Jumaat, 26 Ogos 2011

ALLAH MENJADIKAN LANGIT DAN BUMI




bila melihat keanguhan manusia kini
 

Malam suasana tenang,
untuk makhluk beristerehat
mengapa kamu tidak mengunakannya?
mengikut kehenak ciri-ciri Allah SWT
 
Siang suasana sebuk,
semua makhluk mencari rezek
mengapa kamu tidak mengusahakannya?
rezeki kamu itu ada ditangan Allah SWT

 Lihat kekuasaan Allah SWT
menjadikan langit dan bumi ini
siang dan malam untuk kamu renungkan,
tetapi manusia tidak pernah menghiraukannya.


Oleh ; Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas,
dua tiga hari yang lalu Mei, 2010.



30 ulasan:

Tinta azimad berkata...

PENYAIR AGUNG berkata...
SAYA JUGA INGIN BERKONGSI TENTANG ILMU LADUNI... HARAP EN NURI TIDAK KISAH DENGAN PENGKONGSIAN SAYA..


Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang.Ia ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w..

Oleh kerana ia adalah pemberian Allah,maka tidaklah perlu dipelajari,sebaliknya ia merupakan hasil amalan dan taqarrub kita.Ilmu Ladunni akan membawa seseorang lebih mengetahui tentang Allah,rahsiadiri,hakikat,penciptaandan jalan-jalan taqarrub kepada Allah dan halangannya.

Berkata Imam al-Munawi; ilmu Ladunni anugerah dari Allah dengannya hamba mengetahui kehendak diri dan kehendak Allah,lalu meninggalkan kehendak dirinya untuk melaksanakan kehendak Allah.

Sebahagian ulamak berkata;Ilmu Ladunni ilham dari Allah kepada seorang hamba untuk lebih mengenali Allah,tipuan diri dan syaitan,tipu-daya dunia,perkara-perkara merosakkan amal (seperti riya’, ujub dan takbur), latihan jiwa dan asuhan terhadapnya,kesabaran berhadapan dengan qadha Allah,mensyukuri nikmatnya,keyakinan terhadap janji Allah,tawakal kepadaNya dan sanggup menghadapi kesakitan makhluk Allah Jadi,yang utama bukanlah ilmu ladunni,tetapi amalan dan ketakwaan kita kepada Allah. Dari amal dan takwa akan datang ilmu ladunni.

Jika seseorang itu tidak beramal dan tidak bertakwa, mustahil ia akan mendapat ilmu dari Allah. Apa yang kita bimbangkan ialah seorang itu merasakan ia mendapat ilmu ladunni, namun sebenarnya bukan ilmu ladunni, tepai ilmu dari syaitan atau iblis menambahkan kesombongan perasan diri hebat.

Biasanya orang soleh tidak akan memberitahu kepada orang lain bahawa ia mendapat ilmu ladunni, namun tanda kewujudan ilmu itu pada dirinya disedari oleh anak-anak muridnya atau oleh orang lain yang bergaul dengannya.

Adakalanya ia sendiri tidak menyedari kewujudannya hanya disedari oleh orang lain. Halnya sama seperti karamah para ulamak dan auliyak. Ramai para ulamak dan auliyak tidak menyedari karamah pada mereka, hanya disedari oleh orang lain yang bergaul dengan mereka.

Sebaliknya ramai orang-orang fasik mendakwa memiliki karamah, namun sebenarnya bukan karamah, akan tetapi sihir, istidraj atau sebagainya yang datang dari iblis dan syaitan.

Tinta Azimad berkata...

KISAH PARA AMBIAK CR. SIRI 7. DISUSUN SECARA BEBAS : OLEH :NURIMANJA . NABI TEGUR AISYAH MENANGIS.



Satu hari nabi memberi salam kepada siti Aisyah, dan Aisyah bangun berdiri menyambutnya. Nabi meminta Siti Aisyah duduk di tempat biasa dan nabi berbaring di atas ribaan Aisyah lalu terlena.


Sambil Aisyah mencabut uban nabi yang mula tumbuh memutih itu, Siti Aisyah pun menitis air mata, melihat keadaan nabi telah tua, air mata Aisyah jatuh ke atas pipi nabi.


Nabi terjaga dan bertanya; "Mana lebih sedik ketika mayat di atas pembaringan, dimandikan , dimasuk ke liang lahat, tinggal semua isteri, anak-anak, harta benda?" Aisyah terdiam .


PENGAJARAN:

Betapa kuat kasih sayang cinta abadi, tetapi ketentuan Allah tidak boleh siapa menghalangnya, sebagai makhluk Cuma menerimanya dengan Redha sahaja.

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011


Sdra Ambuyak dengan sajaknya bertajuk KETARA. Pembicaraan yang bersimbolik agak umum Dan berbagai andian boleh ditapsirkan. Apapun manusia selalunya lemah dan serba kekurangan, Tetapi setengah manusia masih engan mengaku kelemahan, malah lebih angkuh daripada yang menciptaNya.manusia sebenarnya sering perlu memerlukan dintara satu sama dengan yang lain.di hari dan bulan yang mulian ini sepatutnya menginsafi diri , banyak-banyaklah menyebut dan memuji nama ilahi sebagai insan yang lemah dan kepadaNya kita kembali. Layak sayembra
Seterusnya (SM)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011

Sdra. Tinta Bayu dengan ciptarasanya bertajuk BIASA SAJA. Sajak semacam bermadah atau ingin berfalafah pula.apapun dia bentuk nasihat yang tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian semacam normal atau terbiasa sukar kita menilainya. Inilah bezanya seorang penlis puisi dengan orang biasa, ahli fikir biasanya satu ibadat jika kata yang baik dan memberi mamfaat atupun nasihat. .kata orang Bukan mudah nak jadi senang, dan bukan payah snak jadi susah. Layak utk sayembara seterusnya (SM)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011


Nabil Quldi selalu menciplak atau mengunakan sajak orang lain untuk diketengah sebagai wakil dalam sayembara citrasa ini. Kali ini sajak sinisnya bertajuk sekor burung MURAI BATU atau MURAI GILA atau MULUT MURAI, sama saja. Penceritaanya mengambarkan orang yang banyak bercakap, kekadang menjadikan orang meluat mendengarnya terutama di bulan mulia ini.orang Islam sedang beribadat rukun islam ketiga ini. Apa pun kita amat khuater dg pemimpin ke 2 bulan ini , banyak fakta diputar belitnya. Jika bulan jatuh dia sepatutnya bertangjung jawab. Maaf sajak Apa pun kerana ada persaingan yang lebih hebat dan tepat dengan isu semasa. Sajak ada terpaksa terkeluar, pohon maaf.usaha lagi. harap maklum. (TK)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011


Sdra Vijay kumar degan sajak tema mengenang nasibnya, bertajuk; BOSAN. Penceritaanya sama dengan sajak MURAI BATU . Cuma bezanya seorang banyak bercakap dengan cara putar belitnya. Dan Vijay pula banyak bercakap untuk merayu agaknya. Kini rasa kecewa bila apasaja yang dikatakannya bagaikan melempar bola ke dinding atau pun mencurah air di daun keladi seperti tiada mepunyai kesan apa2
nampaknya..mungkin kerana anda tidak berharta agaknya. Apa pun kerana ada persaingan yang lebih hebat dan tepat dengan isu semasa. Sajak ada terpaksa terkeluar, pohon maaf.usaha lagi. harap maklum. (TK)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011


Puan Mona dengan sajak anak kecil belajar puasa. Bertajuk: KISAH ANAK KECIL ITU. Pembicaraan biasa dan lumrah bagi anak kecil yang menjadi sesuatu yang baru untuk belajar puasa, sesiapa pun begitu akan mengalami belajar sesuatu yang baru demi menganuti agama yang dipercayaainya. Malah ada ibu bapak yang mmpetaruhkan berbagai hadiahatau ganjaran danjanji-janji yang menarik jika ada diantara si anaknya yang habis puasa se bulan. Apa pun kerana ada persaingan yang lebih hebat dan tepat dengan isu ungapan yang lebih menarik. Sajak ada terpaksa terkeluar, pohon maaf.usaha lagi. harap maklum. (TK)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011


Sdri Seri Suri bersama sajakanya bertajuk: NAKHODA.pembicaraanya merupakan nasihat juga
Bahawa kehidupan ini umpama bahtera kita ahli pelayarannya. Di lautan yang dalam kita perlu mengumudikan bahtera, disitu kita menemui berbagai acaman laut yang bergelora, ombak ganas dan badai samudera, berbekalkan agama , apapun tabahkan hati , jangan mengeluh sebelum sampai ke pulau yang di cita.keana setiap kejayaan perlu menghadapi dahulu segala cabaran dan ujian. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011

Sdri Angela Anjali dengan sajak isu semasa bila pekerja dapat BONUS setengah bulan ataupun mungkin ada yang lebih. Begitulah manusia dengan hawa nafsu membeli belahnya , terutama wanita bila ada wang beribu di tangan, satu hari boleh habis. Inikan pula cuma lima ratus, kakitangan awam. Tak sempat bawa balik ke rumah habis dengan shopping saja.apa pun yang untuk kaki tangan bukan beragama islam yang dapat juga , baiklah simpan atau menabung untuk hariraya agama masing-masing. Apa pun kerana ada persaingan yang lebih hebat dan tepat dengan isu semasa dengan ungapan kata yang menarik. Sajak ada terpaksa terkeluar, pohon maaf.usaha lagi. harap maklum. (TK)

Qalam berkata...

SAINGAN KE2 SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLICITRA RASA DAN P/B OGOS 2011

Sdria Anis syahila dengan sajak fantasi bertajuk ZIARAH . Penceritaannya barangkali agak luar biasa , malah kebanyakan orang ramai, kurang memberi tumuan dan kyakinan pada cerita fantasi begini. Seorang penlis juga punya dunia fantasinya yang inggi dan luar biasa pada hayalanna.semacam en nuri dengan cerita kembar seiras, kalain jangan cari seluruh dunia tidak akan ada cerita fantasi sebegitu kerana adunan campuran dalam kepala otak sesaroang itu,malah ramai cerita seperti komik tazan, Upin dan Ipin, Kampung Lat. Dibarat pula dengan Harry Potter dlln. Sesekali kenangan berhkayal ini boleh jadi kaya raya, kecuali en nuri. Apa punanak diberi peluang layak untuk Sayembara seterusnya. (SM)

Sulaiman Embong berkata...

ANGIN BERBISIK

Kelmarin angin berbisik
sesaat ku nyenyak beradu
namun kujawab kata rindu
kemudian angin bermadah sendu,
madah yang biasa kudengar
semalam angin berbisik lagi
tertegunku sejenak bila mendengar
pertanyaan yang sama,
kembali sang angin bermadah
hampir ku tertidur dibuainya
hari ini sang angin berbisik lagi
seketika ku mencium sajadah
dalam hati ku bermadah,
hidupku hanya untukMu
kecil aku didepanMu,
hantar aku kearahMu,
kemudian angin hanya bermadah
sendu nan merdu dan
berlalu ketika kuucapkan salam.

Sulaiman Embong
sajak ketika solat malam ke 23 ramadhan

Hamba Allah berkata...

HARI PERTAMA TARAWIH

malam pertama terawih
penuh masjid dan surau
semua tak lepas peluang
mahu kejar ganjaran
yang terhidang di ramadhan
semua nampak ceria
tak kira tua muda
awal waktu sudah sedia
malam pertama terawih
hati berlagu riang
mahu tingkatkan amalan
hati penuh keazaman
mahu kutip segala madu
yang menitis di ramadhan
tidak sanggup rasanya
biarkan saat terluang
berlalu begitu sahaja
malam pertama terawih
tanda mulanya titik
puasa di bulan ramadhan
semoga ramadhan ini
jadi ramadhan terbaik
semoga ramadhan ini
lailatul qadar jadi milik

Hamba Allah
sajak lama ketika hari pertama bulan ramadhan

Suara Rakyat berkata...

PELANGI BIRU MERAH HIJAU

Denga jemari ini kukirim pelangi
Tanpa merah, biru, hijau
Lengkungnya hanya terdiri dari
jalur Hitam dan Putih
tak ada kabut tipis disekelilingnya
Apalagi udara basah sehabis hujan
Disekitar pelangi masih kosong,
Bukan karena aku tak mahir melukis
Kubiarkan seperti itu tak terisi
kerana ku tak tahu
ingin isikan dengan warna biru,merah atau hijau

Suara Rakyat
sajak politik

Karim Ghani berkata...

SIFIR HIDUP

sedari kecil kamu diasuh ditunjuk
supaya lekat di kepala
tertanam di jiwa
terngiang bentak si ayah
terngiang pekik si ibu
terngiang teguran si guru
sifir hidup semua sudah diuli
sudah sebati dalam hati sanubari
kerjakan sahaja apa disuruh
tinggalkan sahaja apa dilarang
tujulah cita sepenuh jiwa
tanamkan azam bulatkan tekad
agar jaya jadi habuan
jaya dunia jaya akhirat
keduanya seiring bersama
tiada mampu terpisah
terima kasih ibu ayah guru
terima kasih semua
kerana ajarkan aku sifir hidup…

Karim Ghani
sajak buat pelajar sekolah

Rossa Long berkata...

MALAM PANJANG

Aku bermimpi malam begitu panjang
Dengan angin malu untuk berlari
seakan membuka pandangngan kedepan
Begitu aneh adang terang
kadang samar aku juga melihat wajah-wajah yang asing bagiku
Mereka mengulurkan tangan halus
Tapi mengepa begitu kasar bagiku?
Kembali aku lihat cahaya itu
Begitu lambat membuka gerbang
Mengangkatku terbang merendah
Diantara jati dan lengkung pelangi
Hingga aku tersadar bahwa aku harus terus berjalan

Rossa Long
sajak ketika bermimpi aneh

Srikandi Juwita berkata...

Jangan Pupus

pada kaki kadang berat
menyambung langkah
pada jiwa kadang letih
menyimpan tanya
pada hati kadang melukis rasa
jangan biarkan semua pupus
yang kadang tampak pudar
sembunyi entah dimana
beri aku senyum indahmu
kemanapun mukaku menghadap
pada ketika langkah mulai berat
pada ketika tanya tak terjawab
pada hati ketika rasa mulai pudar

Srikandi Juwita
sajak simbolik

Puan Rosnah berkata...

LAGHRO

lalai leka terlupa semua sia-sia
tiada makna niat sudah kemas
awal sudah terpasang
azam sudah kukuh
di tengah jadi terpesong
jalan jadi bercabang
sekejap singgah sana sini
tujuan tak sampai sampai
tersekat tengah jalan
terleka dengan nikmat
terlalai dengan madu
terlupa hasrat fokus berselirat
semua jadi laghro belaka

Puan Rosnah
sajak nasihat

Damia Norika berkata...

MUDAH BILA BERKATA

mudah luahkan kata
tanpa mengenal luas makna
aku salah saja tapi kau
memang kau betol semuanya
bagaimana aku melukis diriku
dengan lain warna hidupmu
siapa tak ingin hidup
dalam peluk indah bahagia?
manusia mana yang tak ingin terekat dalam cinta?
bodoh bila menggeleng jawabnya
hidupku mungkin tekanan permainan
namun bila siap memenanginya

Damia Norika
sajak jiwa2

Tinta Azimad berkata...

Ilmuladuni ini bukan semua orang boleh dapat , setakat baca quransetahun sekali dlm bulan puasa
atau tahjud malam jumaat saja. payahlah...

Sheikh Qadir Jailani boleh berjalan atas air dan terbang diudaradengan izin Allah, betahajud selama 25 tahun
usianya habis x berkawin kerana zuhud
kepada Allah swt. en nuri kata

Tinta Azimad berkata...

Perhatian:

Notis tuhan salah satu daripadanya
bila uban naik, di kepala, misai,
janggut dan kening. tanda kita dah
tua, perlu ingat dan berhati-hati.


Jadu umur lewat 60an itu perlulah btaubat jangan lagi duk bat hal
yangmemalukan anak cucu.....


Qalam kata.

Zainal Arifin berkata...

ilmu laduni dtg dari mana?

Raja Muda berkata...

wah! best jgk kalau dpt ilmu laduni

Ungku Zubir berkata...

susah nak dpt ilmu laduni ni

Qalam Musoffa berkata...

mcm ustaz akhil pun dpt ilmu laduni klu x salah

Roy Rashid berkata...

ilmu laduni tu mcm mana?

Brader Joe berkata...

org baik2 je ke boleh pdt ilmu laduni ni?

Abang berkata...

kalau dpt ilmu laduni boleh hilang balik x?

Lagenda Pulau berkata...

sapa la yg bagi ilmu laduni ni?

Wasiril Aswad berkata...

mcm2 ke imu laduni ni?

Nurse Lisa berkata...

best btol klu dpt ilmu mcm ni