Isnin, 1 Ogos 2011

ENGKAU BAGAIKAN BEBUNGA LIAR (1)




sajak terutama

Engkau bagaikan bebunga liar
tumbuh di puncak kesunyian
terjerat dalam jaring kesangsian
dan kisah tentang laut dalam
resah tertahan dimatamu
jalan setapak terasa dingin
dedaun luruh rindukan tangkainya
muara didasar lembah kepedihan
melukis keindahan dilengkung pelangi
mestikah hanya dibawah
bebunga liar tumbuh kembang tidak terjaga.

 
Oleh: Nurul Syahirah
sajak bersimbolikkan pada fantasi/ 29 Julai 2011 1:01 PM



40 ulasan:

Pena utara berkata...

SAYEMBARA PUISI PUSINGAN AKHIR JULAI KATEGORI AHLI DAN PJGA. BLOG WANTA CR. 2011

Nurul Syahirah dengan sajak fantasinya ENGKAU BAGAIKAN BEBUNGA LIAR. Pengucapannya agak kabur atau sengaja diolah menjadi sukar menangkap maksud,agar pembaca berfikir, walaupun ada daya kreatif dan puitisnya pada tiap ungapan dan baitnya.. ternyata ada maana tersendiri Gambaranya juga sengaja dikaburkan .pembicaraan isi cerita sengaja disimbolikan pada fantasi. Cuma andaian saja, kebarangkalian mungkin kisah gadis yang inginkan mencari kebebasan dalam kehidupan, lalu ia melakukan apa saja.sehingga menjangkau pekara yang luara batasan.cuma adat, agama dan undang-undang yang jadi penghalangnya.jika mereka lakukan juga , masyarakat tidak akan menerimanya dan jadilah mereka kelas bawahan yang hina dan liar bagaikan bebunga hutan yang kembang terbiar dan tidak terjaga. Syabas! anda layak dinobatkan sebagai Sajak kategori wanita tempat yang terutama (1)

pena utara berkata...

CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HBJUNE 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR ( KEMBAR SEIRAS) DITULIS DAN DICERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS OLEH: NURIMANJA
______________________________________________________________________

Siri Ke duapuluh dua


DALAM kejutan demi kejutan mendengar pemaisuri anai-anai atau kalkatu merupakan binatang kecil melata dan iitek angsa berbulu emas boleh berkata-kata , Putra Wira Syakir menjadikan serba salah ada perkra yang telah saudara sulungnya melanggar peraturan dan syarat yang telah dikenakan.

Hatinya kian berdebar-debar. Kali ini dia perlu berhati-hati. Dalam kekalutan dia berfikir tetiba kudanya yang bersusah payah meliwati dicelah batu dan curam, menjajadikan pergerakannya pelahan. Terasa pula keletehan menguasai tubuhnya.
Putra Wira Syakir dan kudanya berhenti berehat seketika di sebelah rumpun pokok bunga golwakawali, sewaktu dia turun dari kudanya. keadaan sekeliling terasa semacam berubah menjadi kebun bunga yang banyak bunga-bungaannya. Sekali lagi kuda kesayangannya terkejut dan memekek rasa kehairanannya itu.

Putra Wira Syakir terasa benar-benar berada di sebuah tanam yang belum pernah ditemui selama ini. Wah begitu aneh ada taman pula di puncak gunung Mentra Alam ini. bisek hati kecilnya. Dia melihat ada berbagai pokok bunga yang sdang berkembang dan harum baunya. Semakin lama semakin bertambah pula pokok bunga itu datang mengelilinginya.

Sehingga bau keharumannya menguasai seluruh tubuh menjadikan dia susah hendak menapas dan bergerak pula. Beberapa ratus ekor lebah sedang giat menyedut madu dari kelopak bunga-bunga yang sedang berkembang mekar dan segar itu.

Kerana terlalu sesak dan sukar untuk bergerak dan bernafas kerana bau keharumannya itu Putra Wira Syakircuma tersenyum. Tetapi dalam banyak bunga itu ada yang semacam terpotong dan terkulai layu nampaknya.

Melihat keadaan itu Putra Wira Syakir dan kuda kesayangan menjadi bertambah hairan dan mengerunkan akan kejadian aneh itu. Tetiba mereka terdengar pula satu suara dari celah rimbunan pokok-pokok bunga itu seperti marah saja bunyinya:

BERSAMBUNG

Kembara Budiman berkata...

aik! syakir kena marah plak ke?

Ezad Emir berkata...

syakir dah lalui semua sekali ke?

Ali COnan berkata...

eh! apa yg di lalui org syakir kali ni

Wasiril Aswad berkata...

syakir pun kena marah jgk ke?

Tetamu Malam berkata...

apa cerita dgn abang dia mati ke?

Salina berkata...

anai2 plak dia jmpa kali ni

harimau Berantai berkata...

eh! ad lagi ke dia jmpa lps ni?

Zainal Arifin berkata...

anai2 plak dia jmpa kali ni

tok mahat berkata...

ada suara plak celah semak?

Qalam Musoffa berkata...

golkawali plak pelik nama?

Ambuyak berkata...

wah! bau wangi pun syakir x tahan ke?

:Lagenda Pulau berkata...

bau wangi plak syakir lalui?

LUkiee berkata...

dia ada kat surga ke cantik taman tu

Nabil Quldi berkata...

aik! susah nak bernafas sbb wangi ke?

Jalil Janggut berkata...

syakir senyum je?

