Ahad, 25 April 2021

DULU AKU PUN NAKAL!



DULU AKU PUN NAKAL! 
 
Masa belum mumaiyeh!
Memang aku pun nakal dan jahat juga
Ada jambu, belimbing dan buah pelam orang ambil makan
Jumpa sungai atau parit ajak kawan berkubang atau berenang main menyelam
Budak tak sekolah mana tahu hukum haram dan halal apa yang depa jumap boleh makan telan?
 
Bila aku kenang Kembali
Kini baru terasa banyaknya dosaku ?
Tidak tahu dosa yang mungkin berlaku kepada ibu bapaku
Abang dan kakakku adik beradik atau kaum keluarga sebelah ibu dan juga bapa
Sesama manusia jiran tertangga atau tanaman dan haiwan melata termasuk makhluk jamadat?
 
Aku pernah tak sengaja
Sebab terlalulah jahil belajar ihsan ?
Buang anak kucing lempar anak anjing lestik anak burung
Ibu pesan jangan seksa binatang mereka juga makhluk seperti kita ada nyawa
Tetapi aku degil kerana kenakalan Allah memberi penyakit perpanjangan Asma Lelah dan penat?
 
Oleh : Yusma
Ctatan jam 2 petang
Khamis Tarikh 8hb April 2021.
   


Tiada ulasan: