Khamis, 16 Februari 2017

SYUKUR DAN SYUKURLAH






 SYUKUR DAN SYUKUR LAH


Allah tidak akan menurunkan sesuatu penyakit
Sebelum Allah S.W.T menurunkan penawarnya terlebih dahulu
Bagi kita yang pernah di serang penyakit
Tetapi masih juga dapat bertahan dan sembuh
Sebenarnya Allah S.W.T masih kasih dan sayang kepada kita
Apabila jatuh sakit berubat dan berjaya disembuhkan.

Sakit itu sebenarnya musibah atau impak
Kepada kita dengan dosa-dosa kecil dan besar kita lakukan
Mungkin kita tidak sedar dan tidak minta ampun
Sama ada kepada Allah atau sesama manusia jiran tetangga
Bila kita baik dan sihat banyajkanlah bersyukur
Lakukan amalan makruf  bertaubat dan banyak berastakfar.

Sentiasa lah bersyukur dan berterima kasih
Terima kepada Allah S.W.T yang memberi kita sihat
Berterima kasih kepada manusia dan siapa yang membantu
Bersyukur kerana Allah membenarkan kita menyedut udara Nya
Masih mampu bergerak makan, minum, hidup  dan bernafas
Janganlah kita lupa untuk bersyukur dan berterima kasih .


Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 5  2O  pagi
Hari Rabu  Tanggal 4hb Januari 2017.


Tiada ulasan: