Selasa, 16 Jun 2020

AHLI KITAB JUGA BOLEH MENYELEWENG.





AHLI KITAB JUGA BOLEH MENYELEWENG.

Wahai ahli kitab
Kalau iman kamu tidak kuat dan  teguh
Syaitan akan mudah mengoda dan menyelewenkannya
Mengapa kamu melanggar apa yang Allah Turunkan melalui kitab taurat dan Injil?
Sedangkan Allah telah memberi ilmu kitab kitab yang diturunkan agar kalian tidak sesat dan kufur ?

Wahai ahli kitab
Mengapa kamu mencampur adukkan
Segala kebenaran yang jelas apa yang Allah nyatakan
Mengapa kamu sengaja menyembunyikan segala kebenaran untuk kaum keluargamu
Sengaja mencampur adukankan segala yang hak dan batil sehingga mereka meragukan dan keliru ?

Wahai ahli kitab
Ada pun Kitab al Thaurat dan Injil itu
Menceritakan apa yang benar menolak apa yang batil
Tetapi kenapa kalian sengaja cuba mengeliru mendustai apa yang Allah perintahkan
Sehingga menjadikan para pengikut Yahudi dan Nasrani mengelirukan hokum kitab Tahurat dan Injil?

Oleh: Geletek Petang.
Jam 3.30 petang halaman KP
Tarikh  Lepas jumaat  3hb Januari 2020.

Tiada ulasan: