Sabtu, 15 Januari 2022

MATAHARI AKHIR DIHUJUNG TAHUN 2021.




 
 MATAHARI AKHIR DIHUJUNG TAHUN 2021.
 
 
Maafkan daku
Sepanjang tahun 2021 ini
Aku gagal mencatat kisah yang menarik
Apatah lagi untuk menghasilkan sebuah puisi yang luar biasa
Sesungguhnya aku memang gagal memperbaiki diri dalam mecatatkan puisi yang puitis ?
 
Maafkan daku
Buat rerakan dalam Fb!
Aku memang sudah berusaha sebaiknya
Tetapi kemelut kekalutan sesungguhnya begitu hebat datang
Selepas datang satu ? Datang pula satu lagi ? Sehingga aku gagal mengatasi semuanya ?
 
Maafkan daku
Matahari akhir tahun !
Aku sekadar dapat mencatat 175 puisi
Malah tiada sebuah pun antologi puisi aku dapat mencetaknya
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini sekerangnya sebuah dua dapat aku menghasilnya ?
 
 
Oleh Qalam Mutiara
Catatan waktu jam 4.00 petang  
Tanggal Jumaat 31hb Disember 2021.


Tiada ulasan: