Selasa, 9 Ogos 2011

KEDAMAIAN



sajak pilihan warga Cr.

Berguling di bahasa sunyi
tiada seloka ombak
cuma darat menyendiri
tergolek bergolek
tak siapa yang tahu

Gelumang skrin terukir
kita pun berlayar
kemudi terolah
nun pinggir lubuk diri
berdebat sendiri
mungkin terpa suka
mungkin jelma duka

Patah layar bertongkat jemu
perahu luncur jua
timur barat ke mana hala
tergalau di jiwa
jari terketik bicara berdetik
ungkap rasa ke udara
moga ada jiwa sudi mendengar

 
Oleh: Ustaz Sahzan
percubaan sajak pertama saya
11pagi/2010 Ogos 8 12:44
setakat ini ustaz sahzan ada 18 sajak.



41 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

1 ulasan:

KEDAMAIN pendatang baru di blog CR oleh Ustaz Sahzan ini mencetuskan rasa tersendiri di benak hati, apabila terasa gelagat manusia kini yang sukar mencari satu kedamaian. Sesekali bagai terasa apa yang mereka cari untuk menegak kebenaran dari sehelai benang basah. Hanya orang yang beriman terfikir berkata sendiri tentang suka duka yang mereka cari untuk kepentingan siapa mereka bertelagah?.

Kehidupan terus berangkat seperti kapal layar atau perahu yang terus meluncur. ke timur atau ke barat, namun hati masih gundah, ingin rasanya hati untuk menyapa dan mengkhabarkan tentang satu kebenaran sebenar, tetapi mungkin adakah siapa yang sudi mendengar.? Agak menarik juga pengucapanya berbidalan dan tersilet rasa sembolik, pada pengucapan isi penceritaan yang ingin disampaikan. Syabas!

Oleh: Qalam Mutiara
7 Ogos 2010 11:15 PM

Qalam. berkata...

3,SEORANG PENGMBARA DENGAN NENEK TUA. (B)



PADA MASA DULU, ada seorang pengembara menjual kain di daerah pendalaman disebuah kampung. sehingga hujung senja, dari sebuah kampung ke sebuah kampong, sehingga ke hujung kampung yang teakhir. Pengembara tumpang menginap di sebuah rumah nenek tua di hujung kampong itu
,.

Sewaktu makan malam nenek tua menyediakan makanan ala kadar yang ada, disebabkan terlalu leteh dan lapar nasi yang disediakan telah habis dimakan oleh si Pengembara, dalam hatinya ingin menambah nasi yang dimakan, hendak diminta terasa malu,. kemudian dia mencari satu akal,


Lalu dia memanggil nenek tua itu dan, menunjukan pinggan nasi yang kosong itu, sambil berkata.kepada nenek tua ,

“Berapa harga pinggan kosong ini?”

“Nanti nenek tengok.”

Kemudian Nenek tua bingkas ke dapur dia tahu muslihat pengembara
Penjual kain ini. Nenek tua ini tahu, bahawapengembara itu ingin menambah nasi lagi , sedangkan nasi di periuknya telah habis, Nenek tua terus mencari akal, sambiltersenyum diangkatnya periuk kosong dan ditunjukannya kepada pengembara itu, sambil berkata,

‘Pinggan kosong itu sama harganya dengan periuk kosong ini”..

Pengambara pun faham, akan keadaan nenk tua itu, diapun tesenyum
Dan mngucapkan

“Teima kasih nek.!”

Oleh : Nurimanja
TAMAT.

Jalal Rafzee berkata...

SENARAI PESERTA NAMA SEBENAR YANG TERBARU


ziarah makrifat =Sharom bin mat din

ustaz rahman=

saizul maizav=

en sanusi=Muhamad Sanusi Bin Mustapha

mak mah=Rosmah Bt Ali

dayang=Dayang Mas Intan bt Junaidi

mei ling=Mellisa Mei Ling

Julia=Julianita Bt Hamsan

warga emas=Awang Jud Bin Omar

mia safiyah=Mia Safiyah bt Abdul Ghani

tan sri yunus=Tan Sri Hassan Yunus Bin Ghazali

sufian al zahri=Sufian bin Al Zahri

simsalabin

ustaz saad=Muhamad Saad Bin Hosni

pak hussin=Hussin bin non

makcik senah=Rosenah bin Johari

indera syahpura=Indera Syahpura Bin Maleeke

tuan haji

mawar merah=Tajihah Bin Ramadhan

hajjah jamilah=Jamilah Bin Kemit

Ai Kutubudin

nur atikah=Nur Atikah Bin Subhi

yusmanira=Yusmanira Bin Mohamed

inspektor halim=Halim Bin Ahmad

penyair agung=Ahmad Bukhari bin Haji Masdar

syeikh al habib=syeikh al habib bin syeikh khaulud

zainal arifin=Zainal Arifin Bin selamat

4 ustaz zulkarnain=ustaz zulkarnain bin nordee

apek liew=Liew AH Siat

ravi ramachandran=Ravi Ramachandran A/l Pariyapa

jalal rafzee=Jalal Rafzee bin Zainudin

mat noh=Muhamad Noh bin Zakaria

1 pangeran pertawa=pangeran pattinggi Haji Pertawa

Pak Kassim

pak bostamam=ahmad bostamam bin zainal abidin

4 orang lama=Megat Anuar bin Megat Abu

ungku zubir=Ungku Zubir Bin Ungku Saidin

putera damien=Ungku Damien Bin Ungku Hasnol

pedang kesatria=Hafiz Naimudin Bin Datuk MUrad

pak awang=Meor Tajul Bin Meor Ahmad

Noor Syahirah=Nur Syahirah bt Abdul Ghani

Emily OSman=Emily Hidayah bt Osman Bayans

Siti Hajar

shraifah al habsi=sharifah al habsi bt syed hussin al habsi

yasmin davidson=Quratul Yasmin bt Davidson Abdullah

Nurul Lisa Kim=Nurul Lisa Kim Bt Moe Lee

Mawar Harum=Nur Ain Bin Halili

Maisarah An Nisa=Maisarah An Nisa bin Jalaludin

Tinta Bayu berkata...

PERLUKAH SOLAT ITU?

perlukah kita solat tak payah jawab
budak tadika pun tahu solat wajib
walau apa cara sekali
walau tiada tangan,tiada kaki
walau duduk,merangkak,berbaring
tetap wajib tiada kompromi
jadi apa tunggu bilal sudah azan
siak dah bentang sejadah
imam dah lilit serban
usah cari alasan
memang solat itu perlu
amalan pertama ditanya
sebelum amalan lain
jika lulus solatmu lain pasti lulus
pasti tuju syurga

Tinta Bayu
sajak nasihat

Nabil Quldi berkata...

PAGI BERSAMA KERINDUAN

Hening pagi kusambut
bersama mataku mulai terbuka,
tanpa kokok ayam tetesan embun.
Pagiku hadir bersama keletihan
entah kubawa dari malam
atau sudut ingatan yang mana.
Pagi kali ini adalah pagi kerinduan
Yang hadir bukan sebagai
kisah mimpi yang indah.
beranjak dari hidup yang resah,
Sejenak kuhirup udara dingin lembab

Nabil Quldi
sajak kehidupan buat bersama ayah

Ustaz Muda berkata...

BERPIJAK ATAS AWAN

berpijak pada gugusan awan
warna pelangi berselisih menyematkan pesona latar surga
menyanjung rekahan mawar
dengan sekuntum senyuman
kerapkali tertunduk malu
mendesah pada lampiran waktu
mendapati sayap membelai
di segala penjuru
biar jauh langit tanpa nada
sejenak atau mungkin selamanya

Ustaz Muda
sajak simbolik

Nuri Jaguh berkata...

KIANATI

aku tertatih berjalan mencari cinta
cinta suci dan tulus aku terdiam,
saat cinta itu seseorang
aku pun kembali kerana dikhianati
seorang yang kamu percayai
seperti kamu mengkhianati
sesungguhnya aku menunggumu
hingga kamu tersadar bahwa aku
cinta yang sesungguhnya untukmu

Nuri Jaguh
sajak simbolik

Anis Syahila berkata...

KENDERAAN KLASIK

Kendaraan klasik tanpa bahan bakar
Menyehatkan dan menyenangkan
Menemani menyusuri jalan
Melewati pematang sawah
Menikmati pemandangan
Sambil menghirup udara masih bersih
Sesekali bertemu orang-orang
Tegur sapa penuh keakraban
Mengusir kebosana kepenatan
Dengan kayuhan pelan-pelan
Tak terasa lelah di badan
Justru hati semakin senang riang

Anis Syahila
sajak suasana di sawah dan kampung

Angela Anjali berkata...

SEMENTARA

walau langit masih biru
sementara hatiku telah hitam
embun masih basah pada rumput …
sementara air mataku telah kering
bisa katakan kenapa?
kenapa aku diperlakukan begini
harap kau mengerti kenapaku begini

Angela Anjali
sajak penjaga blog sajak ni bertemakan jiwa2 sy indian nanti qalam keliru plak

Halimatun Saadiah berkata...

PENYESALAN

Aku teringat semua telah terjadi
Penyesalan kini nyata di hadapanku
Saat seharusnya aku
boleh mngendalikan diri
Agar tidak menyesal
tapi aku terlambat aku telah kecewa
Aku tak mengerti kau meninggalkanku
Lalu aku kecewa dan menyesal
Kenapa ini harus terjadi padaku?!
Aku ingin menjerit,
melontarkan semua kata di hati
Tapi itu akan sia-sia
Karna tak ada yang peduli

Halimatun Saadiah
sajak kecewa sy penjaga blog baru

Puteri Maya berkata...

KEMBALI SEPERTI DULU

api membara di tubuhku
hingga terucapkan kata tak ingin
aku tahu maksudmu dari penjelasan,
tapi apa sudahlah semua ini
tapi aku tak mahu semua ini terjadi
aku terpaksa mengambil keputusan
aku yakin cintamu masih ada
aku ingin kita kembaliseperti dulu

Puteri Maya
sajak jiwa2

Qalam. berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

Sdri Anis syahila sajak bertajukKENDERAAN KLASIK jauh mengembara ke kampung di zaman dahulu. Pembicaraan kisah basikal tua atau lama yang sadikit masa dahulu jadi kemengahan penduk pendalaman berbagai kemudahan dan kegunaan boleh dilaksana. Kini dimonopoli motorsikal pula. Walaupun hari ini ada juga orang mengunakannya , tetapi dijadikan sukan pula, malah boleh kaya dengan menjadi jaguh pecut di gelangang lumba atau lebuh raya. Layak sajak seterusnya. (SM).

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


Sdri. Angela Anjali. Kenapa orang india ramai nama anjali? Masa saya kecil dulu, saya guna nama ini ,bila saya panggil abang ipar saya yang bernamanya Abang jali rengkasnya anjali. Apapun sajak anda bertajuk; SEMENTARA . bicaranya juga bertemakan jiwa diantara tiga buah sajak yang dikemukakan.anda bernasib baik, Kerana sajak anda ada daya kreatifnya kami beri peluang untuk anda seterusnya (SM)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011

Sdri Halimah Saadiah dengan sajak kecewanya bertajuk: PENYESALAN. Bicara tentang hati yang kecewa bila ditinggalkan kekasih yang pada mulanya telah nampak riak yang tidak sesuai, tetapi terus memberi harapan, bila bertepuk sebelah tangan , kini bila kecewa, tanggung sendiri. Mungkin belum terlambat untuk membetul duduk perkara. Maaf usaha lagi lain kali. Cuma disi terpaksa brhenti (TK).

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


Sdri Puteri maya juga dengan sajak jiwa-jiwa sememangnya ilham sering datang kepada orang yang diserang penyakit cinta dan kasih sayang,mungkin dari sinilah bermulanya seorang iu berkarya agaknya? KEMBALI SEPERTI DULU. Bicaranya agar apa yang berlaku tidak perlu dikatakan lagi, mengharap akan dapat kembali seperti dulu, mungkin semasa bersua dulu. Kini mungkin terasa bertepuk sebelah tangan bila sudah mengenali sikap salah seorang yang mungkin tidak berkenan dihati. Jangan bertepuk sebelah tangan, rosak padahnya. Maaf Cuma disini terpaksa berhenti (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


Sdra. Tinta Bayu dengan sajaknya PERLUKAH SOLAT ITU? Pembicaraan tentang solat lima waktu. Dalam cerita israk makiraj telah digambarkan bagaimana orang berat untuk mengerjakan solat, bagaikan menganhantukkan kepala ke batu.tema keagamaan dan nasihat yang berguna.untuk yang mahu mengerti. Apapun layak ntuk sayembara seterusnya . (SM)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


Sdra Nabil Quldi dengan sajak kehidupan bertajuk PERGI BETSAMA KERINDUAN. Pembicaraan nya mengisahkan tentang perpisahan mungkin berpindah dari kediaman asal ke tempat yang baru, justeru itu tidak ada kokok ayam dan titisan embun pagi. Apa pun kerinduan ini terpaksa ditinggalkan , kerana keadaan telah memaksa dalam kehidupan kita seharian. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya.(SM)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


Ustaz Muda dengan sajaknya BERPIJAK ATAS AWAN . Pembicaraannya kabur dan samar simboliknya juga tidak dinyatakan sadikit penerangan. Membuatkan kami menjadi keliru dan gagal menangkap maksud. Cuma andain kebarangkalian sudah mendapat apa yang dicita-cita bagaikan terasa berada di awanan diantara fantasi dan realiti. Apa pun usaha lagi.maaf sekadar disini terpaksa berhenti (TK)

Qalam berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


Sdra. Nuri Jaguh dengan sajaknya KIANAT . pembicaraannya juga sama dengan ustaz muda tidak dinyatakan sadikit penerangan atau tema, sekadar simbolik. Sekadar andaiannsaja mungkin kisah kehidupan dalam pasangan, yang curiga dan cemburu . menjadikan kita agak keliru untuk menjalanai kehidupan seharian. Maaf Cuma di sini terpaksa berhenti (TK)

geletek Petang berkata...

en nuri agak lawak. sebelum terima bantuankhas duit raya lima ratus,
dia kata ada mimpi ebelumnya. nak panjant pagar tak lepas sekerat
pinggan terkejut jaga.

pagi tadi dia cuci tingkap rumah cuma sekerat tengkap saja, jiran tanya kenapa buat macam tu?

bagi sama dengan ganjaran bantuan khas hari raya. ha ha ha ...

Saizul Maizav berkata...

semua kena bagi nama btol ke?

Ustaz Rahman berkata...

eh! semua beri nma sebenar rupanya

Simsalabin berkata...

aku x bagi lagi nama betol rupanya... xpe2 biarlah rahsia je

Tuan Haji berkata...

semua dah beri nama sebenar tp maaf sy terpaksa merahsiakan

Ai Kutubudin berkata...

semua ada nama btol rupany? nama btol sy Ahmad Khairudin Bin Ali...

Siti Hajar berkata...

sy x beri lagi ke nama betol? ambik ni nama sy Siti Hajar Bt Hasyim

Pak Kassim berkata...

3 org teluk kumbar rahsia nama masing2? termsuk sy xpe biarkan menjadi rahsia lagipun nama sy dlm IC bkn kassim sebenarnya

Nur Atikah berkata...

semua dh bagi nama

Olie Pajutdy berkata...

kena wajib bagi nama btol ke kalau ke final nnt?

Jalil Janggut berkata...

wah! sapa ke final kena bagi nama sebenar ke?

Penghuni Maya berkata...

alamak! kalau menang kena bagi nama btol plak?

Petualang Tiga berkata...

semua bagi nama btol la plak?

Raja Muda berkata...

eh! semua dh bagi nama sebanr plak?

Penyair Agung berkata...

nampaknya sapa ke final kena stan by sbb nama sebenar didedahkan

Jengking Perak berkata...

hahaha semua dh bagi nama btol nampaknya

Jalal Rafzee berkata...

hanya ada 6 org x bagi nama btol lagi

Jalal Rafzee berkata...

hanya 6 org masih lagi berahsia

Ali Cona berkata...

nama betol ni wajib ke?

Tinta azimad berkata...

Sesiapa yang berpuasa dengan harapan
pengampunan dosanya daripada Allah
swt ,nescaya Allah akan mengampunnya
sama seperti kanak-kanak aru lahir.

Petekan dari Sabda nabi

Tinta azimad berkata...

Sesiapa yang berpuasa dengan harapan
pengampunan dosanya daripada Allah
swt ,nescaya Allah akan mengampunnya
sama seperti kanak-kanak aru lahir.

Petekan dari Sabda nabi

Tinta Azimad berkata...

Bersedekah dengan ikhlas lebihberarti , walaupun dengan seteguk air sejuk.


Bersedekah itu dapat menhapuskanosa, seperti air dapat memadamkan api.