Ahad, 25 Disember 2022

WAHASIL BALIK HASAL ?

 






WAHASIL BALIK HASAL ?
 
 
UMNO
Dulu yang gah
Lebih 61 tahun yang lalu
Kejayaan begiti hebat yercapai
Sejarah yang cukup Panjang buat kita
Kini Kembali wahasil balik semula kepada hasal?
 
UMNO
Hilang kuasa
Cuma 22 bulan saja
Tambah pula sidikit lagi
18 bulan habis semua jadi 40 bulan
Kini Kembali berkuasa dalam kerajaan perpaduan ?
 
UMNO
Kini berkuasa
Hidup semula bersama
Kerajaan Kabinet Perpaduan
Saranan Agong PRU15 bila didapati
Tiadak sebuah parti menang selesa bentuk kerajaan?
 
 
Oleh:Suara Pulau,
catatan ceramah bebas,
Selasa jam 3 pagi Tarikh 20/12/2022


RASA GENENTAR HATI



RASA GEMENTAR HATI
  
Bila disebut namaMu
satu peringatan yang terang
lagi benar dan juga nyata.
Hati pun rasa gementar
bagai luluh sendi dan tulang
sehalus dedebu yang terbang.
itulah dosa-dosaku dulu
yang kini jatuh dari tubuh
bila diserami air sembahyang.
Suara azan dan iqamah
perlu dititis ke dalam kalbu
ditiup di telinga anak-anakmu.
agar terpahat rasa kebesaranMu.

Oleh: Nurimanja,
catatan ceramah bebas,
akhir 2009. sajak lagenda. siar semula 17/12/2022

 

MIMPI SATU TAKWEL KITA







MIMPI SATU TAKWEL KITA 

 
Ini mimpi kita,
bukan mimpi tidur lena
tapi mimpi  dari andaian sejenak
buat renungan dan tafsiran dari kaca matahati.
 
Betapa kehadiran insan di muka bumi ini
Semuanya bergelut dengan masa dan kebendaan
Mengisi jiwa dengan kemewahan yang tidak berkesudahan
Mempertuhankan hawa nafsu mengumpul harta benda dan kekayaan .
 
Ini takwil kita
Bukan takwil dari pirasad
Tapi takwil dari nur jiwa nan kudus
Buat gerakkan rasa hati bisikan deria yang berkata.
 
Betapa kelahiran insan di muka bumi ini
Hampir-hampir terlupa pada masa jalan penamat
Hidup cuma mengisi kekosongan jiwa dengan kepuasan nafsu
Iman adalah kebendaan kekayaan kemewahan dan kenekmatan dikecapi.
 
Di antara mimpi dan takwil ini
percayalah di akhir pejalanan hidup ini nanti
rasa bagai mengumpul bahan kayu bakar diri sendiri
menuang minyak pada kayu bakar ungul api yang menjulang
lalu mencampakan diri kerana kita gagal menghitung zakat harta kekayaan.

 
Oleh; Nurimanja,
Tanjung Nipis, Perak.
20/12/1972.malam jumaat.


MATA YANG MENYASIKAN








 MATA YANG MENYASIKAN

akan kehidupan alam semesta
kita pun mengerti akan segalanya
setiap yang bernyawa pasti merasai mati.
 
Inilah putaran di alam maya
telah dijadikan tuhan pencipta
untuk manusia melihat dan berfikir
sebelum kita datang dan kemudian pergi.
 
Matalah yang menyasikan
bersama perasaan hati dan jiwa
apabila sesuatu keadaan itu berlaku
kita pun dapat mengetahui dan mengerti.
 

Oleh: Nurimanja,
29hb, Disember, 2010.
selepas menonton Tv animal

BILA ATOK DITENTANG PARTI ATOK PUN TUMBANG

 






BILA ATOK DITENTANG PARTI ATOK PUN TUMBANG 

 
Atok yang dikasihi
Cukup cukuplah sudahlah
Sekadar melayanan nafsu serakah saja
Semua musuh Atok telah tewas dan disumbat dalam penjara
Apa lagi Atok mahu berkuasa sudah 2X menjadi PM4 dan PM7 di Negara Malaysia?
 
Kini Atok sengaja
Masuk gelanggang semula
Menempah warna hitam dihujung senja
Kini rasa anak didik Atok  yang menikam dari belakang pula
Itulah budaya sonsang dan penyakit kecelaruan minda yang berlaku dalam negara?
 
Amatlah ternyata
Atok satu sewaktu dahulu
Mudah tersenyum sebagai pakar politik
Kini tewas mudah dan hilang semua duit pertaruhan DUN/AP
Kerana tembelang Atok sembunyikan 22 tahun dan 22 bulan telah pecah semuanya?

 
Oleh: Pensel kontot
Catatan jam 7 .15 pagi Rabu
Tanggal 7hb Disember 2022 Telok Kumbar.


 

Khamis, 15 Disember 2022

.KLIPTORKRAP SATU REKACIPTA TUDUHAN

 






KLIPTORKRAP SATU REKACIPTA TUDUHAN 
 
 
Siapa dalang
Pencipta kliptorkap
Sehingga berlaku tuduhan terpilih
Keatasa orang tertentu BN kononnya meirompak
Beratus ribu Billion  wayang negara disonglap pemimpin negara ?
 
Tetipa sahaja
Mereka pun sama
Tidak juda bersih dan tidak setabil
Malah lebih dahsat lagi menuduh orang penyamun.
Sedangkan irang mereka merimpak san menyamun lebih bedar lagi?
 
Dinihari susah
Untuk kita menilai
Akan hati nurani buat sesaorang
Kerana nawautu seorang itu mudah sangat berubah
Seorang yang kita sangka baik jahat rupanya begitulah sebaliknya ?
 
 
Oleh: Pensel kontot
Catatan jam 7 .15 pagi Rabu
Tanggal 7hb Disember 2022 Telok Kumbar.

 

SEKARANG BUKAN LAH DOMBA BERADU DOMBA ?

 





SEKARANG BUKAN LAH DOMBA BERADU DOMBA ?

        -Nyanyian irama seroja .
 
Sekarang bukan
lah domba beradu domba ……..
Marilah kita bersama membena negara
 
Perangai terbaik
Patut dimulia elok dijaga ……….
Cukuplah sahaja dipuji sekadar sahaja
 
Wahai saudaraa
Waspada kita berwaspada ,,,,,,,,
Dekarang zaman domba beradu domna
 
Banyak angkara
Mengasut fitnah dan cela ……
Jangan percaya agenda mabuk kuasa ?
 
Awaslah semua  
Percaya jangan percaya …….
Budaya songsang penyakit celaru minda ?
 
 
Oleh: Pensel kontot
Catatan jam 7 .15 pagi  Isnin
Tanggal 5hb Disember 2022 Telok Kumbar.

 


TUNTUT WANG MEMANGKAH ?







TUNTUT WANG MEMANGKAH ? 
 
                     
PRU15
Ramai anak muda
Nampak berkumpul di pondok undi
Kini usiua 18 Tahun ke atas layak memangkah
Banyak patyi orang melayu pilih dan pangkah saja yang mana suka
Kalaulah ada janji wang ringgit dari parti tersebut sila tuntut selepas memangkah ?
 
Apakah
Benar bagai dikata
Ada parti menaja wang ringgit pula
Buat siapa saja menyokong dan memangkah
Parti tertentu boleh dapat RM50 atau RM100 untuk bekanja makan
Tidak ada masalah parti banyak wang ringgit boleh beli pengundi untuk memangkah ?
 
Justeru
Ternyata apa jadi ?
Kini mereka tanpa segan dan silu
Anak muda mula datang berbaris tuntut janji
Khalayak mulai menyedari ada parti main beli pengundi memankah
Patut banyak pasang bendera sepanjang jalan raya sehingga kecuruk hulu jalan desa ?
 
Oleh: Admin Muda,
Catatan jam 7 .15 pagi Jumaat
Tanggal 2hb Disember 2022 Telok Kumbar.


KEMELUT YANG BERSERABUT ?







KEMELUT YANG BERSERABUT ?
 
 
Berperang
Selepas menang PRU14
Kemelut awan nnndung berserabut
Politik kecelaruan minda boleh menang bergaya ?
Akibat konspirasi sepakat ingin menumbangkan parti pemerentah
Dengan pelancaran peluru berpandu agenda tohmah dan fitnah menghentam sasaran ?
 
Pemenang
Parti 13 kerusi diangkat
Berkuasalah PH 22 bulan lamanya
Akibat ada yang tidak senang hati antara mereka?
Langkah Saraton pun berlaku 2 parti besar PN merampaskuasa.
Maka PM8 dalam kerajaan baru PN pun bermula Cuma 17 bulan tersungkur pula jadnya?
 
Digantikan
Kerajaan Kerjasama BN
PM9 kerajaan keluarga Malaysia
Dalam kemalut covis 19 dan merebut kuasa pula?
Persetujuan Agobg membubar Parlimen dimutamatkan segera
Habis PRU15 yang menang kalah samarata tergantung Parlimen kerajaan tersangkut pula ?
 
 
Oleh: Admin Muda,
Catatan jam 7 .15 pagi Khamis
Tanggal 1hb Disember 2022 Telok Kumbar.


DUNIA DI AKHIR ZAMAN









DUNIA DI AKHIR ZAMAN
 
 
Kata nabi akan berlaku
Perkara luar biasa di satu masa
Di mana ketua bagi orang Islam bukan seagama
Lalu umat Islam mudah mengikut arahan telunjuk mereka
Sehingga yang tenat dicelarukan minda sanggup melakukannya
Walaupun di arah dan diminta ikut masuk ke lubang biawak tidak mengapa.
 
Disebabkan pengaruh wang
Dan kebendaan hidup di dunia ini
Orang Islam yang tipis iman lupa segala-galanya
Cuma membeli dengan janji, ada gelaran, pangkat dan harta
Maka orang-orang kita yang beragama Islam terus terperangkap
Lalai dan lena dibuai mimpi-mimpi indah yang diumpamakan syurga dalam dunia.
 
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7 .15 pagi Isnin
Tanggal 16 Ogos 2015 Telok Kumbar.


 

Isnin, 5 Disember 2022

KENAPA RUMAH BELUM SIAP PAFAT BERBUNYI ?

 






KENAPA RUMAH BELUM SIAP PAHAT BERBUNYI ? 
 
 
Hari ini aju terasa
Aku melayu paling sedih dan kecewa?
Melihat dan memikirkannya malang menimpa kita
Mengapa tidak kita telah diserang penyakit kecelaruan minda
Termasik mereka yang telah pun tua yang muda dan anak -anak sekolah tadika .
Penentangan agenda merebut kuasa dalam negara kerajaan yang ada pemerentahan berraja
 
Walaupun kita kini
Hidup aman damai dalam negara ini ?
Tetapi tanpa kita sedari ada pihak mengatakannya
Kita diperentah negara kominis yang bertupingkan demokrasi
Kononnya ada hujah kuat dan bukti kukuh ada parti dibantu dari luar negara
Nerpuluh rubu RM setiap kali ada memilihan memangkah dalam setuap kali PRU diadakannya
 
Sebab itulah kini
PRU15 tidak ada parti yang menang ?
Terpaksa bergabung dalam kerajaan Perpaduan
Setelah Agong dan majlis raua-raja melayu mempersetujuinya
Hidup mupakat dan berkerjasama semua parti yang ada dipekenan Agong?
Tetapi ada pula dua parti enggan memberi sokongan malah sela menjadi pembangkang pila ?

 
Oleh:Pensel Kontot
Jam 4.15 pagi
Hari Isnin 28/11/2022 photo hiasan.


BILA SYAITAN DAN IBLIS MENCELARUKAN MINDA?



BILA SYAITAN DAN IBLIS MENCELARUKAN MINDA? 
 
Sesekali >
Sahabatku di Fb!
Apa benarkah akhir zaman ?
Iblis dan Syautan mencelarukan minda kita?
Apabila dunia berpising kita pun pening mengikut putarannya?

Benarkah.>
Iblis dan Syaitan!
Mudah masuk dalam hati ?
Berjaya mengasut manusia melakukan onar?
Lantas terjadilah pekara onar hasad dengki tohmah dan fitnah?
 
Terjadilah >
Sebuah rencana
Drama bersiri perpecahan ?
A cuba mengajak B dan C menjatuhkan  D ?
Lalu jatuh tersungkurlah D yang selama ini berjaya kerjayanya ?
 
Hasilnya >
Niat kedengkian
Dalam hati B dan C merancang
Nawaitu mreka untuk menjatuhkan A pula ?
Setelah berjaya kini B dan C tidak senang hati berbalahn pula ?
 

Oleh Suara Pulau
catatan jam5.00 pagi
Selasa Tanggal 22/11/2022 photo hiasan.



SEBIJI DURIAN ?







SEBIJI DURIAN ? 


Sebiji durian
Telah pun lama jatuh ke bumi
Atok telah mengambil dan membelahnya
Sebelah nampak macam Atok hendak simpan biarkanlah
Sebelah lagi Atok kopak pangsanya ada 2 lalu Atok bahagi sama rata ?

Tetapi sayang
Anak cucu Atok yang 2 Orang
Tidak mempunyai akhlak mulia dan nakal
Adakah patut bahagian Atok satu pangsa atas dikebasnya
Kini Atok bersedih dan kecewa membantu 2 orang cucunya yang nakal.

Kini Atok pun
Tahu dan cuba menilai 2 Cucu
Yang kini sedang merebut panggu sebelah
Yang Atok simpan belum makan lagi itu pun mereka rebut
Sehingga hari ini belum dapat buat penyelesaian lagi siapa yang dapat ?


Oleh:Pensel Kontot
Jam 3.15 petang
Hari Isnin 21/11/2022 photo hiasan.


ASAL SATU PARTI KINI PECAH EMPAT









ASAL SATU PARTI KINI PECAH EMPAT 
 
Asalnya
Sebuah Partil UMNO
Parti keramat orang Melayu
Lebih 65 tahun berkuasa di bumi tercinta
Kini setelah kejayaan tercapai rasa kebahagian dinekmati ?
 
Mulalah
Perasaan rasa dengki
Menyelinap masuk senyap
Mulalah ianya bersarang di benak hati
Pelehan sikit demi sekit menjalar rasa ingin jatuh menjatuh ?
 
Ternyata
Kini perpecahan parti
Retak dari PM pertama lagi
Bermula zaman Tungku Abdul Rahman
Pengkeritiknaya mulai dikesan seorang yang bercita tinggi ?
 
Berlakulah
Seorang demi seorang
Akan cuba dicantasnya nanti
PM pertama , kedua ketiga dan keempat
Terhenti kerana dia PM yang keempat menguasai segalanya ?
 
 
Oleh Suara Pulau
catatan jam 3.40 Petang i
Tanggal 18  Jumaat /11/2022 photo hiasan


PARTI YANG MENANG THANIAH! ?









PARTI YANG MENANG THANIAH! ?
 
Syabas dan Thahniah!
Buat parti yang menang dalam PRU15
Buat parti yang kalah itulah ketetapan Allah S.W.T
Tidak perlu lagi membuat helah dan menacri pula masaalah 
Sebagai orang beriman kita merancang Allah SWT yang menentukannya.
 
Perlulah kita beringat
Kekalahan atau pun kemenangan itu
Semuanya mempunyai hikmah ada pengajarannya
Semua calun Yb jangan bersedih jangan gelabah tunggusaja
Apabila rakyat memilih turun memangkah pastunya mandatnya diserah
 
Buat Yb yang terpilih
Tersedia kerusi di dewan yang mulia
Maka bersidanglah menyelesaikan masaalah rakyat
Janganlah huruhara bertekak berteggang leher merah muka
Kerana rakyat mengharap dewan yang mulia PRU15 tidak culas sakit hati.
 
Oleh Suara Pulau
catatan jam 7.00 pagi
Tanggal Selasa  15 /11/2022 photo hiasan