Ahad, 25 April 2021

.HIKAYAT SUKU BAJO






HIKAYAT SUKU BAJO
Dari Boalemo
 
Suku Bajo
Hikayat Suku Bajo
Berasal dari Riuo Johor
Sampan adalah istana buat mereka
Berkurun lamanya rumah sampan ada budaya keturunan.
 
Pekerjaan
Sudah semestinya
Nelayan  menburu ikan
Dengan berbagai cara dilakukannya
Malah mampu menyelam berjam-jam lama ke dalam lautan.
 
Desa bajo
Tradisinya hebat
Ada pasar hari selasa
Banyak desa lain datang berdagang
Pisang dan singkong kegemran santapan wajib orang bajo.
 
Budayanya
Ada silat dan tarian
Ada 70 pulau berhampiran
hanya satu pulau kecil menjadi syurga
Menjadi tempat perkilahan di Pulau Cintai mencari teman.
 
Oleh Admin Muda,
Catatan pagi melalui online
Hari Rabu Tanggal 7hb April 2021.


KUDAT PANTAI BAK BAK !








KUDAT PANTAI BAK BAK ! 
 
 
Kudat
Punya Pantai Bak Bak
Udara nyaman pantai bersih
Ramai orang datang bersantai sedut udara
Tempat kyalayak berjoging buat mereka yang punya masa.
 
Disini
Ada makanan segera
Terjual di gerai jamu selera
Minuman Begger kentang goring nasi lemak
Rancangan Tumatik haram tidak menjadi di Pantai Bak-Bak.
 
Konon
Katanya orang ramai
Di kunjungi pelawat pagi ini
Jogeng Tumatik tidak jadi berlari pagi ini
Peluh tidak keluar perut pula yang syarat berisi makanan.
 
 
Oleh Geletek Pagi,
Jam 7.00 pagi onlane
Tanggal 12hb April 2021.
 

DULU KITA GARAM KINI KITA MENJADI ULAT




DULU KITA GARAM KINI KITA MENJADI ULAT 
 
Kalau Dahulu
Kitalah garam jantan
Untuk menyelamatkan ikan-ikan
Dari terus berbau busuk berenga dan berulat
Semoga boleh jadi ikan-ikan kering yang tahan dan sedap.

Tetapi hari ini
Kitalah ulat berengnga
Menyerang ikan -ikan di pantai
Biar cepat berulat , berengnga berbau busuk
Adakah ini satu agenda dalam hidup kita dijadikan Tuhan.?

Marah itu api
Jikalau dituang minyak
Mudah sesangat ianya terbakar
Perlukah kita kini turut bersama bermain api
Bagi membakar laut, pantai, sampan, pukat dan ikan-ikan .

Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 9.55 malam
Hari Isnin tanggal 1hb Januari 2018.
 

.TIGA PARTI MELAYU BAGAIKAN DAUN DENDALU



.TIGA PARTI MELAYU BAGAIKAN DAUN DENDALU 
 
Di pohon rendang itu
Ada tiga parti Melayu daun dendalu
Turun sama merimbun dan merendangkan pepohon
Tetapi sayang tidak boleh melanggar reranting dan dedahan yang merendang
Sekadar cuma boleh jadi perhiasan bagaikan sebuah boneka dan patong Tok Pekong sahaja.
 
Apa yang perlu lagi ?
Kita banggakan di pepohon rendang itu ?
Kalau kita cuma sekadar berkongsi kerajasama sahaja
Bagi usaha mencantikkan pepohon rendang selama ini sudah dikenali dihormati
Tetapi kali ini tiga parti melayu sepakat di pohon rendang ini tidak boleh lagi bersuara tinggi.
Biar dunia ketahui?
Sebatang pohong rendang dan hijau ini?
Bukan lagi seperti dahulu yang dikuasai parti orang melayu
Kini mereka kena akur , taat dan patuh pepohon rendang ini tempat menumpang
Bukan lagi seperti dahulu mereka boleh berkuasa dari akar tunjang hingga ke pucuk muda ?
 
Oleh: Pena Runcing,
Catatan jam 6 ptg
Tarikh Selasa 9hb April 2019.


DULU AKU PUN NAKAL!



DULU AKU PUN NAKAL! 
 
Masa belum mumaiyeh!
Memang aku pun nakal dan jahat juga
Ada jambu, belimbing dan buah pelam orang ambil makan
Jumpa sungai atau parit ajak kawan berkubang atau berenang main menyelam
Budak tak sekolah mana tahu hukum haram dan halal apa yang depa jumap boleh makan telan?
 
Bila aku kenang Kembali
Kini baru terasa banyaknya dosaku ?
Tidak tahu dosa yang mungkin berlaku kepada ibu bapaku
Abang dan kakakku adik beradik atau kaum keluarga sebelah ibu dan juga bapa
Sesama manusia jiran tertangga atau tanaman dan haiwan melata termasuk makhluk jamadat?
 
Aku pernah tak sengaja
Sebab terlalulah jahil belajar ihsan ?
Buang anak kucing lempar anak anjing lestik anak burung
Ibu pesan jangan seksa binatang mereka juga makhluk seperti kita ada nyawa
Tetapi aku degil kerana kenakalan Allah memberi penyakit perpanjangan Asma Lelah dan penat?
 
Oleh : Yusma
Ctatan jam 2 petang
Khamis Tarikh 8hb April 2021.
   


Khamis, 15 April 2021

SUKU DAYAK MUSLIM KALIMATAN TENGAH?




SUKU DAYAK MUSLIM KALIMATAN TENGAH? 
-Ziarah desa tewang papari
 
Desa tewang papari
Kami ingin sangat mencatat puisi
Bersama youtube Bayu Samudra ziarah onlane.
 
Secara rengkas saja
Sungaimu nampak mengalir tenang
Menaiki ferry ke seberang melihat pohon durian.
 
Berjalan kaki sahaja
Yot! Melihat penghuninya yang pemalu
Bersama anak gadisnya yang catik nampak segan
 
Sesekali disapa Bayu
Yot dan Gay masih juga malu dan segan
Melihat anak-anak bermain goli kaca dalam keriangan
 
Rumah papan bantu
Tersusun cantik dengan desa yang aman
Lihat tempat jemuran padi dan tunggu durian berbuah
 
Yot! Bayu Samudra,
Makasih banyak Bersama ziarah onlane
Jumpa lagi jikalau punyai kesempatan waktu perlu diisi.
 
Catatan Yusma
Bernaung di Youtube  Nurimanja
Jam
 12 tengah hari Tanggal 8hb April 2021.
 

.KAMPUNG HUTAN PEREMPUAN MENCARI KERANG




KAMPUNG HUTAN PEREMPUAN MENCARI KERANG 
 
Di kepulauan Indonesia
Ada sebuah kampung Enggros
Di sana ada hutan perempuan mencari kerang ?
Tidak dibenarkan peria atau lelaku mendekatinya akan di denda ?
Agak aneh dan mengkagumkan bila di Kawasan itu khas untuk perempaun sahaja.
Di hutan perempuan ini mereka ada pemeriksaan jantina di kuala untuk masuk bagi mengesahkan
 
Kerana adat resamnya
Diwarisi daripada nenek moyang
Sehingga telah pun berlaku sejak turun temurun ?
Hutan perempuan tempat mereka melepaskan rasa tertekan ?
Kerana di rumah mereka terkongkong mengikut arahan tanpa berani bantahan .
Disini mereka bebas tanpa celana menyelam , bernyanyi sambal mencari kerang sebagai rezeki.
 
Jikalau ada perianya
Cuba menyeludup mencuri masuk
Para perempuan yang terlihat akan menjerek ?
Apabila muka peria itu  dapat dicamkan  akan di hukum denda  ?
Tiga denda dikenakan oleh ketua kampung manik berharga hitam, hijau dan kuning.
Justeruitu tidak siapa diantara peria yang berani masuk di Kawasan pulau hutan perempuan itu
 
Oleh Pena Utara .
Catatan Ziarah On lane
Pagi jam 11,  Khamis 8hb April 2021



HIKAYAT SUKU BAJO









HIKAYAT SUKU BAJO 
Dari Boalemo
 
Suku Bajo
Hikayat Suku Bajo
Berasal dari Riuo Johor
Sampan adalah istana buat mereka
Berkurun lamanya rumah sampan ada budaya keturunan.
 
Pekerjaan
Sudah semestinya
Nelayan  menburu ikan
Dengan berbagai cara dilakukannya
Malah mampu menyelam berjam-jam lama ke dalam lautan.
 
Desa bajo
Tradisinya hebat
Ada pasar hari selasa
Banyak desa lain datang berdagang
Pisang dan singkong kegemran santapan wajib orang bajo.
 
Budayanya
Ada silat dan tarian
Ada 70 pulau berhampiran
hanya satu pulau kecil menjadi syurga
Menjadi tempat perkilahan di Pulau Cintai mencari teman.
 
Oleh Admin Muda,
Catatan pagi melalui online
Hari Rabu Tanggal 7hb April 2021.

BERTAJUK: MAT BAT




BERTAJUK: MAT BAT
 
Mat Bat
Punya punyai biola
Kecintaanya terlalu luar biasa
Pada kehidupan seni bermain biolanya
Begitu asyik sehingga Mat Bat melupakan segala.
 
Asyiknya
Boleh bawa hanyut
Bersama usia  setengah abad
bunyi gesek biolanya bagaikan kekasih.
Cukup ghairah dan menpersonakan pada hatinya.
 
Bila Irama
Biolanya dimainkan
Berdesing  dipentas khalayak
Bagai mendapat balasan cinta sucinya.
Satu permainan mengasyikan hingga lalai dan leka .
 
Oleh Nurimanja,
Catatan di Taman Brown , Gelugur
Tarikh hb23  Julai 1983.5/4/2021
 

BOLEHKAN PAKATAN BAWA HARAPAN?





 BOLEHKAH PH BAWA HARAPAN?

Satu satu wujud
Kemudian hilng dan tenggelam
Berbagai parti perjuangan harapan dan pakatan
Konon semuanya untuk rakyat jelata  bukan individu tertentu
Akhirnya terbungkar rahsia  parti kroni dan kaum keluarga nampaknya.
 
Bila PKR dan DAP
Berpaksikan bapa anak isteri
Di Majlis tertinggi dikuasai keluarga dan keroni
Akhirnya segala harapan pada cogankata tinggal begitu sahaja
Kini ahli parti yang bekerja keras selama ini rasa terpedaya dan terseksa .
 
Di mana harapan?
Kalau setiap kali PRU berlaku
Nama parti puak pembangkang bertukar lagi
Demi untuk mengegarkan hati rakyat yang asyik mendengar
sandiwara bersiri daripada pempinan bapa anak isteri dan keroni sendiri.
 
Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 6 petang.
Khamis Tarikh 11hb Januari, 2018.
 
 

 

Isnin, 5 April 2021

SOLAT ITU SATU KETENANGAN

 







SOLAT ITU SATU KETENANGAN
 
Solat itu membersihkan
Dilakukan lima kali dalam sehari semalam
menyerah diri kepada Allah SWT
semoga hatimu menjadi tenang
dapat memantap kekuatan iman,
Solat itu mengarahkan kita
semoga menjauhkan diri dari mungkar
banyak mengerjakan yang makrup
kerana hati yang dsalut ketenangan
akan diredhai masuk ke syurga Allah.
 
