Ahad, 4 April 2010

SEDARLAH DIRIMU GENERASI BARU


Bila nampak perubahan angin ganas
kesedaran mulai meresap ke dalam minda
perlu meninggalkan awan mendung hitam kelabu
cuma mengwujudkan  budaya kecelaruan di jalanan
yang tidak bermaruah di mata dunia dan anak zaman.

Suara generasi baru perlu berwawasan
kerana anda bakal pelapis bagi pemimpin negara
jangan biarkan budaya keji berleluasa menguasai kita
demi menjaga martabat kedaulatan raja-raja Melayu kita
di tangan generasi baru  inlah kesejateraan mesti dijaga.

Mengapa adanya agenda menghancurkan?
bukankah kita hidup bersama berbilang bangsa
bagi menjayakan hasrat murni pemimpin kita 1 Malaysia
berfikirlah dengan matang bukan  menabur  janji dan wang,
demi keutamaan rakyat dan kemakmuran Malaysia tercinta.

Oleh ; Nurimanja,
Bila melihat dewan Mulia,
Cukup sedih memalukan bangsa. 2010.

34 ulasan:

nurimanja berkata...

BERSAMBUNG BAB 3 SIRI 2 BUDAK PONDOK - Nurimanja Perak.

Tok Minah yang ambil tugas Tok Din tetapi bukan sebagai jeragan, cuma penyelam mencari anak-anak kerang ditepi pantai untuk dijual bagi membeli beras, gula kopi, bawang cabai, asam garam untuk belanja harian bagi menyambuing kehidupan anak-anaknya.Sehingga sanggul Tok Minah tinggalsejemput, akibat menyelam dan disaluti air laut masin.

Aku masih ingat, bila aku ke Kuala Kurau dengan Mak atau Ayah, mesti ada buah tangan yang Tok Minah beri walaupun aku dan mak sebagai anak tiri dan cucu tiri, tetapi tok Minah tidak sedikit pun untuk mengaggap kami begitu,di cukup luhur aku lihat, walaupun dalam kehidupannya susah.

Jalan Bawah bagan Cina KualaKurau, di situlah ada sebilangan keluarga melayu yang menumpang mendirikan di atas tanah yang aku sendiri tidak tahu siapa pemiliknya, yang aku tahu kiri dan kanan perkampung kecil itu dikellingi rumah kaum Cina .Kebanyakkan masyarakatnya, nelayan , penternak ayam Itik dan babi ,serta penjual ikan kering dan basah di bagan itu.

Dulu perkampungan ini, agak anih untuk sampai dari satu rumah ke satu rumah kena melalui titi kecil yang sambung menyambung, tdak ada halaman rumah mereka, kerana dipenuhi dengan becak dan air bertakung saban hari, bila air laut naik hampir tengelam semua titi kecil ini.

Tidak berapa lama aku dengar semua nelayan di kampung itu telah dipindahkan ke sebuah penempatan baru ke jalan menghala ke Tanjung Piadang, di kenali kampung nelayan di hutan bakau persisiran, boleh juga dikenali dengan kampung tersusun. Banyak lebih baik dari menumpang dulu.

Inilah ujian Tuhan ,walaubagaiman keperetan hidup yang dialami di dunia ini Tok minah tetap sabar dan tidak pernah melupai Allah SWT, semua anak cucunya diwajibkan solat lima waktu, Walaupun aku cucu tirinya , pernah Tok Minah menegur aku, bila memaba doa aftitah di hadapanannya tidak kena dan betul aku membetulkannya dan berasa cukup bangga.

Dan tidak hairanlah cucunya Aanak Mak ngah Ce Bah, iaitu Abang Hamid menjadi seorang ustaz yang di hantar ke pondok Penanti Di kepala Batas Pulau Pinang kini bertugas sebagai pegawaipenerangan di jabatan perdama menteri. Sudah ada anak cucu dan bersara..

Aku juga dipesan oleh Pak Su Mat , hang belajarlah dulu, esok hang pun boleh untuk menjejak kerjayaan macam abang mit,abang mit hang dulu sekolah pondok Penanti aja,
BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

ISU SEMASA BUDAYA SAMSENG SENDIRI Nurimanja.
______________________________________________________________________________________________________________

Bila dengar cerita seorang hamba Allah yang mati ditikam akibat budaya ugut, kerana mahu upah sepuluh ringgit nyawa melayang. cuma minta tunjuk perhentian keretapi pun mahu upah kee?

Saya masih teringat dua tempat ini, di malaysia timur dan malaysia barat yang pernah pun berlaku kepada saya dan keluarga .

Di Pending Khucing Serawak, masih bujang, sampai saja bot penambang dari Sarikei ke Pending, Kita pun
belum minta disuruh, beg kita ini sudah diangkat oleh pekerja hantu tidak dikenali dari bot, kemudia
kita diminta RM5.00, cuma dua tiga depa sahja, beg pun tidak berat mana? Dengan mata merah,badan kurus
macam susah, saya beri kesihat saja!

2.Di Lorong Kulit P.Pinang pula , berhenti sekejap kereta, bukan turun pun keluarga, saya turun beli air minuman,dari jauh saya nampa seorang anak muda minta duit, kawasan kami, ahad RM2.00, isteri pula rasa takut terus bagi, sebelum lesap saya sampai, tak parking pun minta duit, bukan lama sekejap saja?

Budak muda itu lari dalam gerai ramai orang, rupanya ada lagi geng samseng, angkat tangan tersengeh dekat saya, dia kata , sorrylah brother, lain kali free, budak ini tak tahu? Muka samseng tu tersipu agak malu...

Dia nak pulang balik saya angkat tangan tak payahlah.. minum kopi saja. Sampai sekarang saya malas
dan jarang pergi lorong kulit.

Mozaire berkata...

lorong kulit mmg mcm tu en nuri! asal berhenti je dorg mint duit! rasa mcm nk blasah jer!

Saizul Maizav berkata...

yup! btol en nuri sy pun mcm tu jgk! asal berhent je kt lorong kulit dorg minta 2 ringgit! nk hrpkan polis! hmm... dorg pun sama rasuah jgk...

Brader Joe berkata...

lorong kulit! ha! tu la mereka ni mcm geng mat gian ni... sy pnh pi dkat penang? lorong kulit la.. dorg mnta duit? dorg x thu sy masa tu kaki pukul jgk? dorg minta trus sy cekak leher dorg dh tuang penumbuk pun! trus minta maaf...

Umar Haslam berkata...

lorong kult dulu best la skrg parking pun nk duit!!! ape nk jdlah dorg ni....

Nahul Hidzar berkata...

ha! sy pun pnh kena dorg ni gila! ade ke behenti sekejab x smpai 5 minit pun minta duit! sy masa tu mmg nk hemtam dorg! tp ingat anak bini ade klu x dh lama dorg sy hentak!...

Mozaire berkata...

sy pun kdg2 lalu kt sana bila nk parking je minta duit! sy ikutkan hati nk belasah je tp dorg ramai! sy sorg? ape2 pun akur jer la...

Geletek Malam berkata...

ha! lorong kulit! ni sulit sebenarnya en nuri... tp xpa kita kongsi sama2 polis smua x boleh buat apa kat lorong kulit tu sbb dorg suap polis! bg 5/6 ratus sebulan! kwn sy ramai yg mkn suap dorg ni? mmg bermaharaja lela dorg tu... cuma saya dgn anak buah saya geng geletek je kami masih ingat tuhan lagi.. sy keja ni cuma pkir anak bini je en nuri klu ambik duit dorg kang? haramlah duit tu... nnt anak bini sy jd mangsa...

Tanpa Wajah berkata...

samseng pun senyum kt en nuri! wah! ehabt jgk aura en nuri ni semua org segan...

dam catur berkata...

huH! dorg x kata apa plak kt en nuri? siap sengih lagi?? hehe....

Satria Juragan berkata...

alamak! sy x leh komen ape2 psl angkat beg ni sbb tu mmg keja sy skrg ni??? hehehe nk buat mcm mne en nuri kami cari mkn? lagipun bos sy dh kata klu pelancong turun angkat trus beg dorg tanpa tanya apa2? sy keja kat hotel....

Pedang Pendekar berkata...

alamak! en nuri cerita psl keja aku dulu la.... hehehe sory en nuri sy xdpt nk komen ape2? sbb sy mmg keja kat lorong kulit dulu la skrg dh jd mekanik smua yg en nur jmpa tu smua kwn2 sy jgklah... dorg mmg truk sikit....

Mawar Harum berkata...

ape nk jd kt dorg ni asyik minta duit jer! keja xnk? ape2 pun smoga lorong kulit kembali seperti dulu....

Jengking Perak berkata...

ha! pedang pendekar ada komen td kan? kami dua dulu mmg keja kat lorong kulit nk buat mcm mne? cari mkn tp kami skrg x keje sana dh sbb bila pikir balik xkn sampai tua nak minta duit kat org jer??? jd kami buat keputusan kami buka bengkel moto jer.. bengkel kami kat balai polis byn lps..

Dayang berkata...

kat sarawak mcm tu ke dulu en nuri?? sy x thu plak sbb skrg dh ok dh.. xde plak dorg minta duit lps angkat barg...

Malik Wariya berkata...

en nuri dulu kt sarawak pun sama ker!!! ha! kat johor pun mcm tu jgk! tmpt sy keja ni pun sama parking kejab je dorg minta duit! ape la dorg ni mcm dh jd budaya plak..

Ku Dania berkata...

tok minah menyelam!!!! wah! hebat! pmpuan pun leh jgk keje2 nelayan ni....

Kota Kelana berkata...

tok minah kan pmpuan? larat ke dia keje2 lasak ni???? mne anak2 x tolong ker?

Ustaz Deraman berkata...

tok minah ni mmg baik btol orgnya.... wlpn sedara tiri pun dia anggap mcm sedara btol....

Suka Suki berkata...

msti tok minah mngamal ilmu hitam! sbb mustahl org tau2 pmpuan leh keja berat2...

Juragan Desa berkata...

tok minah ni sapa plak? kenapa ada tiri plak hubungan dia dgn en nuri???

Srikandi Juwita berkata...

tti kecil je sambung rumah ke rumah??? wah! mmg aneh btol..

Si Kecil berkata...

wah! tok minah ni mmg baik! byk berkorban demi anak2....

Olie Pajutdy berkata...

wah! semua anak2 tok minah berjaya! tp kenapa dorg x tolong tok minah dulu? sian dia sorg2 pergi ke laut...

Faisal Syafie berkata...

smua skola pondok ke anak2 dia? mmg warak btol tok minah ni..

Angker 13 berkata...

tok minah ni sapa plak en nuri??? moyang ker????

Pengembara Masa berkata...

tok minah ni sapa plak? sedara tiri??? dia ni tok tiri en nuri ker? moyang tiri?

Sulaiman Embong berkata...

kenapa byk plak cerita psl org mana cerita psl en nuri sendiri????

Bulan Terang berkata...

mmg berbaloilah sgala pergorbanan tok minah ni... semua anak2 berjaya lps tu dapat rumah free plak kerajaan bagi....

Julia berkata...

semalam pening sikit? skrg brulah paham balik.... hehhe ape2pun sambung cpat en nuri best jgk sy baca biography psl en nuri ni...

Orang Lama berkata...

apa2pun cerita tok minah ni byk pengajaran.....

Richard Siriosa berkata...

SUBUH SUARA SYAHDU

Aku rindu...
Dan tak ingin terus merindu....
Akan suara itu,
yang selalu berbisik ke telingaku...
Saat aku beradu...
kau selalu mengganggu...
Bila terjaga dari lena ku...
kau tak pernah di samping ku..
tak dengar lagi lafaz rindu...
tak wujud lagi rasa yang itu...
Kerna ku tahu...
Kau bukan bagi ku...
Subuh ini...
Aku sekali lagi tersedu.....


Richard Siriosa
percubaan sajak pertama saya
30.3.2010

Tanpa Nama berkata...

Ulasan


Sajak Richard Siriosa bertajuk Subuh Suara Syahdu, mengetengahkan rasarindu pada yang maha asa.bila suara azan berkumandang dikala subuh sepi.Ini mungkin cerita lama sebelum anda memeluk Islam. Kini kerinduan itu telah pun terubat saya kira. Alhamdullillah,amin semoga selamat berbahgia!buat anda berdua.Amin!!