Sabtu, 15 Januari 2022

SEORANG PENINJU TUA DIHUJUUNG SENJA ?

 








SEORANG PENINJU TUA DIHUJUUNG SENJA ? 
 
Aku melihat ?
Seorang tua dihujung senja
Sengaja bermain menepuk air di daun keladi
Setelah puas meludah ke langit mengata dulang paku serpeh
 
Dahulu beliau ?
Seorang ahli tinju terhebat
Mudah saja menumbangkan musuh seterunya.
Malah sehingga tiada lagi musuh lalu dirnya.i sendiri ditinjunya
 
Kini bersama ?
Dahagi usianya menjangkau
Ke 100 tahun beliau masih mampu melepaskan
Tumbukkan padu bagi menumbangkan seterunya tanpa lawan.
 
Kini mungkin ?
Dia berasa puas dan lega
Kerana setakat ini tiada siapa pun yang menang
Sehingga kini dia bercadang bagi menumbangkan peninju ke 9
 
Oleh Suara Pulau
Catatan jam 2.30 petang
Hari minggu Tarikh 9/1/2022.


Tiada ulasan: