Ahad, 31 Januari 2021

KINI KITA PUN MENGERTI








SEDUTAN KEMBALI PUISI CITRANURI
KINI KITA PUN MENGERTI   

Bila masa menceritakan segala
Kita tidak perlu ragu dan wasa-was lagi
Kerana kebenaran bukan satu pendustaan
Atau boleh direka-reka daripada sesaorang.
Berapa lama pun pembohongan itu
Pasti bila ada masa dan ketikanya nanti
Cerita akan merongkaikan segala-galanya
Apa yang pernah tersurat dan tersirat  di hati.
Kini siri drama kita pun telah berakhir
Bahawa hidup yang penuh pendustaan ini
Akan menjejaskan kehidupan kita sendiri
Pada mata dunia dan masyarakat 
Di Malaysia ini.

Oleh: Nurimanja,
Catatan 5 November 2014.
Di kamar sepi  rangtua lama menyediri..


Rabu, 27 Januari 2021

ORANG KITA PAKAT NIAGA







ORANG KITA PAKAT NIAGA 

Wah hebat betul!
Dulu nak niaga malas
Sebab ekonome masih utuh
Hari ini semua orang kita pakat niaga.
Cuma di tepi jalan!
Dulu ada dua warung
Jual air kelapa dan buah pisang
Sekarang nasi tometo dan air kacang.
Barulah  meriah!
Nampak dari jauh lagi
Orang ramai singgah membeli
Bila tengah hari orang lapar dan dahaga.
Tetapi sayang!
Harga tetap sama juga
Di restoran dan  pusat beli belah
Sedangkan tepi jalan mana kena sewa pun?

Oleh: Nuri Manja,m
Catatan jam 4.30 ptg
Tanggal 21hb Januari 2021.


TUKANG KASUT PENDANG ASING






TUKANG KASUT PENDANG ASING

-buat Wak Tamak dari jawo -
Si Tukang kasut pendatang asing
Suka hati menempek gerai
Upahnya terlalu mahal
Kekadang langsung
Tidak masuk akal?
Gerainya tepi jalan tanpa sewaan
Cuba kalain fikir sahaja lah
Sebelah kasut tapaknya
Upah di paku sahaja
mahunya R10.00?
Sepasang kasut harganya RM20.00
Ganti tapak sebelah RM20.00
Sepasang upah  RM40.00
Ternyata lebih mahal
Harga asal kasut?

Oleh Pena Utara,
Catatan jam 5.20 petang
Tanggal 14hb Januari 2016.


ISLAM DAN IMAN









ISLAM DAN IMAN 

Seorang itu
Kena ada proses tarbiah
Antara Islam dan keimanannya.
Kerana rukun Islam
Dan rukun Iman itu berbeza
Apa itu pula  ihsan sangat hamper.
Kerana mula dan penutup
Seorang Islam itu mampu satu pengakuan
Benar-benar dapat mengucap dua kalimah syahadah.
Bila dengar seruan azan bersegeralah
Kerana rukun Islam kita hormati 
Rukun Iman kita hayati
Kerana tiada iman
Hilang Islam.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.30 pagi.
Tarikh 21hb Januari, 2021.


SURI RUMAH MULAI TERASA







SURI RUMAH  MULAI TERASA

Dulu nampak cukup segalanya
Setelah menjelang 2016 ini
Ada sedikit perubahan pula
Sepatutnya pebelanjaan cukup 
Bagaimana boleh terkurang pula.
Para pembeli mulai terasa
Mungkin peningkatan harga
Barang naik agak berganda
Anak-anak  ramai kian parah
Jika seorang bapa buat satu kerja
Lagi susah para suri rumah 
Dulu bawa RM50 cukup belanja
Tetapi hari ini RM100 tidak ada apa?
Adakah akibat kos sara hidup?
Atau kita berada di Negara maju
Mampukah kita untuk bernafas
Jika segala-agalanya menjadi lemas.

Oleh Pena Runcing,
Catatn jam 5.00 ptg.
Tanggal 20hb Januari 2021.


Jumaat, 15 Januari 2021

ALLAH ITU MAHA ADIL

 


ALLAH ITU MAHA ADIL
 
 
Allah SWT
Tidak akan menghukum
Bagi sesuatu kaum itu melainkan
Telah diutusan seorang rasul salah dan benar
Kerana ada ceerita gembira danjuga cerita sensara balasan Nya.
 
Allah SWT
Tidak akan menhancur
Sesuatu Bandar atau kampong
Telah diberikan risalah telah diutusan rasul
Sebagai seorang utusan untuk semua kaum bangsa Arab di Mekah.
 
Allah SWT
Menurunkan al Quran
Telah memberi penjelasanNya
Kepada Nabi Muhamad SAW menyampaikan
Allah tidak menghacurkan melainkan penduduk melakukan kezaliman.
 
 
Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 6.50 pagi
Hari Ahad 10hb Januari 2021. siarsemula


SETIAP APA YANG BERLAKU TELAH TERTULIS

 

SETIAP APA YANG BERLAKU TELAH TERTULIS

Setiap apa yang berlaku
Ada hikmah dan pengajarannya
Maka setiap apa yang telah berlaku itu
Sesungguhnya mereka akan kembali ke agamanya.
 
Setiap apa yang berlaku
Keparah itu atau pembersihan
Allah SWT telah pun menjadikan musibah
Semoga kita bersabar sebagai tamparan pertama.
 
Oleh sebab itu manusia
Ingat setiap apa yang berlaku itu
Adalah satu ujian Allah menilai rasa keimanan
Semoga kita ada keinsapan dan ketakwaan padaNya.
 
Oleh : Pena Utara
Catatan jam 8 .00 pagi
Hari Sabtu 9hb Januari, 2021. Siar semua.
 

WAHAI ORANG KAFIRUN ?



 WAHAI ORANG KAFIRUN ?
 
 
Mereka orang yang syriik
Orang mendurhajka kepada Allah SWT
Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada mereka
Mereka memilih jalan yang sesat bukan jalan yang di redha Allah SWT?
 
0rang-orang  kafirun ini
Mereka ini suka melakukan kejahatan
Bukan saja tidak beriman malah gemar kerja mungkar
Mereka sanggup melakukan apa sahaja bertentangan dengan Allah SWT.
 
Adakah mereka berpelung
Untuk dapat masuk syurga Allah SWT?
Allah membernakan mereka beriman berjiwa tenang .
Orang -orang kafirun ini ditempatkan mereka ke dalam neraka jahanan.
 
 
Oleh Qalam Murtiara,
Catatan jam 7.00 pagi
Tarikh Khamis 7hb Januari, 2021

TERSINGAPNYA TIRAI MATARI 2021?



TERSINGAPNYA TIRAI MATARI 2021? 
 
Tersingkapnya
Tirai Mentari tahun 2021
Kami lihat masih juga samar sinarnya
Malah penuh dengan kegelisahan dan keraguan mencengkam
Adakah tahun 2021 tersingkap saja tirainya nampak sinar mentari masih samar ?
 
Wabak covid 19
Masih juga bermustautin
Engan beredar peginya Mentari 2020
Kini bencana banjir pula melanda di enam buah negeri kita ini
Pahang, Johor. Kelantan , Terangganu, Selangor , Perak dan Sabah Malaysia Timur?
 
Kini kematian
Saban hari meningkat
Bagaikan pesta merebut mangsa saja
Patuhlah pada peratoran budaya normal baru untuk diamalkan
Jikalau kita mahu segala musibah yang melanda ini segera berundur dari Malaysia?
 
 
Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.20  pagi
Tanggal Rabu 10hb Januari 2021.


MUSIBAH BANJIR !



MUSIBAH BANJIR ! 
 
Banjir !
Kini kau datang lagi
Saban tahun kau menganggu kehidupanku
 
Kali ini !
Sudah enam negeri
Menjadi mangsamu menjelang tahun baru.
 
Apa pun!
Aku tetap bersabar
Menilaimu sebagai ujian dalam sejarahku.
 
Kerana !
Tiada siapa pun boleh
Menghalang akan kedatanganmu hari ini .
 
Sebagai !
Makhluk ciptaan Allah
Selain dari berusaha redha dan pasrah.
 
Ingatlah !
Segala musibah Allah
Tentu ada hikmah dan pengajaranNya …….
 
Oleh : Nurimanja,
Catatan jam 6.00 petang
Selasa Tarikh 5hb Januari 2021.

Selasa, 5 Januari 2021

SEMBUNYIKAN TIGA PERKARA

 



SEMBUNYIKAN TIGA PERKARA
 
Pertama sakit kita
Bila Allah SWT memberi sakit
Sebaik-baiknya sembunyikan dalam hati
Bersabar jangn ceritakan kepada orang lain
Allah ingin menguji keimanan dan kesabaran hati kita.
 
Kedua musibah kita
Bila Allah SWT berikan musibah
Sebaik-baiknya sembunyikan dalam hati
Bersabar jangan ceritakan kepada orang lain
Allah ingin menguji keimanan dan kesabaran hati kita.
 
Ketiga sedekah kita
Bila Allah SWT memberi rezeki
Sebaik-baiknya sembunyikan dalam hati
Sedekah jangan ceritakan kepada orang lain
Allah ingin menguji keimanan dan kesabaran hati kita.
 
Oleh Pena Utara,
Catatan jam 5.00 pag
Tanggal 5hb Januari 2021

MUHASABAH DIRI BUAT TAHUN BARU

 


MUHASABAH DIRI BUAT TAHUN BARU
 
 
Muhasabah itu perlu
Mengira kembali untuk meneruskan
Agar kita mengetahui dimana parastasi kita tahun lalu
Ingat dan inbau kembali dalam tahun yang lalu apa yang kita buat
Telah Berjaya atau masih banyak lagi yang perlu kita perbaiki kelemahan kita selama ini?
 
Apa yang perlu kita
Lihat tentang kita solat lima waktu
Sedekah kita selama ini berapa banyak telah kita berikan
Nilai kembali puasa sunat kita perhubungan kita dalam kerja ibadat
Nilai juga kerja kita bagai mana gaji kita sedikit kita perlu belanja harian kita lebih besar?
 
Carilah redha kita
Apa yang perlu kita nilai kembali
Adakah hidup tanpa matlamat tidak mahu keredhaan Allah
Apakah tujuan kita hidup di dunia ini tidak ada kembalinya di akhirat ?
Justeruitu setiap orang perlu kena muhasabah dirisendiri fikirkanlah dimana ada silapnya
 
 
Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 12.40 tengah malam
Selasa Tanggal 5hb Januari 2021

DULU KITA GARAM KINI KITA MENJADI ULAT

 



.DULU KITA GARAM KINI KITA MENJADI ULAT
 
Kalau Dahulu
Kitalah garam jantan
Untuk menyelamatkan ikan-ikan
Dari terus berbau busuk berenga dan berulat
Semoga boleh jadi ikan-ikan kering yang tahan dan sedap.
 
Tetapi hari ini
Kitalah ulat berengnga
Menyerang ikan -ikan di pantai
Biar cepat berulat , berengnga busuk berbau
Adakah ini satu agenda dalam hidup kita dijadikan Tuhan?.
 
Marah itu api
Jikalau dituang minyak
Mudah sesangat ianya terbakar
Perlukah kini kita turut bersama bermain api?
Bagi membakar laut, pantai, sampan, pukat dan ikan-ikan .
 
 
Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 9.55 malam
Hari Ahad tanggal 3hb Januari 2021

DIMANAKAH SILAPNYA KITA SEMUA SELAMA INI?


DIMANAKAH SILAPNYA KITA SEMUA SELAMA INI?
 
Dimana silapnya kita semua selama in?
kerana ada di antara kita yang telah pun teperdaya
dengan cerita politik seloka nyanyian puisi taridera
maka terjebak propesional, cendewakan,, doktor,pensyarah,
para guru, kerani, polis, tentera, ahli koprat, sastrawan,
para alim ulamak, tok guru , ustaz, mahasiswa, peniaga
pertani dan nelayan serta rayak jelata keseluruhannya..
 
Dimana silapnya kita semua selama ini?
Semuanya dibantu dari dalam rahim ibu baru kawin,
Jenin dipereksa dijaga, diasuh, dididik, dari sekolah rendah
Shinggalah keperingkat menengah dan pengajian tinggi
Malah dibantu diberi biasiswa, bantuan, hadiah, pingat
Imbuhan, pangkat, gelaran YB, datuk, Tan Sri serta Tun
Atas mengenang jasa dianugerahkan tanah, tapak kediaman,
Kenaikkan gaji menegak,melintang pencen, perkdimatan mereka.
 
Dimana silapnya kita semua selama ini?
Tiba-tiba diserang penyakit kecelaruan minda amat sangat
Sanggup membakar batu api dengan tohmah dan fitnah ?
Beradu domba lantas dilanda tiupan angin kencang tsunami
Sehingga ada yang menikam dari arah depan dan belakang
Tanpa berfikir maka belakulah arus penyokong berpaling tadah
maka berjayalah segala musuh-musuh pemerentah elama ini
kononnya negara tidak Islamic lagi dan penuh berlaku zaliman.
 
Dimana silapnya kita semua selama ini ?
Cuma sekadar mendengar pormokasi tohmah dan finah
atau pun ingin mencari kedudukan atau pangkat dan darjat
atau pun ingin membuat kacau bilau atau porak peranda saja
atau pun  ingin menukar piminpin atau pemerentah sedia ada
atau pun tidak mengerti menilai kenikmatan dan kemewahan
atau pun tidak mengerti mengenang budi pada pemerentahan
atau pun tidak mengerti berterima kasih bersyukur pada Allah?
 
Dimana silapnya kita senua selama ini ?
perlukah kembali kepada keinsafan dan muhasabah diri
menilai dimana kita menjadi perjuang atau pendurhaka
mengapa diantara kita sedang sakit dilanda kecelaruan minda
apakah ini semuanya cuma satu retorik terlalu sukar dinilai
sehingga kini tenat diserang kuman viares penyakit yunit
menjadikan kita semua digelar rasa ketidak ketenangan jiwa
bagaimana mungkin kita dapat untuk masuk ke surga Allah?
 
Oleh; Nuri manja
Catatan jam 12.malam
Sabtu Tarikh 2hb, Januari 2021. 

.BILA KITA DI GUNUNG JANGAN LUPA ORANG DI PAYA.



.BILA KITA DI GUNUNG JANGAN LUPA ORANG DI PAYA.

 
Aku telah banyak melihat
Kehidupan masyarakat orang-orang kita
Bila mereka berada di punca menjadi penghuni gunung
Sering terlupa orang-orang sebangsa kita tinggal di lembah atau paya
Cuma meminta sokongan tanda tangan surat menyurat terasa berat dan susah.
 
Mereka semacam terlupa
Bila gunung ganang juga boleh di runtuh
Mereka yang duduk di atas akan rosak binasa jadinya
Sedangkan orang di lembah sebenarnya terlalu biasa dengan bencana
Hujan lebat banjir besar dan tanah runtuh tanaman musnah kediaman ranap.
 
Sepatut kita menolong
Tidak kira di antara satu sama yang lain
Jangan fikir engkau di puncak atau tinggal di lembah
Kita hidup di dunia ini membena masyarakat yang sederhana watanya
Kerana kita ingin keikhlasan keredhaan bertugas demi dunia dan juga akhirat.
 
 
Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.40 pagi
Hari  Jumaat 1hb Januari 2021