Ahad, 26 Februari 2017

AKU KEHILANGAN ILHAM





AKU KEHILANGAN ILHAM

Hamper 15 minit
Aku melenggung panjang
Menunggu ilham tidak datang-datang
Selalunya bila aku dapat berita aku terus mencatat
Kini entah kenapa ilham dan cerita langsung tidak kunjung tiba?

Ilham ini mungkin
Tidak akan datang bila hati
Rasa tidak bersih badan pun kotor pula
Lalu kita kena pergi mandi dahulu dan membersih kan
Segala kekotoran luar dan dalam barulah ilham akan datang.

Kekadang senang
Kekadang ilham amat susah
Untuk datang menjelma dalam hati kita
Jikalau ia datang maka segera lah kita mencatatnya
Jikalau ia nya menghilang sukar pula untuk kita menangkapnya.

Oleh : Pena Utara
Catatan jam 7 .40 pagi
Rabu Tanggal 11hb Januari 2017.

ORANG BERIMAN SOLEHAN






ORANG BERIMAN SOLEHAH

Ayat 19 surah sajjadah
Sebenarnya orang yang beriman
Dan orang-orang yang beramal soleh
Kepada mereka ada balasan untuk mereka
Di anugerah kan mereka masuk ke jannatul makwa.

Dalam Tafsir al wasik
Jiwa mereka penuh kepercayaan
Sentiasa saja melakukan amalan  baik
Hati mereka sentiasa ikhlas beramal soleh
Kedatangan mereka di akhirat nanti layak ke syurga.

Segala kenikmatan
Dalam syurga jannatul makawa ini
Satu tempat untuk berlindung terselamat
Sesuai dengan amalan  soleh mereka lakukan
Sepanjang hayat se waktu mereka berada di dunia .

Oleh : Pena Utara
Catatan jam 7 .40 pagi
Selasa Tanggal 10hb Januari 2017.

ADAKAH SAMA ORANG YANG FASIK DAN BERIMAN?





ADAKAH SAMA ORANG YANG FASIK DAN BERIMAN?

Orang –orang yang fasik
Mereka sama dengan kekufuran
Fasik ini termasuk orang yang tidak solat 
Tidak puasa tidak mengerjakan ibadat mengerjakan haji

Orang -orang yang beriman
Mereka ini dengar taat dan patuh
Mereka melakukan apa yang diperintah
Mereka sentiasa menjaga kerja makruf nahi mungkar .

Orang yang kufur dan beriman
Tidaklah sama dalam peraturannya
Kufur melakukan kesalahan dan kerosakan
Orang beriman tidak sama ahli syurga dan ahli neraka.

Untuk mendapat keredhaan Allah
Jangan mengikut keadaan hawa nafsu
Menjadi orang yang beriman perlu mencari ilmu
Semoga kita dapat membezakan mana yang baik dan salah

Oleh : Pena Utara
Catatan jam 7 .40 pagi
Isnin Tanggal 9hb Januari 2017