Jumaat, 17 Februari 2017

KETIKA AKU BERADA DI HUJUNG SENJA






KETIKA AKU BERADA DI HUJUNG SENJA

Ketika sunyi begini
Aku cukup terasa
Kita bagaikan berjalan
Di hujung senja
Lemah tidak terdaya
Bagaimana kita gagal
Membilang hari–hari berlalu

Siapakah kita kini ?
Jika hidup rasa hampar
Segala memori hilang
Bagaikan bertaburan
Di mana-mana terdampar
Gagal pula memungutnya
Terpaksa membiarkan saja

Ketika di hujung senja
Keresahan kian memuncak
Terharu melihat waktu
Menteri bulan dan bintang
kian  menambah usia ku
termangu di malam hari
bertambah resah di siang hari.

Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 3 5O  petang
Sabtu Tanggal 7hb Januari 2017.

Tiada ulasan: