Sabtu, 29 Januari 2022

ALLAH MURKA KITA SEMUA?






 


ALLAH MURKA KITA SEMUA? 

Ingat demi masa
Bila ada pemimpin manusia
Berjiwa hitam hati busuk dan hasad dengki
Maka berlakulah bala musibah penyakit berjankit dan banjir kilat
Kerana nawaitunya juga sering menyempang dari mendapat keredhaan Allah SWT.
 
Justeruitu perlu!
Kini setiap umat manusia
Kita tingkatkan ilmu ukhrawi dan duniawi
Biar kata orang dahulu kala akhirat kita dijunjung dunia di kelek
Semoga kita tidak pun rugi sama ada di dunia dan juga di hari akhirat Allah SWT.
 
Untuk mendapat
Sebuah negara diidamkan
Cahaya nur al Quran mesti diisikan dahulu
Dalam setiap hati nurani umat yang bertakwa kepada Allah SWT
pemimpin berakhlak amat penting barulah dapat Balladun Thaiyibatun Rarabbul Ghafur
 
Oleh Admin Muda
Catatan jam 7.30 pagi
Hari Khamis Tarikh 13/1/2022

Tiada ulasan: