Khamis, 25 Jun 2020

JANGAN JADI PENIPU WANG





JANGAN JADI PENIPU WANG 

Dimana hebatnya kita ?

Kalau sekadar  pandai menipu dan memujuk
Apabila kita tersedak atau keputusan wang ingin meminjam
Berbagai alasan dan janji yang bukan -bukan untuk menyakinkan perberi utang
Tetapi apabila kita sudah dapat wang yang kita perlukan mulalah kita buat liat membayar utang?

Orang  semacam ini ?

Memang ramai cukup pandai buat tahi
Bila hendak  meminjam atau menyewa rumah lebut lidahnya
Malah sanggup bersumpah dia mampu membayar dan berjanji segalanya tunai
Tetapi bila mula masuk setahun dua mulalah buat helah dan berbagai alasan enggan membayar ?

Jangan kita hairan ?

Orang yang suka buat janji dan berutang
Bila sudah dapat sengaja enggan membayar utang mereka
Terlalu banyak berutang keliling pinggang maka layak digelar kaki penipu wang
Hidup pasti tidak tenang malam tidur tidak lena siang hari terasa malu bertemu pemgutip utang ? ,

Oleh Suara Pulau,

Catatan jam7. 45. Pagi.
Isnin  Tarikh 3hb Februari,  2020.

DISEBALIK BENCANA ADA PENGAJARAN





DISEBALIK BENCANA ADA PENGAJARAN 

Di sebalik bala bencana
Allah S.W.T telah mendatangkan itu
Segala bencana dan musibah ada pengajaran buat kita
Setiap kerosakkan di bumi dan di laut adalah hasil tangan manusia sendiri.

Muhasabahlah diri kita
Bagi seorang Islam yang beriman
Mereka tidak boleh mengatakan kebetulan kehendak alam
Semuanya kehendak  alam semula jadi dan putaran masa peridaran musim,

Wajib ambil perhatian!
Sebenarnya tiap  bencana alam itu
Adalah bagi peringatan kepada sikap kerangkusan manusia
Segeralah  bertaubat dan kembali insaf memohon keampunan kepada Allah.

Justeru itu perlu ingat!
Apa yang berlaku jangan sangkakan
Segala musibah dan bala bencena alam itu cuma hokum alam
Sesuatu kebetulan dan kehendak alam mengikut hokum karma sebagainya .

Oleh: Qalam Mutiara.
Catatan pada Jam 7.30 pagi
Tarikh  hari  Khamis 30hb Januari 2020.