Oleh ; Nurimanja,
catatan kuliah pagi hari,
dari penceramah bebas 2021

SELEMBUT AIR BIASA JADI SEKILAS THSUNAM






SELEMBUT AIR BIASA JADI SEKILAS THSUNAMI 
 
Lihat bila gunung ganang
Yang teguh dan kukuh hancur
Menjadi debu halus yang berterbangan
Bumi menjadi rata dan mendatar
Itulah pertanda Allah S.W.T amat maha kuasa.
 
Bila gunung berapi merletup
Keadaan di bawah lautan bertukar
Ombak besar menjadi api ganas
Lalu menyerang pantai sebagai thsunami
Masa itu manusia untuk sujud sudah terlewat.
 
Kita tidak lagi kenal saudara mara
lari membawa diri sendiri untuk selamat
bagaikan orang dirasuk penyakit gila
masa itu segalanya tidak berarti lagi
itulah kekuasaan Allah SWT ke atas hambaNya.
 
 
Oleh: Nuri Manja
Catatan 21 Ogos 2015?11/3/2012
Jam 5.35 pagi khamis.



DULU KAMILAH PEMBAWA PANAH









CATATAN SEPONTAN PUISI HUJUNG MINGGU INI
DULU KAMILAH PEMBAWA PANAH
 
Jika Atok seorang wira
Kamilah pengering yang setia
Membawa panah , kuda dan mengiringinya
Kami sanggup bergadai nyawa asalkan Atok terus berkuasa.
 
Tetapi hari ini tiada lagi
Semangat juang telah hilang
Bagaikan telah dilanda tiupan agin kencang
Panah kuda tiada lagi disisi semua telah pun dimusnahkannya.
 
Kerana rasa kekecewaan
Cukup sakit dan tenat dalami
Pedih luka parah di hati ini bukannya sedikit
Setelah Atok berjaya berkuasa kembali Atok lupa segala janji?
 
 
Oleh Pena Runcing
Dulu kami pemuja idola Atok
Kini patah hati terus kecewa 31/3/2019. .

 

CUMA TINGGAL KENANGAN ( MAT BAT)





CUMA TINGGAL KENANGAN ( MAT BAT)

 

Mat Bat
Punya punyai biola
Kecint
aanya terlalu luar biasa
Pada kehidupan seni bermain biolanya
Begitu asyik sehingga Mat Bat melupakan segala.
 
Asyiknya
Boleh bawa hanyut
Bersama usia  setengah abad
bunyi gesek biolanya bagaikan kekasih.
Cukup ghairah dan menpersonakan pada hatinya.
 
Bila Irama
Biolanya dimainkan
Berdesing  dipentas khalayak
Bagai mendapat balasan cinta sucinya.
Satu permainan mengasyikan hingga lalai dan leka .
 
Oleh Nurimanja,
Catatan di Taman Brown , Gelugur
Tarikh hb23  Julai 1983.5/4/2021
 

 


BOLEHKAN PAKATAN BAWA HARAPAN?



BOLEHKAN  PAKATAN  BAWA HARAPAN?
 
Satu satu wujud
Kemudian hilng dan tenggelam
Berbagai parti perjuangan harapan dan pakatan
Konon semuanya untuk rakyat jelata  bukan individu tertentu
Akhirnya terbungkar rahsia  parti kroni dan kaum keluarga nampaknya.
 
Bila PKR dan DAP
Berpaksikan bapa anak isteri
Di Majlis tertinggi dikuasai keluarga dan keroni
Akhirnya segala harapan pada cogankata tinggal begitu sahaja
Kini ahli parti yang bekerja keras selama ini rasa terpedaya dan terseksa .
 
Di mana harapan?
Kalau setiap kali PRU berlaku
Nama parti puak pembangkang bertukar lagi
Demi untuk mengegarkan hati rakyat yang asyik mendengar
sandiwara bersiri daripada pempinan bapa anak isteri dan keroni sendiri.
 
Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 6 petang.
Khamis Tarikh 11hb Januari, 2018.