Buat orang alim yang beriman,
tidak akan takut kepada kematian,
kerana mengetahui kematian akan datang
kecuali orang-orang yang tidak ada persediaan.
Buat orang alim yang beriman,
setiap detik mengingati kematian,
malah telah membayangkan akan kematian
kerana setiap yang hidup pasti merasai mati.
Buat orang alim yang beriman,
amat berbeza dengan orang biasa,
matinya orang alim diketawai para iblis.
kerana terhenti mengajar manusia yang jahil.
Buat orang alim yang beriman,
hatinya selalu kenaah dan zuhud,
matinya seorang yang dalam kejahilan,
Iblis menangis kerana terhenti kejahatannya.
Oleh: Nurimanja,
pagi dua ramdhan, 12/8/2010
catatan lepas syaaor puasa wajib.
