Jumaat, 15 Januari 2021

MUSIBAH BANJIR !



MUSIBAH BANJIR ! 
 
Banjir !
Kini kau datang lagi
Saban tahun kau menganggu kehidupanku
 
Kali ini !
Sudah enam negeri
Menjadi mangsamu menjelang tahun baru.
 
Apa pun!
Aku tetap bersabar
Menilaimu sebagai ujian dalam sejarahku.
 
Kerana !
Tiada siapa pun boleh
Menghalang akan kedatanganmu hari ini .
 
Sebagai !
Makhluk ciptaan Allah
Selain dari berusaha redha dan pasrah.
 
Ingatlah !
Segala musibah Allah
Tentu ada hikmah dan pengajaranNya …….
 
Oleh : Nurimanja,
Catatan jam 6.00 petang
Selasa Tarikh 5hb Januari 2021.

Tiada ulasan: