Khamis, 16 Februari 2017

ALLAH SWT SEMBUNYIKAN GANJARAN






ALLAH S.W.T SEMBUNYI KAN GANJARAN

Sesungguhnya Allah S.W.T
Telah memberi hadiah tersembunyi
Kepada orang-orang yang beriman kepada Nya
Mereka tidak dapat melihat dan dapat mendengar rahsia itu
Semuanya cerita yang tidak ada di muka bumi ini melainkan di Syurga.

Bangun beramal malam
Tersembunyi tanpa orang mengetahui
Allah akan memberi balasan hadiah tersembunyi
Kerana hati orang beriman ikhlas beribadah kerana Allah S.W.T
Seperti sedekah yang dilakukan tidak di ketahui oleh orang sekeliling.

Jika ada seorang lelaki
Melakukan sedekah tanpa orang tahu
Allah akan memberi hadiah yang mengembirakan
Pastikan perhubungan dirinya dengan Allah S.W.T baik dan soleh
Dan begitu juga perhubungannya dengan manusia lain cantik dan mesra.


Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 5  2O  pagi
Jumaat Tanggal 6hb Januari 2017.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...


Sentiasalah beramal soleh . banyak perhubungan dengan tali Allah SWT dan sering mengeratkan tali silatorrahim sesama manusia .