata...

SAJAK EN NURI HARUS DIBACA ISTERI SAYA SEBAB DIA KUAT CEMBURU DIA TAK TAHU SAYA BERKERJA DEMI DIA? DIA HANYA FIKIR YG BUKAN2 SAHAJA....

Kaki Hantu berkata...

sajak ni utk isteri en nuri ker? wah! romantik en nuri ni yer..

nurimanja berkata...

Isteri en nuri ini 2x5 dengan isteri Penyair Agong, cemburu berantu,henti
nyaga pun pasal. pi letak barang, kuah kacang, kuah rojak, acar buah,
semua pompuan yang kita berurusan,
semua dia cemburu.lebih baik stop.
kebulan barang keperluan mentah pun
naik. Tinggal madu saja.kalau cemuru
juga lagi, emm pakai kena madu le ...