Selasa, 31 Ogos 2010

31 OGOS TIBA LAGI



                                                                           31 Ogos!
kau datang lagi
merakam kembali
suara kemerdekaan
hatiku pun kembali teringat
kepada para pemimpin yang telah pergi
agar merastui perjuangan kemerdekaan ini.

31 Ogos!
kau datang lagi
sekalong al fatihah
buat bapak pemimpin
yang telah berjuang matian
kini telah pun kembali kepangkuan Ilahi
agar kehilangan mereka segera dicari ganti.

Oleh: Nurimanja,
catatan tahun 31 Ogos 1982,
setelah kembali dari pulau Burneo.


Isnin, 30 Ogos 2010

RINDU JUADAH RAMADAN YANG HANYUT




Lebih lapan puluh tahun,
dua bincana melanda Paskitan,
ramadahn kali ini penuh maana derita
berpuasa tanpa makan berbuka tanpa juadah
tanpa rumah, tanpa keperluan tanpa kejiranan.
rindunya kepada pertukaran juadah jiran tertangga.

Ramadhan kali ini sepi,
tiada sinar seri cahaya mentari,
amat menyedihkan di bulan puasa ini
rezeki kami cuma mengharap pekerja bantuan
jika diberi kami makan, jika tidak pasti kelaparan.
hayat negara kami penuh harap dari ihsan negara luar.

Oleh: Nurimanja,
Bantulah sekadar yang ada,
untuk mengurangkan beban saudara Islam kita.
catatan Cosmo tanggal 27 Ogos 2010


Ahad, 29 Ogos 2010

BICARA SINGKAT




Saudara?
sudahkah kau bersedia
Menuggu satu panggilan
Yang pasti dan mesti
Pada bila masa saja.

Saudara!
Aku Cuma mengingatkan
Jika kau belum sedia
Mulakan dari sekarang
Agar kau tidak menyesal

Saudara!
Jangan kau marah
Kerana kita sesama Islam
Tidak sempurna iman, jika 
tidak berpesan penuh kesabaran.

 Oleh; Nurimanja,
27 Ramadhan,1430
sedutan dari sajak legenda. 


ANAK KECIL MENYAMBUT MERDEKA



Tanggal 1957,
kelas darjah satu,
pertama kali sambut merdeka,
aku pakai  baju melayu
songkok tinggi saiz besar
ikut arahan cikgu bawa bendera
sambil  berarak kami benyanyi
bertempek sorak sebut merdeka.
sampai di padang sekolah Bagan serai,
akulah  budak yang kurus melidi
kain samping sering saja jatuh ke kaki.

Badanku semua basah kuyup
kain bajuku habis lencun
kena berdiri di tengah padang
diberi minum ais bandung percuma
satu tempayan besar disediakan.

Siapa  hendak minum ais sejuk
di tengah-tengah hujan mencurah lebat
aku kanak-kanak kecil belum mengerti
peduli apa pada syarahan umum
duduk saja di belakang kemah
main lompat tadah air hujan .

Oleh; Nurimanja,
SK. Matang Geru,
Bagan Serai, Perak.
31hb Ogos, 1957


Sabtu, 28 Ogos 2010

BICARA BUAT TUHAN




Tuhanku!
Akukah ini?
Yang tiba-tiba ada
Lalu menungu hari
Untuk tiada semula,
Kemudian menunggu lagi
Untuk hidup kedua kali.

Tuhanku!
Tidakkah kau jemu
Mencipta aku yang kerdil
Lalu dibicarakan pula
Di  Yaumalmahsyar
Aku pun penuh terharu
Apa  mesti yang kau mahu.

Tuhanku!
Masa pun berlalu
Yang memaksa aku
Melempar diri di dunia ini
Menghitung dosa dan pahala
Dengan kuasa qada dan qadar
Untuk ke mana Surga atau Neraka.

Oleh;Nurimanja,
Rajang Sarikei, Serawak.
Tuesday,October,12.1982

DULU- KINI- AKAN DATANG.




-buat warga mas-

Dimana kita dulu?
Aman damai dalam rahim ibu,
Cuma bersiap siaga menunggu hari
Menerjah keluar di dunia penuh pancaroba

Dimana kita kini?
Terlalu mudah untuk dijawap,
Berdiri id depan cermin lihat wajah
Tegangkah kulit hitamkah rambut dikepala.

Dimana kita akan datang?
Lihatlah tanah perkuburan kita,
Bagaimana mayat masuk ke dalam kubur
Dibacanya talkin buat peringatan yang terakhir.

Oleh Nurimanja,
Khemah Ibadat SKSS,
Kuala Kurau, Perak. Hujung 1986.


Jumaat, 27 Ogos 2010

KULIT HITAM PATUT BANGUN



Bertahun si kulit hitam diperhamba
kini tiba waktunya anda perlu bangun
daripada tidur lena yang panjang
tidak kira agama atau pun  bangsa
berjuang menentang  sikap durjana
si kulit putih yang bermaharajalela
contohilah Zembakwe yang berani
lantas menghalau keluar si haloba
merampas kembali tanah jajahannya
daripada penguasaan si kulit putih
yang dahulu rangkus menguasainya
kini sebelum banyak lagi tertindas
bagunlah menentang kuasa besar
yang suka menakluk ekonomi dunia.
 
Oleh: Nurimanja,
Bila melihat penindasan.
kepentingan manusia haloba 2010.
 

Khamis, 26 Ogos 2010

MODAL INSAN




Melatih diri pada keluhuran dan kebaikan
sifat-sifat yang terpuji untuk seorang manusia
hiasilah diri dengan amanah, dan keikhlasan.

Ikhlas itu ada tiga dikatogorikan sebenarnya
niat dengan ikhlas dan setulus hati kerana Allah
bila melakukan diawal, pertengahan, dan akhirnya
bukan diawal, dipertengahan, atau di akhir saja,

Ikhlas membuat sesuatu memang lazat rasa
apa yang diberi dari hati ikhlas tinggi nilainya
tiada mengharap untuk diminta dibalas budi.

untuk ikhlas perlulah bertanya pada diri sendiri
tiap amalan itu berserta dengan niat yang lurus
adakah aku lakukan ini kerana ada niat sesuatu?
atau disebabkan kerja ikhlas kerana Allah Swt?.

Oleh: Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas,
jam sebelum masuk waktu dhuha.
beberapa dua tiga hari yang lalu 2010.
 

Rabu, 25 Ogos 2010

MUNAJAT SEORANG HAMBA



Di hujung malam,
lalu berdiri
bertakbir
berrukuk
bersujud
bermunajat
kehaderatmu,
seorang hamba,
memanjat doa
setulus hatinya
minta dihendarkan
pedih sakratulmaut
segala seksa kubur
dan azap api neraka.

Tersempuh sepi,
diri atas sejadah
tangan menadah
berguguran air mata
mengharap Allah
mengampunkan
segala dosa lalu
agar Allah benarkan
menempatkan dirinya
tergolong daripada
gerombolan insan
beramalan solleh
yang dibenarkan
tenang masuk surgaMu.

Oleh; Nurimanja,
waktu mula menulis sajak, 1973.
catatan rengkas dibulan ramadan.


Selasa, 24 Ogos 2010

DUNIA INI PENUH DENGAN AZAN


Biarlah dunia ini bulat dan berpusing,
lima waktu solat sering berkumandang
mengikut peredaran masa dalam 24 jam
siang dan malam juga bergerak tidak sama
maka berlakulah suara azan 24 jam sehari
mengelilingi dunia ini bagai suara kecapi.
tanpa henti gemercik disudut alam maya ini.

Berlalu dunia ini mengikut pergerakkan,
setiap penjuru muka bumi dan langit ini
bagai laut pasang dan surut tiada berhenti
sebelah timur malam sebelah barat siang
yang malam tidur yang siang terus bekerja
mengikut putaran hari dan peredaran masa
maka jadilah dunia ini penuh dengan azan
sebab masuk waktu solatnya tidak sama.

Oleh: Nurimanja,
fikir kembali dlm pusingan ini,
tidak kesiangan bertemu lailatul qadar?
Ahad, akhir 29 ramadan al mubarak 2010.
 

Isnin, 23 Ogos 2010

BANJIR BESAR MELANDA PAKISTAN




Hampir 13.8 juta rakyat pakistan,
kini terjejas segala pegerakan kehidupan
mengatasi bincana tsunami di lautan Hindi
begitu juga bumi kashmir dan lautan Haiti 2005
musibah mengambarkan kegerunan ketentuan Ilahi.

Hampir AS1. billion telah disedia,
kerosakan segala keperluan infrastruktur
membuat bumi Pakistan menjadi lumpuhluluh
penyakit berjangkit akan bermaharajalela nanti
dijangka ribu umat manusia mengalami marabahaya.

Renugan pengajaran musibah ini,
agar diberi hikmah negara yang selamat
jangan cuba membuat onar mencipta bencana
sepatutnya kita bersyukur kepada Allah yang Esa
namun,negara kita kini masih terpelihara dari mala petaka.

Oleh: Nurimanja,
Catatan pagi ahad,
sama  22hb, Ogos 2010.


Ahad, 22 Ogos 2010

ADA TIGA IKATAN IBLIS DIWAKTU TIDUR.



-puisi buat anak-anak sekolah rendah –

Tahukah cerita anak-anak sekolah rendah ?
apabila tertidur sahaja seorang anak Adam.
maka ada tiga ikatan  berlaku ke atas dirinya
semuanya  dilakukan oleh si iblis laknatullah.
 
Bagaimana  bagi melepaskan  segala ikatan?
bila tersedar saja daripada tidur di subuh pagi
maka bersegeralah membaca doa bangun tidur,
nescaya akan terungkai dari ikatan pertama.
 
Kemudian segera pergi mengambil wuduk,
lalu  terputuslah daripada ikatan yang kedua,
setelah  kita selesai  menunaikan solat subuh
barulah dikira terlepas dari semua ikatannya .
 
Oleh: Nurimanja,
10 pagi ahad, 18/7/2010.
 

BURUH KONTRAK




Buruh Kontrak!
kalian datang kerana wang
bukan paksaan tetapi kerelaan
kerana kemiskinan dan kelaparan
yang menghimpit cekek   kehidupan
betapa ditapak binaan dan rumah kongsi
bertahun jiwa kalian gelisah dimamah sepi
kalian tinggal  segala, anak, isteri, keluarga,
dan negara tercinta , kerana wang dan
kehidupan , demi memburu rezeki
menyambung hidup di rantau orang.

Buruh kontrak!.
adakah taqdir telah merancang
usia kehidupan kalian di habiskan begitu
segala hasil kerja kemahiran dan kepakaran
telah pun ditumpahkan segala ke bumi ini
bagi menjayakan  wawasan Malaysia
projek pembangunan mencakar langit
adalah hasil kudrat titik keringat anda
demi memajukan bumi negara Malaysia.

Oleh; Nurimanja ,
Telok Kumbar, 6\10\2001
Terima kasih warga Indonesia.


Sabtu, 21 Ogos 2010

BUKANKAH KITA DULU TERPASUNG?




Dulu kita pernah terpasung
Ratusan tahun lamanya,
Terikat dan dibelit
Hutang panjang.

Kini mula terungkai
Dan tiada siapa berani
Mengilas tangan  kita lagi
Dan tiada siapa pernah menduga
Bukit Lanjang mengaler arus perdana.

Kini kita telah merdeka
Mengapa mesti sangsi dan
Meragui menjadi warga Malaysia
Tetang syiear Islam dan 1 Malaysia
Yang diakui jagat dan seluruh dunia.

Mengapa di antara kita
ada yang maseh memekek
Diruang  yang sempet
Negara kita bukan Islamic ?
Sebenarnya kita Merdeka  1  Malaysia.

Oleh; Nurimanja,
Sajak legenda Di Malaysia,
Catatan Telok Kumbar, 15\11\2001.



BATANG SEMAK AIRMU MENGALIR MERAH



Batang Semak
Berkurun airmu mngalir
Tanpa membawa resah gelisah,
Tiba-tiba lewat dinihari
Mentari didadamu menjadi sayu
Perahu petualang mencemar riak dikuala
Menguris luka hati nurani anak-anak peribumi
Lalu berlakulah dua puluh minit tragidi bersejarah
Menukar corak warna airmengalir di kuala
dari darah petualang yang membuak tumpah
Air mu batang semak seketika mngalir merah
Meningalkan sejarah hitam komunis bedebah.

Oleh; Nurimanja,
Kpg.Hilir, Rajang.,Sarikei,
26hb, Septebe,1981,


Jumaat, 20 Ogos 2010

PUASA




Puasa,
hanya untuk Allah
ujian ketaqwaan
dan keyakinan ketauhidan.

Puasa,
punya perinsip tersendiri
pada kasihatan dan ekonomi
dan pemikiran keperibadian.

Puasa,
satu kewajipan insan
yang ada ganjarannya
di sisi keredhaan Allah swt.

Oleh: Nurimanja.
Rajang, Sarikei, Serawak
sajak ini pernah tersiar di Kuntum Puisi.


Khamis, 19 Ogos 2010

HIDUP SEORANG PESARA


Seorang  pakcik yang rabun mata
adalah bekas perjuang pesara tentera
bagai tidak pernah dinilai akan jasanya
dalu dihutan belantara seorang perwira
menentang pertualang musuh negara
siang dan malam sentia sabersiap siaga
demi  mempertahankan  negara tercinta
bagi membebaskan segala ancaman
serangan pengganas komunis durjana.
 
Kini dia sepi cuma tinggal dirumah
sadikit besar  dari sebuah reban ayam
itu pun sekadar cukup boleh berdeduh
daripada  hujan panas, embun dan angin
siapakah yang sudi mengambil perduli?
akan kesangsaraan dalam kehidupan ini
biar pun kini tinggal terpencil sendirian
di hujung desa dia menghabis sisa usia
langsung tidak mengharap dikenang jasa.
 
Oleh: nurimanja,
catatan selepas menonton tv
bila mengenag jasanya tak dikenang.
lalu mengalir airmata, hujung julai 2010.


Rabu, 18 Ogos 2010

CIRI-CIRI NILAI AKHLAK MAHMUDAH



Soal remeh temeh yang tidak pernah diindah,
pahala bagi seorang berakhlak mahmudah
kutip sampah kecil di atas cappet masjid
selamatkan saekor semut kecil jatuh longkang
membuang tahi cicak kering di atas lantai
membersih debu di cermin-tingkap  masjid
menjadi iman yang disukai semua makmum
selalu sahaja menyenangkan hati orang lain
bersikap terbuka berkata ada pernilaiannya
membuat kerja dengan hati yang penuh ikhlas
tidak berkira soal urusan kebajikan masyarakat
tukang azan yang mengazankan waktu solat
memakan rezeki yang tidak meragui halalnya
mereka hidup dari keluarga solleh dan solehah
dan para malaikat seringkali mendoakan dirinya
sehingga mereka masuk ke dalam syurga Allah
sebelum allah mengengam langit dan bumi
digulung keduanya dengan tangan kananNya
kami para malikat memastikan mereka ahli syurga.
 
Oleh: Nurimanja,
catatan ceramah bebas,
dua tiga hari lalu bulan ramadan.
jam 7 .00 setengah pagi bulan 8/2010.


Selasa, 17 Ogos 2010

PUASA ADA TIGA KATOGERI



Sebenarnya apabila kita beribadah
puasa kita sepenuhnya kerana Allah
peliharalah akan  segala pancaindera
untuk jangan mengurangkan pahala
selain mengerjakan sunat bermanfaat
kenalah ikut syarat-syarat dan fadilatnya.

Puasa Awam,
puasa orang biasa peringkat rendah
selain menahan diri lapar dan dahaga
melakukan juga kerja makroh dan mungkar.

Puasa Khas,
puasa orang biasa peringkat sederhana
selain menahan diri lapar dan dahaga
tidak melakukan makruh dan penuh taat.

Puasa Khawassulkhawas,
puasa orang alim peringkat yang tertinggi,
selain mengatasi dua perkara di atas tadi
banyak kerjakan ibadat siang dan malam
malah tidak ambil tahu apa hendak dimakan
di waktu syahor dan waktu berbuka puasa.

Oleh: Nurimanja,
setelah lebih enam hari puasa,
dua tiga hari yang lalu, ramadan  2010.



Isnin, 16 Ogos 2010

ILHAM DATANG DARI HATI YANG IKHLAS




Ilham akan datang,
dari hati yang ikhlas
menilai dengan mata hati
dengan rasa iman dan takqa
bukan sebagai andaian yang direka.

Ilham akan datang,
dari hati orang zuhud
yang menerima keamanan
kerana  jiwa seninya sentiasa tenang.

Ilham akan datang
memujuk seni mencipta
pada rasa kesejahteraan jiwa
kerana dapat membaca apa yang terlintas.

Oleh: Nurimanja,
lewat petang sebelum berbuka.
hari-hari sering mengkhabarkan sesuatu.
lewat dua tiga hari yang berlalu 10/08/2010.


Ahad, 15 Ogos 2010

BUKAN KERANA NAMA



Aku menulis,
bukan kerana nama
sekadar menjana minda
di ruang waktu usia meniti tua,

Rupa paras,
tidak perlu dikenali
biarkan sepeti dara sunti
sendiri tersembunyi dibilik sepi,

Masa berlalu,
adalah nekmat Allah
terlalu sukar untuk dinilai
kerana perjalanan hampir tamat.

Oleh; Nurimanja,
subuh sepi 2/3 malam
19hn Oktobe,1979


GAZA



Gaza! 
air mata berjujuran
jerit tempik ketakutan
perlu segera pertolongan
ada keluarga kehilangan segala.

Gaza!
duniamu kian kelabu
berdekat lamanya berlalu
ada peminpin datang dan pagi
wajahmu masih juga tetap sama
dihimpit penderitaan kesengsaraan

Gaza!
adakah tuhan membiarkan
atau dunia ini bisu sebenarnya
sepatut anda sendiri mesti berubah
agar kemenangan yang diharapkan
menyembelahi kehidupan di bumimu.

Oleh; Nurimanja,
catatan puisi lagenda 2009.
mengenang mangsa kerangkusan yahudi,


Sabtu, 14 Ogos 2010

BETAPA MUZIZAT AL QURAN


-mengatasi segala puisi-


Bila dibaca ayat-ayat suci al Quran
tarasa dirinya bagai mahu  pengsan
buat Omar ibni al Khatab radhiallah huan.
jika  dia atau orang lain membaca al Quran
terdengar saja hatinya akan lemas dan cemas
apatah lagi ayat-ayat peringatan dan keazapan,
terus lemah dan  tersandar di dinding rumah
sehingga dua puluh hari deman tidak kebah
kerana terlalu takut akan hukuman dan azab Allah .

Begitu juga seorang lagi sahabat rasullullah
buat Abu bakar Al Sikdiq radhiallah huan,mentuanya,
mengaku tidak boleh jadi iman pada solat berjemaah
kerana hatinya tidak tahan sering saja ingin menangis
bila mendengar dan membaca akan ayat-ayat suci Allah
tentang azab dan juga seksa kubur atau balasan Allah
sehingga tidak dapat menyebut kerana takut dan gementar
menjadi deman diserang rasa mengigil dan gementar
terlalu sukar untuk menyebut kalimah aya-ayat qalam Allah.

Oleh; Nurimanja,
16hb Noveme, 2009.

DOAKU




Doaku,
Bukan sekali
Bagai sebati dengan diri
Pada waktu petang dan pagi
Dan di hujung malam sepi.

Doaku,
Jika diukur
Lebih panjang dari umur
Kerana Khalid tiada jemu
Untuk menilainya satu-satu.

Doaku,
Lewat makbulnya
Tetapi kecapaian tetap ada
Kerana Khalid bukan pendusta
Pada tiap janji-janji Nya.

Oleh Nurimanja
Sarikei, Serawak.
Memori Tanggal 25\9\82.


Jumaat, 13 Ogos 2010

ORANG ALIM YANG BERIMAN




Buat orang alim yang beriman,
tidak akan takut kepada kematian,
kerana  mengetahui kematian akan datang
kecuali orang-orang yang tidak ada persediaan.

Buat orang alim yang beriman,
setiap detik mengingati kematian,
malah telah membayangkan akan kematian
kerana setiap yang hidup pasti  merasai  mati.

Buat orang alim yang beriman,
amat berbeza dengan orang biasa,
matinya orang alim diketawai para iblis.
kerana terhenti mengajar manusia yang jahil.

Buat orang alim yang beriman,
hatinya selalu kenaah dan zuhud,
matinya seorang yang dalam kejahilan,
Iblis menangis kerana terhenti kejahatannya.

Oleh: Nurimanja,
pagi dua ramdhan, 12/8/2010
catatan lepas syaaor puasa wajib.


Khamis, 12 Ogos 2010

MELAYUKU SUKA BERNIAGA DIPINGGER JALAN


- buat peniaga melayu gerai di bahu pingger jalan -

Nama Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar,
terdapat ramai orang melayu minat berniaga
tetapi sayangnya  nampak semacam terpingger
kerana gerai di bahu jalan yang membahayakan.

Ada tapak niaga tetapi dibiarkan naik hutan,
malah sanggup pula keluar wang dirikan gerai
namun pelihan utama masih di pingger jalanan
bilakah waktunya  melayuku boleh jadi usahawan?

Bila ada MPPP bertindak mengeluarkan notis,
mulalah  mereka rasa gelabah tidak tentu arah
sebenarnya perniagalah yang patut dipersalahkan
kerana telah menghalang perjalanan orang awam.

Malah ada pula yang  suka mengambil kesempatan
menceroboh bahu jalan bina gerai haram untuk niaga
setengah cari untung terpijak bila gerai dibagi sewa
bukan sikit bayarannya ratusan ringgit setiap bulan.

Mengapa agaknya kisah melayuku suka dipingger?
ada wakil rakyat semacam buta mata pekak telinga,
tidak mahu tolong membantu fikir masalah perniaga
cuma dekat mengundi saja barulah nampak biji mata.

Cubalah buka sadikit mata dan peka sedikit minda
adakah  bangsa lain berniaga semacam bangsa kita?
bila ada projek buka satu taman merebut cari tapak
saolah-olah semacam tapak ini bapak mereka punya

Maka tidak hairanlah budaya bina gerai sering berlaku
kerana selama ini telah sebati dengan darah bangsaku
mereka lebih suka pilih berniaga di pingger bahu jalan
dari berniaga di kedai batu jadi usahawan dan hartawan.

Oleh: Nurimanja,
Sudah lama diperhatikan,
tidak ada tindakan sewajarnya.
begitu lemah pemikiran bangsa kita. 11/8/2010.
Bila tiba ramadhan gerai tumbuh macam cendawan.

Rabu, 11 Ogos 2010

RANGKUSNYA PEKEBUN SAYUR



Gua Musang, penduduk lojing,
air berkeladak meresahkan penduduk
orang asli yang hidup lama cengkam resah
perlu dipertanggung jawapkan kerajaan tempatan.

Luas pekebun, hutan ditebang.
berlakunya kecemaran gelodak sungai
menjadikan keruh dan kotor pada penguna
kini hati menjadi resah gelisah penghuni setempat.

Bila tamak, menguasai perasaan,
nafsu tidak lagi menghiraukan semuanya
yang mahu mereka isi memuaskan keperluan
tidak dikira lagi kesusahan kepada penduduk tempatan.

Oleh: nurimanja,
catatan di siaran tv,
jam 8 malam, 8/8/2010.


Selasa, 10 Ogos 2010

DI GERBANG PINTU RAMADHAN



-dibawah sayap rastumu-


Ya! Ramadhan Al Karime,
kini kau mengjenguk kembali
bulan keramat  seribu bulan
semoga aku bersamamu lagi
menjalani ibadah bulan tarbiah
mencari malam seribu bulan

Ya! Ramadhan Al Mubarak,
aku bermula dengan sunatmu
sebelum diterima puasa wajibmu
kerana setiap keikhlasan puasaku
membersih jasmani dan rohaniku
hanya kau yang dapat menilainya

Ya! Ramadhan Al Rahmah,
agar kerinduan ini dapat terubat
selepas sebelas bulan kau hilang
kini aku sambutmu dengan airmata
semoga kasih berahiku selama ini
terubat bila dapat bermesra semula.

Oleh: Nurimanja,
awal di ambang ramadhan ,
ibadat rukun ketiga 10/8/2010.


Isnin, 9 Ogos 2010

PANTAI ROBINA TELUK AIR TAWAR

- renungan buat mereka yang mengerti -


Telok Air Tawar,
Medan selera Taman Robina,
dahulu tempat bersantai orang ramai
kerana indahnya pandangan pantaimu
berselera makan bersama sepoi angin segar
kini cuma menunggu hari sahaja untuk mati.

Telok Air Tawar,
Medan selera Taman Robina,
Kemanakah perginya pengunjung setiamu?
mungkin keadaan tidak terjaga terpelihara
pokok-pokok kayu tumbang, tandas pun kotor
kerusi penuh tahi gagak, pantai tumbuh jeruju.

Telok Air Tawar,
Medan selera Taman Robina,
Bagaimana keadaan perniaga anak bumimu?
masa untung berlipat mungkin tidak berzakat,
bila ditimpa musibah baru rasa resah gelisah
kini tunggulah hari-hari berlaku gulung tikarmu.

Oleh: Nurimanja,
Catatan Berita Harian,
tanggal 4hb, Ogos, 2010.


Ahad, 8 Ogos 2010

KITA PUN BAGAI CAMAR LAUT



Kita pun
makhluk kerdil
bagai beburung camar laut
membenam paruh ke dasarnya
menyambar makanan dan minuman,

Apa yang terlekat
di paruh kecil camar
itulah ilmu yang kita pungut
tiadalah setinggi mana nilai harganya,

Allahu Akbar!
tiada siapa yang terdaya
mengumpul ilmu seluas lautan
malah kering lautan menjadi dakwat
rahmat dan nekmat Allah SWT telalu sukar
untuk dicatat atau pun untuk dihitung, Masaallah..

Oleh; Nurimanja,
BBTK.  Bayan Lepas,
2hb, November, 2009.


DIMANAKAH SILAPNYA KITA?



-buat geng panglima dan geng suara

Dimanakah silapnya  kita?
kerana ada di antara kita telah teperdaya
dengan cerita seloka nyanyian puisi taridera
proposional, cendewakan,, doktor,pensyarah,
guru, kerani, polis, tentera, koprat, sastrawan,
para alim ulamak, ustaz, mahasiswa, peniaga
pertani, penternak, nelayan serta rayak jelata.

Dimanakah silapnya kita?
Semuanya dibantu dari dalam rahim ibu lagi,
dijaga, diasuh, dididik, dari sekolah rendah
keperingkat menengah dan pengajian tinggi
diberi biasiswa, bantuan, hadiah, dan pingat,
pangkat, gelaran YB, datuk, Tan Sri serta
dianugerahkan tanah, tapak kediaman,
pencen, atas jasa perkdimatan mereka.

Dimanakah  silapnya kita?
tiba-tiba diserang penyakit kecelaruan minda
membakar batu api dengan tohmah dan fitnah
lantas dilanda tiupan angin kencang tsunami
yang menikam dari  arah depan  dan belakang
maka belakulah arus penyokong bepaling tadah
maka berjayalah segala musuh-msuh pemerentah
kononnya negara tidak Islamic dan berlaku zalim.

Dimanakah silapnya kita?
sekadar mendengar promokasi tohmah dan finah
atau ingin mencari kedudukan pangkat darjat
atau ingin membuat kacau bilau porak peranda
atau ingin menukar pemimpim atau pemerentah
atau tidak mengerti menilai kenekmatan  kemewahan
atau tidak mengerti mengenang budi pada pemerentah
atau tidak berterima kasih dan bersyukur kepada Allah.

Dimanakah silapnya kita?
perlukah  kembali kepada keinsafan dan muhasabah diri
menilai dimana kita menjadi perjuang atau pendurhaka
mengapa diantara kita sedang sakit dilanda kecelaruan minda
apakah ini semuanya cuma satu retorik terlalu sukar dinilai
sehingga kini tenat diserang kuman viarus penyakit yunit
menjadikan kita orang  digelar rasa ketidak ketenangan jiwa
bagaimana mungkin  kita dapat untuk  masuk ke surga Allah

Oleh; Nurimanja,
11hb, Oktober, 2009.
Malam hari di kala sepi.


Sabtu, 7 Ogos 2010

POKOK PUN MENGERTI



Papaku seorang yang aneh
Biasa berbicara dengan pokok
Di tengah malam buta
Di dalam kebun kelapanya,
Kadangkala aku pun hairan
Dia juga berbicara denan sampan,
air sungai kurau, udang galah,
juga ikan siakap dan baung.
Apakah itu puisi keryatif
terpantul keluar dari emonsinya
yang tidak tahu membaca dan menulis
kerana buta  huruf gagal di sekolah dewasa.
Satu hari,
Pernah dia berkata
kepada pokok kelapa dara,
Kau kalau tidak berbuah setahun dua,
Aku akan tebang kau, hidup buat semak saja,
Selepas dua atau tiga  tahun
Lalu sudit sulung kelihatan keluar
Dari celah pelepah kelapa dara
semacam pokok pun mengerti,

Aku pun sama menirunya,
Bebicara dengan pokok pisang
Di tepi surau dekat pagar SK Sg. Ara
Minta sebiji pisang serendah  masak 
buat buka puasa sebelum bersara
Sesekali aku fakir,
Aku dan papaku adalah sama,
Sepeti orang gila yang berbicara.
pada alam pokok, haiwan dan alam benda..

Oleh; Nurimanja,
Setelah ziarah kampung,hati pun sayu
Melihat tempat lahirku yang sudah tiada apa-apa.
Bulan Syawal lalu 1430 setelah selesai puasa enam .



Jumaat, 6 Ogos 2010

MANUSIA BAGAI BUIH



-sajak legenda-

Asalnya
Kita cuma buis
besih dari tepian
keluar daripada hembusan
dan bisikan  urutan yang tenang,

Kini kita
dibawa arus deras
mengalir hanyut Ketengah
kocakan gelombang muara sungai,

Lalu kita
betemu dengan alun laut,
ganas dan buas menghempas
diri kita  dihimpit dan dilambung
terapong, mungkin tidak kembali lagi ketepi.

 Oleh ; Nuimanja,
Di tepi parit,sungai dan laut.
30hb, 12,1972.

AWAS BICARA VIRUS KENCING TIKUS



Dulu kami di seksa di bunuh semua,
dengan racun serangga dan perangkap
malah ada operasi memberi hadiah di Kedah
sesiapa dapat menangkap dan membunuh kami.

Hari ini kami pun ada teknologi tinggi,
bila sainstis kami mencipta virus air najis
kini kami telah pun sebarkan merata tempat
di lubuk, lata perkilahan, dan taman-taman selera.

Perlu  salahkan kami wahai manusia,
di taman ini banyak maksiat anak muda
yang suka buang sisa sampah merata-rata
siang anda bersuka, malam kami pula berpesta,
dengan membuang najis beracun di air tanah kerusimeja.

Oleh: Nurimanja,
Catatan di Tv dan Akhbar,
tanggal dua tiga hari lalu /08/2010.


Khamis, 5 Ogos 2010

KITA TUNGGU SAJA BOLA SMASH!




Selama ini cuma kita saja diam memekakkan telinga
baik sewaktu  di pejabat ataupun dibilik mesyuarat,
lalu sesuka hati apa saja yang mereka hendak kata,
disebabkan mulut guru besar dan pengetua terbelenggu
dan terkunci  kerana kena turut dasar pemerentah.

Hari ini dasar baru telah pun  dikuat kuasakan
siapa barcakap perlu berhati-hati, jangan sebarangan
dulu anda boleh  tunjuk lagak dan tunjuk belang
kerana kini jika tersilap cakap pasti pecah tembelang.

Inilah satunya cara bagi menghapuskan agenda
kerja hasut, tipu, putar belit, memfitnah dan tohmah
terasa sakit hati, bengang, tetapi mulut terkunci.
kini telah ada kuasa bagi dibuka mulut dan bersuara.

GB dan Pengetua akan mengenali muka ini
perlukah kita simpan atau pun menasihatinya?
mungkin tunas ini elok dicantas atau dipotong saja
kecuali jika ada GB Pengetua sealiran dengan mereka?

Oleh: Nurimanja,
bila mengenang masa dulu
cukup menyakitkan hati, bengang.
kini, lihat muka merah dari pembangkang.




Rabu, 4 Ogos 2010

JAGALAH ANAK-ANAK KECIL KITA



Anak-anak kecil comel ini
yang sering menjadi mangsa
perlulah dijaga dengan rapi
sewaktu mereka permergian
di rumah ataupun ke sekolah
kerana di jalan terlalu banyak
manusia bertopeng binatang
untuk membaham mangsanya.

Anak-anak kecil comel ini
mereka perlu didikan agama
sebelum dapat ilmu kendunian
barulah ada pekerti murni
untuk menjalani kehidupan
melayari alam mayapada ini
dengan cekal dan berani
bagi menilai erti kehidupan.

Anak-anak kecil comel ini
janganlah  dibiarkan jadi liar
berlepak, gam dan berdengung
membuat ibubapa resah gelisah
bila sudah terjebat penyakit ini
menagislah  air mata darah pun
sensaranya terlalu pedeh dan
sedeh melukai hati ibu bapa.

Oleh: Nurimanja,
catatan di akhbar harian, 2/8/2010,
kisah pemamdu van rogol anak kecil



Selasa, 3 Ogos 2010

KITA HIDUP UMPAMA LIMA JARI



Kita pun umpama lima jari tangan
ada kecil, besar, gemok dan kurus,
janganlah menghina di anatara satu
kerana Allah menjadikan sesuatu itu,
punya  hikmah dan pengajarannya.

Setiap jari ada tugas fungsi sendiri.
jari ibu terkenal dengan cop jarinya
jari telunjuk untuk mengarah orang
jari tengah mencapai benda tinggi
jari manis letak cincin pertunangan
jari kelingking korek lubang hidung.

Mengapa kita mesti rasa bersedeh?
wajah huduh atau pun cantek lawa
semua ada kelebihan dan kelemahan
di sisi Allah hanya orang beriman dan
taqwa dinilai, bukan wajah dan rupa.

Oleh: Nurimanja,
catatan meragukan insan,
disisi allah ada nilainya 03082010.


Isnin, 2 Ogos 2010

ISTERIKU TERLALU BANYAK TUGAS



Kasihan dari pagi sampailah ke malam hari,
isteriku dibelengui tugas routine rasminya,
dialah jaga dan pengawal keselamatan kami
dialah juga pengurus di segala  jabatannya
penyambut tetamu dan tukang masak kami
tukang sapu, tukang cuci, dan tukang kebun
juga, pegawai pendidikan dan kebajikan am
kekadang menjadi doktor dan jururawat pula,
merawat dan memereksa ada keluarga sakit.
disamping pengurus ekonomi rumah tangga.
Kalau begitu keadaan biarlah aku yang sakit,
jangan isteriku sakit nanti susah pula  jadinya
aku cuma bekerja mencari rezeki nafkah saja
aku tidak pandai mentakbir hal rumah tangga
untuk membuat itu dan ini kacau bilau jadinya
aku rasa baiklah aku dari isteriku yang sakit.
kini selalu saja  berdoa kepada kehadrat Ilahi
Ya Allah jauhkanlah segala musibah dari kami,

Oleh: Nurimanja,
waktu pagi hari sabtu
jam 9, warung salam penuh tetamu.


Ahad, 1 Ogos 2010

AKU MASIH PENGANGGUR.



{Simpati buat teman yang masih menganggur}

Aku yang masih menganggur
Terasa hidup bagai mati tersungkur
Betapa hancur sebuah harapan
Kerana kemana aku pergi tiada pekrejaan
Alaahai sijil-sijil-sijilku ,diploma dan ijazah
Maseh kaku dalam al mari
Tiada pemohonan yang Berjaya,
Melainkan temuduga  anda dukacita.

Saban hari aku masih temangngu
Mengenang usia mudaku masih terharu
Dimana kemana pun aku pergi
Terasa hina dan rendah diri
Sebab dilabel, aku pengnggur,
Bila tedengar pula lagu Suderman
Bagai mengejek kehidupanku
Kerana aku seoarng pengangur……

Oleh; Nurimanja,
Catatan  Tahun 1978
Bazar Bagan Serai, Perak.


JALAN YANG BERDEBU




Jalan yang berdebu,
penuh dengan kutu-kutu
menanti oleh ibu-ibu hantu
datang dengan senyap sepi
pergi dengan hati-hati.

jalan yang berdebu,
kini telah hitam jadinya
kutu-kutu tiada lagi
ibu-ibu hantu telah pergi
yang tinggal hanyalah
dau-daun kering
yang layu mati.

Oleh; Nurimanja
Mingguan Malaysia 1983.
sajak lagenda dalam memori.