Jumaat, 30 April 2010

PUISI SAFAAT ALLAH SWT


Tidak ada siapa pun yang boleh diberi safaat
melaikan dengan izin kuasa dan kehendak Allah
cuma buat mereka yang paling taat dan redha
takut patuh, tunduk akan segala perentah Allah.
 
Para malaikat dimuliakan disisi Allah SWT
kerana ketaatan yang terlalu tinggi nilainya
mereka bukan anak Allah seperti didakwakan
Ini cuma rekaan gulungan kaum musrikun saja
 
Jangan kamu sangka malaikat itu Allah
Sesungguhnya Allah akan menghukumkan
kaum musrikun dengan azabnya yang pedeh
kerana mengata malaikat anak perempuan Allah.

Oleh : Nurimanja,
tujuh Rabiulawal, 1431.
jam 12 .30 tengah malam sepi.

Khamis, 29 April 2010

APA BENARKAH?


Manusia paling bijak
banyak mengingati mati
dan bersedia menghadapinya.

Manusia paling rugi
banyak mengumpul harta
kurang pula untuk memfaatnya.

Manusia paling jahil,
banyak mengejar  kehidupan
engan pula menerima kematian.

Oleh ; Nurimanja,
Catatan dinihari 2010,
Pulau Mutiara, Salam 1Malaysia.

Rabu, 28 April 2010

SIAPA SI JUT DAN MAKJUT KECIL ITU?


Siapakah mereka yang menyamar dan bergelar itu
ingin menjadi juara gaya ala si jut dan makjut ini?,
adakah mereka yang suka melakukan kerosakkan
umpat, cela, fitnah, thomah, putar belit di muka bumi
mereka juga terdiri daripada golongan anak nabi Adam.

Orang-orang yang beriman dan orang soleh juga lebur
pasti akan hancur bila terkena budaya pujuk rayu ini
yang dicetuskan  tanpa guru,  pensyarah, atau maulana
cuma lahir daripada rasa hasad dengki, dendam kesumat,
Dajal juga bisa membawa kehancuran suka membohongi.

Bila Allah telah murka lalu diturunkannya  hujan asid
kelaparan pun berlaku, mereka tidak kenal lagi Allah,
lalu Allah mengerimkan lagi hujan  sebagai pembersih
kemudian mereka hancur dan Allah ulangi lagi hujan itu.
sehingga Allah ganti pula dengan jenderasi yang lain, Amin.

Oleh : Nurimanja,
subuh sapei, sebelum azan
berkumandang, pagi 25/4/2010.

Selasa, 27 April 2010

TONG-TONG SAMPAH


Tong-tong sampah,
sentiasa menanti untuk diisi
tin kosong, kotak pecah, beg sampah,
semuanya berselerakan bergelepangan.

Pekerja lori sampah,
sering  serapah menyumpah,
kerana sikap tidak berdisplin penghuni,
sampah berselerakan di sekeliling rumah.

Sampah menembun,
sepatutnya kerja kita bersama
untuk menjaga kebersihan alam sekitar,
buat menyehatkan mata di bumi hijau kita.

Oleh ; Nurimanja,
Bersama Menjaga Alam Sekitar, 2010.
Memelihara Falora dan fawana di bumi Hijau.
DI Taman Perumahan , Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Isnin, 26 April 2010

SEMUA MAKHLUK MENYANYIKAN PUISI ZIKERULLAH


Semua makhlauk di alam ini bisa berlagu puisi zikrullah
pernahkah anda dengar akan nyanyian puisi zikirullah?
lagu-lagu pemujian berirama pumujaan pada maha suci
ingat ketika dalam tidur, jaga, diam, duduk, dan berdiri


setiap lontaran suara bagai pagar dinding pada hatinya
menjadi terlalu kental sukar untuk ditembusi dari gudaan
segala bujukan syaitan ataupun  godaan iblis laknatullah
tidak bisa kerana bibir dibasahi, tasbih, tahmit,tahlil, takbir.


Sebenarnya pokok, beburung, serangga dan ikan di lautan
semuanya menyanyikan puisi ini pada waktu pagi dan petang
cuma kita  yang bergelar manusia masih pekak, bisu dan tuli
dan berat lidah, ingkar hati untuk menyebut puisi zikrullah ini.


Hanya orang beriman sering menyanyikan puisi zikrullah ini
kerana hatinya tersentuh mendengar ayat-ayat Allah dibacakan
lalu seluruh tubuh mereka menjadi gementar , kecut dan takut
keangkuhan terlerai, begitulah rasa penghayatan puisi zikrullah.


Oleh : Nurimanja,
malam  sebelum tidur,
18hb, April, 2010 jam 12.30

Ahad, 25 April 2010

APAKAH JADAHNYA?

- renungan anakmuda-

Apakah jadahnya!
manusia yang terlebih ajar,
belum dapat memerentah negara
sudah berani mencabar insitusi raja.

Apakah jadahnya!
lidah yang suka putar belit,
umpama hidup ini tiada bertuhan
bagaikan sebuah negara tidak beraja.

Apakah jadahnya!
bila digelar yang berhormat,
kini tidak ada ciri untuk dihormati
perlukah kita kekalkan duduk dikerusi.

Apakah jadahnya!
hidup jadi pengkianat negara,
melukai hati anak jendarasi muda
mencatat sejarah memalukan bangsa.

Oleh : Nurimanja,
Catatan cerita menjijikan,
Pelihanraya kecil hulu Selangor.
Rasa sedih jika ada orang bergini 25/04/2010

BILA AKU BERADA DI HUJUNG DUNIA


Begitulah keadaanya,
bila terlalu jauh mengambara
merentas hutan onak duri belantara,
hidup mendaki gunung bukit lurah dan paya
berbagai kerenah keanihan tidak pernahaku lihat
bagai tidak ada sutupun yang ada di benak manusia,

Tiba-tiba kembaraku,
langkah ini terpaksa terhenti
bagaikan perjalananku telah habis,
aku berada di tempat tinggi di tepi tebing
pada paras dada awan di bawah pepohonan hijau
bagai tiada lagi tempat yang kakiku boleh melangkah,

Perjalanaku terhenti,
aku terdengar suara berkata
kau telah sampai di hujung dunia,
terasa gusar gundah dan cemas melihatnya
segera aku berundur  meninggalkan tempat ngeri
sebenarnya itulah sebuah mempi yang anih aku alami,

Oleh : Nurimanja,
catatan dalam mimpi ngeri,
lupa tarikh malam dan hari,  tahun 2009

Sabtu, 24 April 2010

ARAK ITU PENYAKIT.


Arak itu najis,
Ibu segala kejahatan
Seperti melakukan perzinaan
Dengan ibu, makcik dan saudara perempuan
Jauhkan dari minum arak
Kerana tabiatnya sama dengan menymbah behala,
syirik, tenun nasib, berkata dusta dan pekerjaan najis,

orang yang mminum arak di dunia ini
sukar untuk meminum air telaga zamzam.
Arak juga bagai air kencing syaitan
Sesiapa yang meminumnya biasa hilang pertimbangan
Anak disepak , isteri dipukul dan diterajang.
Brcakap tanpa befikir bagai hilang ptimbangan
Melakukan apa saja diarah oleh syaitan
Sangup berzina  dengan anak bini isteri orang

Terlalu banyak minum mata jadi merah
Pertimbangan badan tidak seimbang
Berjalan condong royong bagai hendak tumbang,
Kerana kewarasannya hilang akibat peraman anggur merah
Yang telah membakar segala urat sarap menjadi mudah marah.
Dan amat berbeza dengan kemanisan minuman arak dalam syurga.

Oleh; Nurimanja,
Catatan  kuliah dari penceramah bebas,
Pada Tangal 2hb dua belas dua ribu sembilan.

KISAH CINTA ORANG TUA


Pak Hasan,
seorang tua yang tampan
berjalan mengunakan kaki tiga
tidak pernah menghiraukan arus dunia
cuma mencari roti canai mengisi perut kosong.

Isterinya Tok Teh,
seorang tua bertenaga
berjalan tanpa bantuan tongkat
masih boleh ketawa dan berjenaka
inilah berkat doa anak cucu cicit dan piutnya.

Mereka berdua ini,
sepasang suami isteri
telah memadu cinta  lebih 80an
saban pagi berduan menyedut udara
tidak perdulikan kekalutan dunia di depan mata.

Oleh : Nurimanja,
Dari Jendela kaca,
Aku mencatat cerita. 2010.

Jumaat, 23 April 2010

KEMBARA BERSAMA KEGUNDAHAN



Satu kembara bersama kegundahan
menyeliputi zaman dan musim-musim
sesekali aku terasa penuh mencabar
dalam perjalanan yang penuh keharuan
membuat aku sesat dirimbun pemujaan.

Mengapa mesti ada lontaran suara hati
dari bibir mogel yang aku tidak mengerti
kerana berjalan dicelah rimbun pemujaan
sudah pastilah biasa membakar hatinurani
sewaktu kekalutan di denyut nadi jatungku

kalau esok atau lusa aku sering melupai diri
jangan biarkan saja  aku terus tersungkur
atau pun terbakar hangus dalam api bara
siramilah air semoga cerita ini menjadi abu
apabila kering biar terbang menjadi dedebu

aku sering takut pada keraguan yang sidikit
kerana dalam pegembaraan gundah gulana ini
sesiapa pun  terharu pada pumujaan dan pujian
apatah lagi aku sendiri tiada pernah mengenali
siapakah bersaniwara di dunia tidak abadi ini.

Oleh : Nurimanja,
sajak lahir jam 4 .00 sorey.
waktu Malaysia, 19hb, Mei, 1974

Khamis, 22 April 2010

BUKANKU PINTA KECACATAN INI

-buat OKU di blog sahabar CR-
 
Jika aku orang yang ditaqdirkan
Bukanlah hidup sebegini yang aku pinta
Tetapi suratan taqdir telah ditentukan
Aku terima sebagai satu ujian tuhan

Biar aku ingin bangkit dari kemelut ini
Walaupun bukan sebagai perwira gagah
Tetapi cukuplah sekadar tidak meminta
Kami mahu bentuk hidup seperti orang lain

Izinkanlah kami wahai Tuhan pencipta alam
Mempunyai keluarga isteri, anak dan  harta
Disamping untuk mengabdikan diri padaMu
Selagi nafas denyut nadi kami belum berhenti.

Oleh : Nurimanja,
Catatan di pingir  kota,
Bukan mereka pinta hidup begini,
Pertengahan tahun 2009 , bantulah mereka OKU.

Selasa, 20 April 2010

PUISI TENTANG AL QURAN


Al Quran bukanlah syaeir, puisi atau mentra jampi
Ianya satu muzizat yang diturunkan oleh Allh Swt
Kepada seorang nabi lagi rasul Muhamad Saw.

Padanya menyatakan perkara terang dan  tersembunyi
Mengajar manusia mengamalkan makrup nahi mungkar
Mengenal erti hidup dan kematian  dan ada hari kemudian

Mengingatkan bahawa hidup ini ada hari kebangkitan
Cerita tentang kehidupan dunia, akhirat di syurga dan neraka
Agar kamu menginsafkan diri sebelum kamu dijemput kmbali.

Oleh; Nurimanja,
BBTKBL, Taman Bernaung,
Pulau Mutiara

PUISI KETETAPAN ALLAH


Sebelum engkau dilahirkan
di dunia yang fana ini
ketetapan telah pun tertulis
satu catatan  di dalam lulmahpuf.

Segala ketetapan ini
benar adil dan saksama
mengikut kemampuan diri
umur, pekerjaan, jodoh dan ajalmu.

Ketetapan dari azali ini
tidak siapa boleh menolak
atau membantah sama sekali
kerana segala ketetapan disoal nanti.

Oleh : Nurimanja,
Catatan  Penceramah Bebas,
Tanggal  10hb, April, 2010

Isnin, 19 April 2010

CATATAN DI DINDING KAMAR


Catatan di dinding kamar
malam pertama pengantin baru
belum pun sempat bergurau senda
isterinya telah pun angkat kaki lari malam

Ada cerita menyakitkan
buat si isteri yang masih baru
sebenarnya si suami sudah beristeri
Hati mana yang tidak sakit dan boleh tahan?

OLEH : Nurimanja,
Balik kenduri Khawin,
Catatan di ebuah kampong 1984

JANGAN JADI KETAM MNGAJAR ANAKNYA

- selamat hari ibu -

Sebelum mengajar anak-anak kamu
Perbetulkan diri kamu terlebih dahulu
Jangan jadi ketam mengajar anak-anaknya
Jika datuk, ayah, dan anak semuanya baik,
Tidak akan ada lagi istilah jahil murakab
Jika ada di antaranya berlaku kemunkaran
Angaplah ini semua sebagai satu ujian sahaja
Diantaranya kena berhemah dan berhikmah
Banyak berdoa semoga Allah memperkenankan
Jangan engkar atau durhaka kepada keduanya
Semoga perjalanan kimu diberkati oleh Allah
Dan berasa nekmat dan lazat dalam beribadat.

Oleh : Nurimanja,
Catatantanggal 19 Mach,  2010,
Lapan setengah pagi yang agak dingin.

Ahad, 18 April 2010

MALAIKAT LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH


Para  Malikat menduduki tempat yang paling mulia 
lebih 90% tugasnya beribadat sahaja kepada Allah 
10% cuma beribadat dan menjalankan tugas Allah.
90% berkhidmat  untuk  Allah dan10% untuk manusi 
Nabi mendengar langit itu sering kali saja bergegar 
Kerana tiap tempat dan ruang dipenuhi para malaikat 
Semuanya berlumba-lumba membuat kerja ibadat,
Nabi Issa putera Mariam berkata Malaikat dekat Allah 
Sebenarnya para malaikat berada di majlis –majlis ilmu 
Dan semua Malaikat sedang berdoa bersama –sama  
Semoga kita termasuk golongan yang mengaminkan doa 
Berkatnya  Malaikat tidak pernah memfitnah atau takbur.
Oleh ;Nurimanja, 
Catatan Pencramah bebas  
jumaat petang hari,  Tanggal 26hb, Mach, 2010.

Sabtu, 17 April 2010

.BILA CERMIN RETAK SATU


Bila cermin retak satu,
wajahku menjadi dua
hatiku pun rasa kecewa
bagai tidak bercantum lagi,

Bila cermin retak dua,
wajahku menjadi empat
aku jadi manusia pembenci
melihat wajah tidak berseri,

Bila cermin retak tiga,
wajahku menjadi enam
aku cari siapa  pemecahnya
sehingga kini tidak kutemui..

Oleh : Nurimanja,
Di kamar mandi, 9 pagi.
akhir 1982

ADA LIMA HARI PERLU DIRENUNG


Pertama hari yang telah berlalu dahulu 
cuba menilai dan menghitung akan kebaikan
Kedua hari sekarang sedang berlaku 
Banyakkah sudah amalan solehmu selama ini?
Hari ketika esok yang mendatang 
Mungkinkah kita masih bernafas atau terhenti
Hari keempat hari syakaratul maut 
Bergelut dan berhempas pulas dengan saat kematian
Kelima hari yang dipanggil yaumalmahsyar 
Kemana kita akan pergi ke syurga atau ke neraka?
Oleh : Nurimanja. 
catatan khutebah Jumaat 
16hb April, 2010 masjid Teluk Kumbar

Jumaat, 16 April 2010

AKU PELAKUN TANPA SKRIP


Aku pelakun tanpa skrip
punya watak dalam  empat episud
berhijrah  dari pentas ke pentas
mengikut arahan pengarah
bersama dua pencatat
yang tiada aku lihat
merakam segala  lakunanku.
dalam pentas yang ke dua ini
akan aku cuba membawa watak
peranan seorang yang solleh
dalam perjalanan cerita ini
buat pengarah agong
yang aku rindui ……….

Nurimanja,
Sibu, Serawak.
21,Ogos, 1978

ORANG MUNAFIK TIDAK PERNAH SEREK


Setelah temblang pecah
Sepatutnya perlu muhasabah
Menginsafi diri apa yang telah berlaku
Kerana  pintu taubat masih lagi terbuka luas menunggu.

Anihnya orang tidak beriman
Kembali sedar dan takut pada penipuan
Kita Islam bersalah engan mengaku pula kesalahan
Sehingga dicabar demi rakyat saya tidak mahu bersubahat.
Lalu mencanang pada umum
Mari Kita  gempur  keangkuhan  Si polan
Tidakah malu pada rakyat yang sedang  menghidu
telor tembelang yang  sedang pecah bertaburan  baunya? 
Berbagai posta bertampalan,
Di tiang, pokok , tembok di simpang  jalan
Ceramah perdana  gempur sana dan gempur sini
Selagi anda kuat menyalak  bertambah ramai rakyat  muak.
sedarlah  wahai saudara Islam kembali ke pangkal jalan diredhai  Tuhan.
Oleh : Nurimanja,
Bila melihat posta terlalu banyak.
Bukan menyenangkan  malah lebeh  membosakan. 2010.

Khamis, 15 April 2010

SERULAH AHLIMU PADA MENGERJAKAN SOLAH


Bersolatlah
pada waktu ditetapkan
kerana ia ubat bagi menenangkan jiwa
cuma lima  waktu sahaja sehari semalam
Berzikirlah
Pada waktu pagi petang
Kerana ia penawar bagi orang beriman
Selamat dari godaan  dan kemahuan dunia fana ini
Bersegeralah 
Pada mengerjakan solat
membersihkan diri sepenuhnya
menyerah diri serendah semut melata
membayangkan diri sehalus debu terbang
itulah perjanjian kita sebelum lahir dilulmahput
membiasakan diri dengan wuduk dan alunan azan
kerana nilai keagonganmu terlalu sukar untuk dibicarakan.
Oleh ;Nurimanja,
jumaat petang hari, 
Tanggal 26hb, Mach, 2010

Rabu, 14 April 2010

HIDUP BAGAI SATU LAKONAN


Hidup itu adalah lakonan 
sama ada watak baik atau jahat 
engkau tetap diberi peranan 
orang lain akan menilainya
Dua Malaikat akan diutuskan 
untuk mencatat peranan utamamu 
sebagai pelakun tanpa  skerip 
di layar pentas dunia pana in
Oleh : Nurimanja 
Catatan  di satu senja, 2008    
Waktu laut bergelora.

Selasa, 13 April 2010

ANAK YANG DIBUANG


Jika engkau terasa!
anak zina  itu memalukan,
jalannya yang terlalu mudah dibuang!

Tika engkau aysek!
dibelai melanyai nafsu buas,
rangkusnya bagai si binatang jalang!

Tidakkah kau takut!
akan azab zina daripada Allah,
di akhirat nanti ada ulat besar guni beras
warna hijau akan  memasuki ke dalam kemaluanmu,
sambil berkata dulu kau suka lelaki yang bukan mahrammu!

Oleh Nurimanja,
Berita TV suwasta,
jam lapan malam 2010

Isnin, 12 April 2010

BILA USIA MULA MENGAWAN


Bila usia mula mengawan
Ada tiga peringkat
buat manusia.

Mengawan kali pertama,
bila usia masuk akal baligh
mulalah mengatal dengan lawan,
mengusik dan mencuit teman sebaya.

Mengawan kali kedua,
bila usia sudah muda remaja
manis ranum mula mencari lawan,
bermain asmara sehingga lahir zuriat.

Mengawan kali ketiga,
bila masalah isteri menopause
Kembali naik minyak usianya 40an,
mencari mangsa melepas nafsu tuanya.

Oleh; Nurimanja,
Sejenak mendengar pakar,
6hb, Mach, 2010. jam 8.00 pagi.

Ahad, 11 April 2010

SEBUAH NEGARA ADIL

 
Untuk
wujudkan,
se buah pemerentahan,
Baladun taiyibatun warabbul ghapur,

Natijah
negaradil,
perlukah kita melakukan,
perkara mungkar bukan ketelusan?

lantas
Perlukah,
kita mengunakan laptop
teknologi memutar belikkan fakta?

perlu
Ingatlah,
kerana duniatidak abadi
cuma tempat bermain dan sukasaja.

Oleh ; Nurimanja,
Telok Kumbar, 5.Mei 2004.
kampung dilanda pembangunan.

Sabtu, 10 April 2010

TIADA JALAN LAGI


Kalau di dunia ini,
boleh lagi berdolak dalik,
tetapi di akhirat tiada jalan lagi.

Ujung keengkaran,
Tiada lagi ada kemaafan,
sepert pokok padi telah potong.

Jadi  waspadalah,
pada tatacara berhemah,
tiap perbuatan yang kita dilakukan.

Oleh ; Nurimanja,
pagi bumi bergoyang acheh,
tujuh,tiga, duapuluh sepuluh.