Warga Emas berkata...

dorg bagi tugasan x kat syakir nnt

Panglima Ketot berkata...

ada ke tugasan kat syakir nnt

Ummu Akilah berkata...

wah! dia gagah jgk nak naik atas bukit tu

Dam Catur berkata...

eh! apa cerita sgn syakir nnt

Pangeran Pertawa berkata...

kuda dia pun gagah jgk nak naik ke?

Mr Casanova berkata...

panjang lagi ke cte syakir ni

Abul Hassan berkata...

sajak psl pmpuan yg dh rosak ke?

Karim Ghani berkata...

bunga tu perumpamaan perempuan ke?

Badrolshah berkata...

sajak psl pmpuan sundal ke nurul syahirah?

Ezad Emir berkata...

sajak syahirah ke yg sepatutnya menang

Malik Wariya berkata...

sian syahirah spetutnya sajak dia yg menang

Lelangit Biru berkata...

bunga liar tu pempuan liar ke?

Raja Muda berkata...

menarik jgk cerita ni semakin mencabar

Abang berkata...

HINGGA

hingga kau hentikan jantung
pikiran saling berlari kencang
angin berhembus selatan ke utara
satu nyawa dilanda resah
daun kembali menari bimbang
seperti rindu tak pernah berhenti
melebihi bunyi nyaring kemarin….
sekarang kau mengukur jarak
angin semakin mendesah kencang dalam hembus derai gerimis
hingga kau hentikan langkahku kini…

Abang
sajak simbolik

Sohibul Wakdiamin berkata...

EKSPIDISI

Ekspdisi menjelajahi dunia
di luar batas logika
berdasarkan peta tertera
di ujung tiap lidah
meliputi rahsia kuno
abadi kian tersimpan
tertanya selagi kudaki
akankah ku menjumpai anekafenomena,
meski kuketahui alasan
segala ini kadang liar
tetap tidak tertapak sebelum pulang
biar aku petik mimpi
dari pengalaman fana ini

Sohibul Wakdiamin
sajak simbolik dari bulan 5 tersimpan sbb dulu puak qulbai

Asyar Mujid berkata...

MELIHATNYA

pada bunga aku berkata
kemarin mataku menangkap
sebuah bayang bidadari
disinari mentari walau bukan pagi
dadaku menahan sesak jantung getar
kalau aku telah terperangkap
diantara hutan kini kulukis
sebuah gambaran maya
kuberi mentari padanya
kutambahkan bintang di matanya
sambil kuberi warna keindahan disetiap sudut hati namun
hanya bisa dalam dinding hatiku
menunggu seseorang buka melihat

Asyar Mujid
sajak jiwa2

Jupri Helmi berkata...

CINTA SESESAKIT INI

apa cinta sesakit ini?
saat hilang perlahan
kaupun menghilang
dalam rindu tak berujung
benci mulai hadir
kucubamencari jejak dalam kesunyian
tapi cuma bekas luka tertinggal
saat dilupakan rindumu mulai pudar
tak lagi kudengar kata sayang
tak lagi kulihat senyum manis
harus semua tinggal kenangan?
kenangan terasa pahit mengingatnya

Jupri Helmi
sajak cinta

Qalam mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


Abang dengan sajaknya SEHINGGA . Kini membicarakan tentang simbolik pada kehidupan yang agak mencelarukan minda. Apa-apa pun dalam kehidupan kita masa menentukannya. Kita sebagai manusia akan tetap terus menjalani kehidupan di atas jalan yang luru dan benar.selagi nafas belum berhenti. Layak untuk sayembara setrusnya. (SM)

Qalam mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


Soibul Wakdiamin budak yang baru sedar dari kecelaruan minda yang melandanya dahulu.Tuhan masih sayang pada anda diatas sesuatu yang benar dan nyata.(bukan indviu tetapi sejarah yang mnceritakan keadaan) tajuk sajak meneraik EKSPIDISI . Begitulah keadaannya bila kita berjalan dan menyelajah dengan minda yang luluhur, bukan dengan rahsia kono atau fahaman yang memutar belitkan keadaanya dengan mengujudkan berbagai fenomena yang mengharu birukan keadaan fana ini. Mana mungkin manusia boleh pulang dengan aman dan diredhai Allah untuk masuk ke dalam syuganya. Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


Asyar Mujid dengan sajaknya yang masih berminat dengan jiwa-jiwa , lalu mengutarakan sajak bertajuk;MELIHATNYA. Sajak ini jika diolah dengan dua pengertian lebih berjaya , kerana aya kreatif an puitisnya udah ada, mmandangkan pada tajuknya bolh buat dua pengertian, satu pada ketuhannan dan satu lagi buat orang yang dipuja. Apa pun usaha lagi (TK)

Qalam Mutiara berkata...

SAYEMBARA PUISI ANTARA AHLI CITRA RASA DAN PENJAGA.BLOG OGOS 2011


Jupri Helmi kawan baik jalal selmat bepuasa, hikmahnya melatih kita jadi leluhur di tempat tersembunyi dan nyata.sajak anda kali ini bertajuk; CINTASESAKIT INI. Sajak ini juga boleh menghidupakan jika di slitkan dengan simbolik pada ketuhanan. Kerana cinta yang abadi kepadaNya bukan sesama makhluk yang Cuma sementara di dunia fana ini. Apa pun kini ada sudah ada rasa kemampuan mencipta saja dengan gayanya yang tersendiri.usala lagi (TK)

nurimanja berkata...

sesiapa yang berpuasa dengan niat mendapat mengampunan dari allah swt.
Allah akan mengampun dosanya seperti
seperti kanak-kanak baru lahir

nurimanja berkata...

sesiapa yang mendengar ceramah dalam bulan puasa, satu langkah sama dengan setahun perjalan ganjaran pahalanya.