Isnin, 29 Ogos 2011

ANAK KECIL MENYAMBUT MERDEKA



 buat anak kecil sambut merdeka.

Anak kecil menyambut merdeka
iKat bedera di belakang basikal
tempek sorak cukup bergaya
ikut kawan-kawan pusing taman masuk desa
sambil ramai-ramai melaung sebut merdeka!!

Diraut wajah Nampak riang ria
Sambil mengebar jalur gemilang
Walaupun tidak mengerti arti kemerdekaan
Kami hidup aman bebas dan merdeka.

Kanak-kanak merdeka satu Malaysia
Hidup jangan leka buang masa
Kerana kamu warisan bangsa kita
Jangan tersilap buat perhitungan
Masa depan negara mesti dipelihara.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan tanggal 29 ogos, 2009.
Teluk kumbar.penang.
sajak lagenda .




ANAK PERANTAUAN




 buat mereka diperantauan.

Satu syawal
Datang menjenguk
kamar anak perantau
senyumnya bagai dipaksa
hatinya dipagut resah
jauh di rantau orang
di jendela duduk terkenang
air mata pun jatuh berlenang
lantaran jauh dari ayah bonda
dan juga sanak saudara


Oleh; Nurimanja,
Pulau Burneo Penghujung 1979.
sajak lagenda




Jumaat, 26 Ogos 2011

PELITA MINYAK




menjelang raya pasti ada dipasang.


Pelita minyak tanah
Anak-anaku tidak mengerti
Pun tidak mengenalinya
Aku yang hidup diantara dua lampu
Pun kadangkala terlupa
Asa lusul hidupku,

Pelita minyak
Liyuk lintukmu ditiup angin
Berbnuga hitam arang tahi jerami
Aku memungut ilmu dari celah buku
Dalam  cahaya samar di hujung malam

Pelita minyak
Padamu cuma tinggal kenangan
Disudut hatiku berbeza dengan anak-anakku
Yang hidup di zaman eternet dan globar
Bila bekalan air dan elekterik teputus
Mereka  bising cenas dab gemetar


Oleh; Nurimanja, Pk
Di kamar sepi
5/10/201 sajak lagenda en nuri





ALLAH MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI




bila melihat keanguhan manusia kini
 

Malam suasana tenang,
untuk makhluk beristerehat
mengapa kamu tidak mengunakannya?
mengikut kehenak ciri-ciri Allah SWT
 
Siang suasana sebuk,
semua makhluk mencari rezek
mengapa kamu tidak mengusahakannya?
rezeki kamu itu ada ditangan Allah SWT

 Lihat kekuasaan Allah SWT
menjadikan langit dan bumi ini
siang dan malam untuk kamu renungkan,
tetapi manusia tidak pernah menghiraukannya.


Oleh ; Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas,
dua tiga hari yang lalu Mei, 2010.



Rabu, 24 Ogos 2011

DIANTARA BUBUR LAMBUK DAN BENDERA



 buat rakyat malaysia

Bertemu juga mereka,
Walaupun dahulu hamper saja
Seperti kongsi raya dengan Gong Xi Fa Chai.

Hari ini kita dapat rasa,
 Rakyat malaysia berbilang bangsa
Diberi percuma bubur lambuk dan bendera.

Dimana dunia melihat,
Tiada rasa perkauman atau iri hati
Cuma pihak tertentu yang main sandiwara.

Hari Raya dan merdeka,
Serentak rasa kita sambut bersama
Demi perpaduan rakyat  negara 1 malaysia. 



Oleh: Nurimanja,
Catatan melihat keadaan.
Petang hari rabu.24hb, ogos, 2011




Selasa, 23 Ogos 2011

KABUS KEMARAU



 sajak lagenda mlm gadar 2009


Seorang saksi membawa kebenaran
Tetapi sayang semuanya ditolak
Keangkohan penduduk kota Mekah
lalu pencipta menjawabnya
Dihantar kabus kemarau
Kepada penghuni seluruh Mekah
Kerana menolak kenyataan yang nyata
Tidakkah mereka tahu siapa khalid?
Pencipta terpuji lagi dimuliakan
Mengertilah pada malam seribu bulan
malam gangil 10 ramadhan yang tarakhir
diturunkan kitab suci sebagai petunjuk
penuh dengan keberkatan dan kemuliaan
buat seluruh penghuni di  dinua fana ini
diluntar sinar dari kegelapan
di tengah  malam memancar cahaya
dari satu kebenaran yang nyata
dari kitab suci al Quraan.


Oleh; Nurimanja,
BBPTK, PulauPinang,
23 Ramadhan,13hb, September, 2009.




Jumaat, 19 Ogos 2011

SOLEHIN




Aku ingin menjadi Abu Bakar
Menjalin agung sebuah persahabatan
Sebagai Omar yang sedia
berkorban demi sebuah keadilan
Berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka
Inginku seteguh Ibnu Zubair
Yang setia menahan panah hajjaj
Bersama ibu tua Lantas mati
dalam dakapan sejarah
aku ingin seperti pemuda Ghiffari
menentang kezaliman walau diancam
Aku ingin selam keredha hati Yusuf
Yang memaafkan saudaranya
Walaupun berteman
kegelapan di perigi tua
Serta tawakal Ibrahim
Ketika meninggalkan insan tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara
Ingin ku semai benih iman Al-Banna
Yang merelakan tubuh dimamah peluru
Serta senyuman Al-Qutb
Ketika berteman dengan tali maut
Lantas terukir haruman dipusara ku
Bagai harum pusara Ashabul Ukhdud….
 

Oleh: Ustaz Zulkarnain
Sk Sungai Batu, Teluk kumbar, Pulau Pinang
10pagi/2010 Oktober 7 02:10





RAMADHAN! AKU MASIH SETIA MENANTI



 awas! malam 21 ramadhan ini.


Ramadan yang kurindui, aku masih setia menantimu,
sejak kedatanganmu pagi hari petama
aku sering menyebut dan memujamu dengan munajat cinta kudus di hujung malam
aku juga masih setia menanti akan janji–janjimu
jenguklah walaupun seketika pada malam yang kurindui
janganlah kau siakan harapan cintaku yang tenat ini
untuk bertemu dan menghidu baumu
buat azimat satu malam yang penuh keramat


Oleh: Nurimanja,
Catatan bila asa gelisah,
3hb ogos, 2011.



Selasa, 16 Ogos 2011

SUMPAH KERAMAT IBLIS



sajak pilihan warga cr.
 
Aku lebih mulia kenapa harus tunduk
Siapa adam? asal tanah hitam
Mana sebanding denganku
Aku dari api tak layak sama sekali
Maka sumpah keramat tercetus
Sumpah iblis terhadap tuhan
Sesatkan adam dan anak cucu
Ramaikan pengikut di neraka
Ramai tertewas tertunduk
Empat penjuru semua di redah
Kiri kanan depan belakang
Menyelinap ke segenap daerah
Ulama alim ramai tertewas
Yang bodoh jahil apatah lagi
Tewas dengan pujuk rayu
Tewas dengan pujukan mendayu
Sumpah keramat kekal selamanya
Kekal hingga hari kebangkitan
Selamatkah kita?


Oleh: Ustazah Janariah
ketika mengajar anak2 tentang iblis dan syaitan
2010 Disember 7 22:33
 




RASUAH




sajak pilihan warga cr.

Langitku runtuh harapanku musnah
mohon berteduh di bawah rumah
tanahku basah kompasku punah
mencari arahbimbang tersalah
duniaku parah diriku pasrah
biar pun susah takkan mengalah
tekadku teguh ranjauku redah
perjalanan jauh mencari hidayah
mentariku merah hatiku cerah
tersembunyi hikmah di sebalik musibah
ujian itu lumrah sabar itu indah
bercakap mudah membuatnya payah

 
Oleh; Ustazah hamidah
sajak isu semasa2011 Januari 7 19:12





Ahad, 14 Ogos 2011

BERASAK-ASAK




sajak pilihan warga cr.

Berasak-asak menerpa seluruh rongga
menelan mati semua bernyawa
meredah hujan ribut
menongkah segala arus
cuma naik sedikit ke permukaan
menyedut sedikit udara
kematian yang abadi
sebelum masa yang termaktub
bila pilih untuk diam
kadang lagi molek dari segala
sebenarnya mahu memupuk aman
mengurang apa barang
gelombang badai selalu pilih lari
bukan atas dasar pengecut akan api
sekadar mahu sembunyi
barang sekejap di perut bumi
dalam air atas awan
celah batu ada situ


Oleh: Ustaz Zaidi
harap qalam menerima baik kami berempat kami sahabat ustaz omar
2011 Januari15:45





BANGGA TAPI KHUATIR



sajak pilihan warga cr.
 

Aku bangga dengan hidupku
aku bangga dengan milikku
aku bangga dengan jayaku
aku bangga dengan wajahku
aku bangga dengan hartaku
aku bangga dengan pangkatku
aku bangga dengan duniaku

tapi aku juga khuatir
apakah ini kerana Rahman-Nya
atau jua kerana Rahim-Nya
berikan aku Rahim-Mu
cukup walau setitis cuma
masih menjadi tanda tanya..

 
Oleh: Ustaz Zamree
K.Lumpur
1.7.2010/2010 Ogos 6 23:28





Jumaat, 12 Ogos 2011

SEDARLAH DIRI SIAPA.



sajak pilihan warga cr.


Apa kau sudah gila hilang akal agaknya
masih waras lagikah
sia-sia saja amalanmu
mengapa diterjah kandang harimau
mahu mengaum bersama
sedarlah diri siapa
mana mungkin kau jadi harimau
pasti kau dibahamnya
kukumu tiada tajam taringmu tiada tajam
mana mampu merobek
pandanglah ke atas lihat tingginya langit
pandanglah ke bawah
jejakkan kakimu ke tanah
sedarlah diri siapa wahai tuan xxxxxxxi…

Oleh: Ustaz Syukri
sajak buat xxxxx xxxxxxx  utk sayembara/2011 Januari 19 15:20
sesiapa yang membacanya dermalah sekalung al fatihah.




Khamis, 11 Ogos 2011

MENGHADAPI DUNIA KOMPLEK



buat mereka bergaji kecil.

Komplek adalah warna-warna kehidupan
Bagaimana kita cuba menghadapinya?
Bila wujud konflik apa pun boleh berlaku ........
Biasanya ada jurang, harapan dan reality contoh:  jika cinta seorang itu terhalang,
kenaikan pangkat  seorang disekat,
kecurangan seorang suami kepada isteri ,
maka jadi musnahlah segala harapan dan reality.
Rakyat mengharapkan kepada pemimpin ,
pemimpin yang diharap agak mengecewakan
maka timbul komplek berlaku persengketaan.
Jika kita memperbesarkan lagi soal komplek
jurang komplek akan bertambah menjadi rumit
jika gagal menghadapi atau menangani  konlek
satu kemusnahan harapan dan realiti tiada lagi
bila diri dan hati  tiada lagi merasa kesetiaan 
cerita yang kecil boleh jadi bertambah besar
pekara yang terlalu biasa boleh jadi luar biasa
tanganilah komplek sebelum ia menjadi huruhara.


Oleh ; Nurimanja,
Catatan motivasi cuma,
sajak lagenda awal tahun 2010. 1 Malaysia