Rabu, 25 Ogos 2021

AKU RASA BANYAK DOSA !







AKU RASA BANYAK DOSA !
 
 
Apa benarkah
Politik itu terlalu kotor?
Atau orang bermain politik itu kotor ?
 
Kini aku terasa
Terlalu banyak dosa ?
Bila kita menyokong membabi buta ?
 
Masakan tidak
Kalaulah silap langkah?
Lansong tidak dapat berbau syurga ?
 
Akibatnya kita
Telah menyokong kerja
Nawaitu jahat bersama onar mungkar?
 
Aku sebenarnya
Tertipu diperbodohkan
Oleh parti melayu yang gila  berkuasa?
 
 
Oleh ; Geletek Pagi
Catatan jam 5.pagi
Tarikh Jumaat 6hb Ogos 2021



BURUNG GAGAK LEBIH PINTAR ?

























BURUNG GAGAK LEBIH PINTAR ? 
 
Burung gagak
Kita selalu melihatnya?
Selalunya berada di tempat kotor.
Sedang mencari makan di longgokkan sampah?
Kekadang seekor dan beberapa ekor atau berpuluh ekor gagak .
 
Kenapa gagak
Memakan benda kotor?
Seperti bangkai dan sisa makanan
Malah mereka merebut makan seekor bangkai ?.
Sebenarnya Allah SWT mencipta gagak mudah mencerna bangkai.
 
Jikalau Gagak
Segera pula memakan?
Dengan pantas meluputkan baunya
Tidak ada bangkai sisa makanan yang tinggal ?
Apabila kita melalui di longgokkan sampah  bau bangkai tiada lagi ?
 
Oleh ; Geletek Pagi
Catatan jam 5.pagi
Tarikh Jumaat 6hb Ogos 2021

BILA MELAYU PECAH TUJUH?










BILA MELAYU PECAH  TUJUH?
 
Bila melayu pesah tujuh
Ternyata akan ramailah pemimpin parti.
Akan didakwa dimahkamah lalu dipejara di sungai buluh
 
Sebelum ini pecah enam
Zaman PH membenar pelancong datang.
Waktu covid 19  menyerang ramai melayu mati ditanam.
 
Dahulu pula pecah lima
Siapa tidak sangka PRU14 DAP berkuasa.
Maka ramailah dalam dewan yang mulia India dan China.
 
Kalau melayu berpecah
Empat atau tiga atau dua atau pun satu,
BN masih berkuasa Bersama MIC dan MCA serta PBSS.
 
Lihat fakta parti melayu
Kini kian tenat sedang berpecah belah?
UMNO,PAS,PKR,PPBM.PAN.PERJUANG,MUDA,san PUTRA.
 
 
Admin Muda
Catatan jam 5.pagi

Tarikh Khamis 5hb Ogos 2021

SIAPA SEBENAR PENDURHAKA?








SIAPA SEBENAR PENDURHAKA?
 
 
Siapa Sebenar Pendurhaka?
Menguna demokrasi berparleman ini
Sebagai helah untuk kepentingan parti untuk peribadi
Bersama kaum keluarga , sahabat handai dan keroni politik kepentingan
Maka berlakukan agenda cantas mencantas akibat diserang penyakit gila mabuk tamak KUASA,
 
Mereka sebenar mendurhaka
Adalah kaum keluarga parti anak bini
Kini sudah turun temurun hidup mewah dan kaya raya
Bila kuasa ditangan mereka boleh gunakan demonkerasi Perparleman ini
Sebagai agenda merebut kekayaan dari hasil mahsul khazanah negara yang melempah ruah ini.
 
Jangan hairan Pendurhaka ini
Mereka tidak malu biar pun tebal muka
Selalu sahaja  bermain sandiwara untuk rakyat jelata
Mengasut  mentohmah dan memfitnah rakan dan lawan demi kedudukkan
Maka berlakulah Perdurhakaan mengunakan nama Agong dan rakyat Jelata ingin merebut kuasa.
 
 
Admin Muda
Catatan jam 5.pagi
Tarikh Selasa 3hb Ogos 20

 

POLITIKING SELEPAS PRU14.









POLITIKING SELEPAS PRU14.
 
 
Politiking selepas PRU14
Akibat ada agenda mabuk kuasa ?
Ada parti sudah merancang kejatuhan sesaorang  PM?.
Maka bermupakatlah mereka Bersama tidak kira lagi musuh atau kawan.
Maka berlakulah rancangan jahat menuduh, mengasut dan melempar tohmah dan fitnah
 
Maka berjayalah mereka!
Tetapi sayang keberkatan tiada ?
Pertama PH berkuasa cuma 22 bulan saja nampaknya?
Diganti pula dengan kerajaan tebuk Atap PN kerjasama PPBM/PAS/BN
Kini PKR dalam kerajaan PH yang tumbang begitu mengila nak rebut kuasa nampaknya?
 
Kini berlakulah berbagai !
Cerita dan helah main sandiwara?
Kinonnya  Covid 19 dan ekonomi, ordinan dan darurat?
Persidangan dewan Rakyat dan Parlimen terpaksa digantung sementara,
Kini berlakulah ketidak adanya pula pekenan Agong dan Pembangkang menuduh durhaka?
 
 
Admin Muda
Catatan jam 5.pagi
Tarikh Isnin 2hb Ogos 2021


Ahad, 15 Ogos 2021

DUNIA TERSENYUM?



DUNIA TERSENYUM? 
 
Alangkah malangnya
Nasib sebuah negara sedang membagun
Untuk menuju ke negara lebih maju tetiba kecundang
Akibat berbilang kaum dan berbilang bangsa telah dirasuk mabuk kuasa
Kini jadilah ianya sebuah negara darca merba antara terung , tometo dan ubi kentang ?
 
Sebelum ini Malaysia
Gah di tempat teratas di Asia Tengara
Ekonomi mantab Pelabur berlumba masuk melabur .
Pembagunan mencana naik merentas sempdan menuju ke negara maju
Tetiba diatas sikap gila, mabuk, tamak kuasa antara parti melayu negara tercurut kini ?
 
Jatuh dan merudum
Number empat terkebelakang didunia
Utang bertambah Aset dan Khazanah terjual habis
Sumpah laknat di atas tohmah dan fitnah di antara pemimpin negara ?
Ditambah Covid 19 menyerang negara Pelabur lari rakyat ramai diberhentikan kerja ?
 
 
Catatan Tinta Azimat
 5 .00 Pegi sebelum subuh
Sabtu tanggal 31hb Julai 2021
 
 

CEMAS KALUT DIHEMPIT KEMELUT C19.



CEMAS KALUT DIHEMPIT KEMELUT C19.
 
 
Saban hari ada keluhan
Menghempit cekek ruang kehidupan kita
Ada keluarga cemas , ada kalut dan ada dihempet kenmelut.
 
Apakah musibah celaka
Duhulu hidupan kita tenang aman damai
Kini diganggu bala musibah yang cukup mengharubiru semua
 
Lihatlah kini kita semua
SOP diarah mengamal budaya norma baru
Berkereta dua orang sahaja tak  ada keperluan diam di rumah
 
Ada perkerja diberhenti
Mengharap bantuan utang kian bertambah
Setelah gagal mengangkat bendera putih dan hitam bunuh diri.
 
Contohi negara Brunei
Rakyatnya  banyakkan membaca al Quran
Kini negaranya bebas dan merdeka dari ganguan kemelut  C19.
 
 
Catatan Tinta Azimat
 5 .30 Pegi sebelum subuh
Khamis tanggal 29hb Julai 2021
 

COVID 19 KIAN MENGILA ?








COVID 19 KIAN MENGILA ? 
 
 
Ya Allah!
Ya Tuhan kami
Musibah bala apakah ini
Saban hari kian mengila dan menjadi
Serangan wabak Covid 19 sudah meningkat tiap hari ?
 
Angka ?
Demi angka kini
Dari 100 menjadi 1,000
Kini bertambah lagi menjadi puluhan
Yang mati atau yang sakit kian mencecah 17,000 kini?
 
Ya Allah!
Kami berharap!
Hendarkan musibah ini
Selamatkanlah negara dan rakyatnya
Dari terus menjadi mangsa serang wabak musibah ini ?

 
Catatan Sura Pulau
Jam 9 . 30 Petang
.Rabu tanggal 28hb Julai 2021


TERNYATA IBU MEMPUNYAINYAI?










TERNYATA IBU MEMPUNYAINYAI? 
 
 
Kata Ustaz Kazin!
Tanda kita kena syer dan santau
Lihat pada kuku kita sendiri adakah diantaranya
Ibu cari kita hitam pangkalnya dan putih macam bulan naik keatas?
Terdapat kuku jari kita tidak rata dan ada pula yang melengkung atau pun pecah?
 
Ternyata semua!
Pada ibu jari dan kuku kaki ibu
Kerana ibu masa mudanya amat aktif bertaranun
Merata curuk kampung dan daerah menjemputnya membaca Quran?
Di kampung bila habis majlis bersanding mereka mengadakan majlis baca Quran.
 
Adakah ibuku !
Yang pandai bertaranum itu ?
Telah terkena ilmu syer dan santau orang agaknya?
Kekadang ibu pernah pitam berminggu tidak boleh bangun dan tidur ?
Apa yang aku tahu ibu juga ada mengidap  penyakit kecing manis dan darah tinggi.
 
 
Catatan Sura Pulau
Jam 5 . 30 pagi
Selasa tanggal 27hb Julai 2021
 


PERSIDANGAN !









PERSIDANGAN ! 
 
Persidangan
Hari ini dalam sejarah
Tidak pernah berlaku persidangan
Tertangguh sehingga lapan bulan akibat darurat
Covid 19 yang melanda negara lebih 15 ribu orang rakyat diserang.
 
Rakyat kini !
Cukup rasa tertekan
Akibat SOP yang sepatut dipatuhi
Diam di rumah satu penyiksaan kerja tergendala
Sehingga ada yang angkat bendera putih dan hitam protes agaknya.
 
Perlu diingat!
Bukanlah negara kita
Terkena wabak C19 luar biasa ini
Seluruh dunia terpulang kepada  pengurusannya
Ada negara yang cepat menanganginya ada yang kian kian parah.
 
Persidangan
Hari ini kita sentuh
Bagaimana untuk mengatasinya ?
Bukan soal kegagalan kerajaan menanganginya
Sebagai yang berhormat sepatutnya lebih peka dari rakyat biasa?

 
Catatan Sura Pulau
Jam 5 . 30 pagi
Isnin tanggal 26hb Julai 2021
 


Khamis, 5 Ogos 2021

.GAGAK KAU BERAKLAH DI ATAS BUMBUNG KERETAKU








.
GAGAK KAU BERAKLAH DI ATAS BUMBUNG KERETAKU 
 
Aku sudah tidak terdaya lagi?
Hendak membasuh bumbung kereta burukku
Seminggu ini aku beri peluang untuk kalian membuang najis
Di atas bumbung kereta tua burukku biar bertumpuk hitam dan putih jadinya
Aku tidak marah lagi seperti seminggu lalu kalian membuang najis di atas bumbung keretaku.
 
Apa pun bukan keretaku saja?
Kereta orang lain pun menjadi mangsa jua
Dibiarkan sehari dua tidak mengapa tetapi kalua berminggu
Akan menjadi warna hitam bertumpuk-tumpuk tidak menentu bentuk bunganya
Beraklah gagak sepuas hatimu sejak wabak  C19 ini penghuni falat ramai tidak pergi kemana.
 
Kini angin semuntal penghuni?
Taman perumahan rendan dan sederhana
Adalah tapak pesta gerombolan sang gagak mencari makan
Menjelingah dari pokok ke bumbung gerai dan tiang lampu elektrik berjajaran
Malam kau tidur di pohon rendang perut kau kenyang rasa nak terberak kau lepaskan saja.
 
 
Catatan Geletek Pagi
Jam 10 . 30 pagi
Ahad  tanggal 25hb Julai 2021



DULU NEGARA KITA HUTAN BELANTARA

 









DULU NEGARA KITA HUTAN BELANTARA 
 
Duhulu negara ini adalah
Kawasan hutan belantara
Berabad lamanya kita dijajah
berbagai bangsa seluruh dunia
Malah kita bagaikan jakun perak
Tidak mampu mengangkat kepala
Apa tah lagi mendabit dada
Untuk menjadi tuan di bumi ini
Sehingga berkurun lamanya
Tangan kita di kilas kebelakang
Kepala kita ditekan tunduk ke bawah
Negara jiran ambil kesempatan
Biar pun sebelah menyebelah
Juga menekan kita berbagai ugutan
Membayar upti setiap tahun
Hantaran bunga emas
Jika enggan kita diserang
Diganggu Negara Gajah Putih
Begitu juga dengan Das Is Indes
Kerajaan Mataram Jawa kono
Pernah menguasai kita
Dari Malaka ke Johor riyau
Kita memang terbelenggu
Tiada tempat untuk mengandu
Membela nasib dimasa itu ?
 
Oleh:Tinta Azimat   
Catatan  jam 6.30 pagi
Hari  Sabtu Tanggal 24hb Julai 2021



PERAYAAN PERAYAAN SEBENAR?







PERAYAAN PERAYAAN SEBENAR? 
 
 
Bukanlah
Kita menyambut hariraya
Aidil Fiteri atau aidil azhda atau hari lahir
Tetapi hari raya bila kita mendapat keredhaan Allah S.W.T
Bila kita disingker dari neraka tetapi dapat kelayakkan syurga Allah S.W.T.
 
Tidak ada
Hari raya yang paling
Mengimbirakan kita dari hari raya lain
Melainkan kita mendapat pengiktirapan layak masuk surga
Mendapat segala  catatan  amalan kita didunia dari tangan sebelah kanan.
 
Justeruitu
Kita kena berhati-hati
Setiap amalan kita pilihlah kebaikkan
Jangan kita cuba merosakkan amalan makrup di dunia ini
Kerana apa sahaja kebaikkan amalan kita kebaikkan juga diakhirat nanti.
 
 
Oleh:Tinta Azimat   
Catatan  jam 6.30 pagi
Hari  Sabtu Tanggal 24hb Julai 2021

 

.LAMANIAN AKU TIDAK MENCATA PUISI










LAMANIAN AKU TIDAK MENCATA PUISI 
 
 
Lamanian aku tidak dapat ruang mencatat puisi
Namun kerinduan tidak mudah musnah
akibat gangguan kesebukkan
saban hari bergelut
dengan kemelut
dan kekalutan.
Itulah aku.
 
Entah kenapa di pagi selepas aisul azdha ini aku
Punya sedikit ruang untuk meluang masa
Bersama sekeping kertas putih
Sebatang pen hitam
Lalu aku mencatat
debuah puisi
aku minati.
 
 
 Oleh:Tinta Azimat   
Catatan  jam 6.30 pagi
Hari  Sabtu Tanggal 24hb Julai 2021


BUDAYA KECELARUAN MINDA MEMERANGKAP KITA







BUDAYA KECELARUAN MINDA MEMERANGKAP KITA 
 
 
Sepontan cuma
Aku menulis puisi
Jangan marah kawan
Dan pembaca di media maya
Kerana di daerah kita
keadaan  begitu tenat nampaknya
Ramai rakyat jelata
telah diserang penyakit dahsat
wabak budaya kecelaruan minda
Si perancang pencetus agenda
Menghuruharakan negara
Penuh menipu , tohmah dan fitnah
masih bebas dan merdeka?
Mereka yang ingin beribadat
Sujud kepada perintah
Agama Allah SWT
dikira melanggar SOP ?
Perintah darurat
Mereka akan ditahan  ……….
 

Oleh: Pena Runcing,
Catatan  jam 5.30 pagi
Hari Jumaat  Tanggal 23hb Julai 2021