Isnin, 31 Januari 2022

AGENDA GERAKKAN BUMI HANGUS





AGENDA GERAKKAN BUMI HANGUS 
 
2014
Ternyata kini
Gerakkan menjadi
Skerip telah pun disediakan
Menanti pelakun dan watak utama saja
 
2018
PRU14 sukses
Percaturan skrip
Tahun 2014 dilakonkannya
Dalam Agenda Gerakkan Bumi Hanggus.
 
2022
Setahun lagi
Akan tamat PRU14
Musuh utama telah tumbang
Satu kejayaan besar buat keroni Saka.
 
2032
Ada gembur!
Dewan digugurkan
PRU15 mahu diadakan segera
Sudah ada rancang rapi saripada Saka.
 
Oleh : Pena Utara
jam 7. 0 pagi
Hari salasa 18hb Januari, 2022.


TAHUN BARU DATANG LAGI?




 TAHUN BARU DATANG LAGI? 
 
Saban tahun
Kita menyambut tahun baru?
Tetapi adakah sikap kita telah berubah
Masihkah kita tidur bantal yang sama bentuknya
Sudahkah kita berpindah dari kehidupan susah menjadi senang?
 
Jikalau tidak
Kita masihjua tidak berubah?
Masih juga berada di tahap yang lama
Masih juga berada di bumbung rumah yang sama
Langsung tidak ada perubahan dalam kehidupan kita seharian ?
 
Mampukah kita
Sebelum datang tahun baru?
Kita sepatutnya perlu dahulu berubah
Jangan tunggu tahun baru untuk berubah sikap
Pasti segalanya tidak berubah hingga ke tahun baru datang lagi?
 
 
Oleh : Qalam Mutiara
jam 7. petang
Hari sabtu 16hb Januari, 2022.
 
 

                                                               

MASALAH MELAPORKAN KEPASA ALLAH SWT









MASALAH MELAPORKAN  KEPASA ALLAH SWT 
 
Asalnya
Kini kita berkeluarga
Tetapi bila datang hari yang dipisahkan
Kita semua akan bersindirian tidak ada lagi bantu membantu
Masing-masing kita membawa diri macam mana kita datang dahulu bersendirian ?
 
Ternyata
Sumpah demi masa .
Waktu subuh, waktu Dhuha waktu malam
Semuanya  ada satu  kaiatan dalam kehidupan kita  seharian
Bila kita pulang , berehat  bersama keluarga , esok kita bangun dan mula bekerja ?
 
Justeru
Kita kena ingat akan
Ada peristiwa tetap berlaku akan berlaku
Hari-hari yang telah ditetapkan  har-hari yang akan  datang
Kita semua akan dinilai akan diperhitungkan baikatau  jahat di hadapan Allah SWT ?
 
 
Oleh Qalam Mutiara
Catatan jam 11.10 pagi
Hari Jumaat Tarikh 14/1/2022
 

Sabtu, 29 Januari 2022

ALLAH MURKA KITA SEMUA?






 


ALLAH MURKA KITA SEMUA? 

Ingat demi masa
Bila ada pemimpin manusia
Berjiwa hitam hati busuk dan hasad dengki
Maka berlakulah bala musibah penyakit berjankit dan banjir kilat
Kerana nawaitunya juga sering menyempang dari mendapat keredhaan Allah SWT.
 
Justeruitu perlu!
Kini setiap umat manusia
Kita tingkatkan ilmu ukhrawi dan duniawi
Biar kata orang dahulu kala akhirat kita dijunjung dunia di kelek
Semoga kita tidak pun rugi sama ada di dunia dan juga di hari akhirat Allah SWT.
 
Untuk mendapat
Sebuah negara diidamkan
Cahaya nur al Quran mesti diisikan dahulu
Dalam setiap hati nurani umat yang bertakwa kepada Allah SWT
pemimpin berakhlak amat penting barulah dapat Balladun Thaiyibatun Rarabbul Ghafur
 
Oleh Admin Muda
Catatan jam 7.30 pagi
Hari Khamis Tarikh 13/1/2022

MENTARI TAHUN 2022 MENCERITAKAN








MENTARI TAHUN 2022 MENCERITAKAN 
 
Demi masa!
Manusia dalam kerugian
Mentari Tahun 2022 telah memaparkan
Satu demi satu pembongkaran kerja onar dan mungkar
Kini penyakit kecelaruan minda rakyat jelata selama ini akan terjawab ?
 
Kini lihat !
Tembelang telah pecah
Lepas datu tambah satu lagi tembelang
Cerita yang ditulis skrip sejak tahun matahari 2014 lagi
Satu agenda terancang dalam usaha konspirasi menjatuhkan Boissku  ?
 
Kini nyata!
Kebenaran mendesak
Tahun, bulan minggu hari dan Keadaan
Telah melondehkan semua kerja onar dan mungkar ini
Maka ramailah muka yang bertopengkan pakat kedudukan mulai kantoi ?
 
 
Oleh Pensel Kontot
Catatan jam 7.30 pagi
Hari Khamis Tarikh 13/1/2022


Sabtu, 15 Januari 2022

SEKOLAH PONDOK DULU DAN KINI

 


SEKOLAH PONDOK DULU DAN KINI 
 
 
Waktu dulu
Pamanku di sekolah Pondok
Songkok putih baju melayu pakai kain saja
Kami tinggal di pondok kecil dinding papan bumbung adap
Setiap seorang mempunyai sebuah pondok masak sendiri makan apa yang ada ?
 
Waktu kini
Kawanku di sekolah Pondok
Sudah moden pelajar tinggal  di asrama
Makan minum semuanya telah disediakan oleh pengelola
Tidur tepat waktu belajar juga mengkut system tertentu mengikut peratoran ?
 
Pelajar dulu
Mungkin tertumpu pada khas
Ilmu keagamaa tentang usuludin Tauhid,
Fehkan Tasaup Tafser Al Quran, hadis Nabi ilmu mantek
Berbeza sekolah pondok kini selain keagamaan ada akedemek ilmu keduniaan ?
 
Oleh Suara Pulau
Catatan jam 2.00 petang
Hari Rabu Tarikh 12/1/2022.


TERIMA KASIH LORI SAMPAH !







 TERIMA KASIH LORI SAMPAH !

Saban pagi
Bila aku buka jendela
Sering terlihat lori angkut sampah
Aku pun terfikir bertan sehari orang buang sampah
Kalau di taman ini tidak ada lori angkut sampah pasti kita tenggelam dalam sampah?
 
Terimalah
Sebuah ucapan kami
Terima kasih banyak lori sampah
Penghuni rumah taman sepatutnya kena Kerjasama
Jangan buang sampah merata tempat ikutlah peraturan yang telah ditetapkannya ?
 
Jika tiada
Lori angkut sampah
Jadilah kita taman sampah sarap
Pasti bau busuk satu taman akan dapat kita rasainya
Berterima kasihlah kepada MPPP dan pekerjanya yang cekap taat setiasa bekerja ?
 
Oleh Suara Pulau
Catatan jam 2.00 petang
Hari Selasa Tarikh 11/1/2022.


SEORANG PENINJU TUA DIHUJUUNG SENJA ?

 








SEORANG PENINJU TUA DIHUJUUNG SENJA ? 
 
Aku melihat ?
Seorang tua dihujung senja
Sengaja bermain menepuk air di daun keladi
Setelah puas meludah ke langit mengata dulang paku serpeh
 
Dahulu beliau ?
Seorang ahli tinju terhebat
Mudah saja menumbangkan musuh seterunya.
Malah sehingga tiada lagi musuh lalu dirnya.i sendiri ditinjunya
 
Kini bersama ?
Dahagi usianya menjangkau
Ke 100 tahun beliau masih mampu melepaskan
Tumbukkan padu bagi menumbangkan seterunya tanpa lawan.
 
Kini mungkin ?
Dia berasa puas dan lega
Kerana setakat ini tiada siapa pun yang menang
Sehingga kini dia bercadang bagi menumbangkan peninju ke 9
 
Oleh Suara Pulau
Catatan jam 2.30 petang
Hari minggu Tarikh 9/1/2022.


BILA PUCUK BERMAIN RIBUT ?





 


BILA PUCUK BERMAIN RIBUT ? 
 
Sebatang pokok ?
Punya dau bunga buah dan pucuk
Semuanya bagi merendang dan mencantikan pokok-pokok .
Akar tunjang ,akar serabu , akar baner ,akar berceracak semuanya berfungsi
Biasanya berbakti kepada sebatang pokok yang dijadikan Allah sebagai mahkluk alam jamadat ?
 
Tetapi kalaulah ?
Puncuknya yang di atas sekali itu
Selalu bermain rebut angin kencang sering menggegarkan.
Apakah tidak mungkin pucuk-pucuk dibawah turut sama ikut bermain rebut ?
Justeruitu bila sebatang pokok pucuknya digegar agin rebut sudah menjadi budaya biasa saja?
 
Jangan hairan ?
Kalau  sebatang pokok tumbang?
Dipukul oleh angin rebut kencang jarang orang bertanya ?
Dimana pucuk atasannya dan pucuk bawahannya melainkan buat diam lupa ?
Itulah sedang kita amalkan budaya pucuk pokok atasan dan bawahan bermain rebut kencang ?
 
Oleh Pena Runcing.
Catatan jam 6.00 pagi
Hari Khamis 6hb Januari 2022.

MATAHARI AKHIR DIHUJUNG TAHUN 2021.




 
 MATAHARI AKHIR DIHUJUNG TAHUN 2021.
 
 
Maafkan daku
Sepanjang tahun 2021 ini
Aku gagal mencatat kisah yang menarik
Apatah lagi untuk menghasilkan sebuah puisi yang luar biasa
Sesungguhnya aku memang gagal memperbaiki diri dalam mecatatkan puisi yang puitis ?
 
Maafkan daku
Buat rerakan dalam Fb!
Aku memang sudah berusaha sebaiknya
Tetapi kemelut kekalutan sesungguhnya begitu hebat datang
Selepas datang satu ? Datang pula satu lagi ? Sehingga aku gagal mengatasi semuanya ?
 
Maafkan daku
Matahari akhir tahun !
Aku sekadar dapat mencatat 175 puisi
Malah tiada sebuah pun antologi puisi aku dapat mencetaknya
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini sekerangnya sebuah dua dapat aku menghasilnya ?
 
 
Oleh Qalam Mutiara
Catatan waktu jam 4.00 petang  
Tanggal Jumaat 31hb Disember 2021.


Rabu, 5 Januari 2022

TENGOK LANGIT CANTIK?







TENGOK LANGIT CANTIK? 
 
Langit yang kita tengok
Saban hari  cantik tapi satu hari bertukar jadi cair
tembaga cair ini  jatuh menimpa di atas kepala kita lari menyalamatkan diri ?
 
Begitu juga bukit bukau
gunung ganang Bertukar menjadi bulu terbangan
Mereka tidak inga tapa lagi melainkan selamat diri sendiri dari balamusibah ?
 
Bila di hari kiamat nanti
Semua orang menjaga hal diri masing masing saja
Bila hari kiamat semuanya mereka akan lari dari ibu , anak dan isteri sendiri ?
 
Apabila diakhir Kiamat
Allah bangkitkan dua gulungan bergembira bersedih
Bagi yang bergembira muka bersiri dan Bagi yang bersedib bermuram durja ?
 
Kata Nabi hari Qiamat
Semua manusia tidak mengambil tahu  hal yang lain
Semua ingin selamatkan diri masing-masing darpada seksa  azab Allah .SWT.?
 
Oleh Qalam Mutiara
Catatan waktu jam 4.00 petang  
Tanggal Selasa  28hb Disember 2021.



SAH ALAM

 






 SAH ALAM  
 
Sah  Alam!
Kini daerahnu cemas
Dilanda musibah bencana alam
Bajir besar luar biasar tidak pernah dialami
Ternyata kini satu peristiwa yang sukar penghunimu melupai ?
 
18/12/2021
Ingatkan satu gurauan
Hujan turun air melimpah naik
Tetiba menjadi luar biasa ganas dan dahsat
Apa sahaja yang ada melintang lalu dan  membujur Langkah ?
 
Kekalutan!
Berada dimana -mana
Kebimbangan menyuasai diri
Hati jadi resah gelisah bimbang dan gundah
Kereta hanyut , rumah tenggelam harta gagal siselamatkan ?
 
Bencana ini
Sudah pun ditakdirkan
Oleh Allah S.W.T ke atas kita
Ada yang terseksa, kehilaangan terkorban
Sebagai manusia cuma mampu pasrah kepada kehendakNya ?
 
Oleh Qalam Mutiara
Catatan waktu jam 4.30 petang  
Tanggal Khamis  23hb Disember 2021


 


UMNO TOLAK KLUSTER APEK LEMPANG?





 



 UMNO TOLAK KLUSTER APEK LEMPANG? 
 

Negaraku kini
Kalut dilanda kemelut ?
Soal Covis 19 belum lagi pulih 100%
Banjir besar ganas luar biasa pula melanda negara ?
Bersama politik mabuk kuasa cantas mencantas masih juga belum reda ?
 
Bencana kini
Penyakit vairas Covid 19 ?
Hamper juga menunjukkan ribuan ?
Berbagai cara dan Tindakan di laksanakan kerajaan?
Tetapi masih degil dan enggan meninggalkan negara tercinta Malaysia ini?
 
Bencana ke 2
Banjir besar luar biasa ?
Menyerang dengan pantas tuntas ?
Menjadi mangsa paling teruk negeri kurang persediaan?
Rakyat tidak menduga kerugian harta benda nyawa juga turut terkorban ?
 
Dalam UMNO
Pun masih dicurigai ?
Kerana ada kluster Apek Lempang .
Paling parah jika UMNO akan berpecah menjadi dua ?
Pastinya UMNO asal akan bangkit menolak puak  kluster Apek Lompang ?
 
Oleh Suara Pulau
Catatan waktu jam 4.00 petang  
Tanggal Rabu  22hb Disember 2021.

HIDUP INI ADA UJIANYA





 



HIDUP INI ADA UJIANYA 
 
Perlu ingat!
Hidup ini ada ujiannya
Tiap orang tidak akan terlepas
Segala macam musibah sebagai ujian Allah.
 
Perlu Ingat!
Tiada kejayaan bagi kita
Kalau tidak ada ujian getel dulu
Tiada tuah yang datang mengolek untuk kita.
 
Perlu Ingat!
Kejayaan yang sebenar
Hasil susah payah menghadapi
Segala masalah dan musibah yang mendatang.
 
Perlu ingat!
Tiada akan dapat sagu
Kalau tidak dipecahkan royong
Tiada kejayaan jikalau tidak ada ujian sebenar.
 
 
Oleh Suara Pulau
Catatan waktu jam 6.55 pagi
Tanggal Selasa 21hb Disember 2021.