Selasa, 27 April 2010

TONG-TONG SAMPAH


Tong-tong sampah,
sentiasa menanti untuk diisi
tin kosong, kotak pecah, beg sampah,
semuanya berselerakan bergelepangan.

Pekerja lori sampah,
sering  serapah menyumpah,
kerana sikap tidak berdisplin penghuni,
sampah berselerakan di sekeliling rumah.

Sampah menembun,
sepatutnya kerja kita bersama
untuk menjaga kebersihan alam sekitar,
buat menyehatkan mata di bumi hijau kita.

Oleh ; Nurimanja,
Bersama Menjaga Alam Sekitar, 2010.
Memelihara Falora dan fawana di bumi Hijau.
DI Taman Perumahan , Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

26 ulasan:

nurimanja berkata...

CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA.SIRI 5

DI SATU PETANG di hujung minggu Man teringat semula kepada Abang Muda , semasa mereka makan kuaci, asam katuk, kacang goreng, selepas Abang Muda habis membaca surat khabar, Abang Muda bertanya;

“Man tak pergi ke kelas Tadika ?”
“Tidak!”
“Kenapa?”
“Mama dan papa tak beri,”
“Ya!”
“Papa man kerja apa?”
“Bawa teksi,”
“Mama Man?”
“Tak tahu..”
“Man tinggal di mana?”

Man terus diam. Man lihat muka Abang Muda, kemudian Man angkat jari telunjuk kearah se buah rumah kecil yang terkatup pintu dan tingkapnya. tidak jauh terletak dari taman kanak-kanak ini.

Abang Muda mengangok-angokkan kepalanya, kemudian mengusuk-gusuk kepala Man dengan tapak tangannya. Man rasa terhibur mesra dan ada rasa bersimpati. Man senyum dalam hati.

“Man bila besar nanti kena pergi sekolah.” Kata Abang Muda,
Man memandang muka Abang Muda, Man diam seketika, Man terasa begitu berat untuk mengangokkan kepala nya, Man tidak dapat membayangkan masa depannya.

“Man nak kerja apa bila besar nanti?” Tanya Abang muda lagi, Man terasa berat hendak menjawab akan soalan itu, kerana Abang Muda merenung Man terlalu lama, Man terpaksa juga menjawab sekadar apa yang Man tahu.’

“kerja macam Abang Muda.”jawab Man
“Ehhh , Tak usah Man, kerja macam Abang Muda, susah, lagi pun duduk tak tetap , Susah Man,” jawab Abang Muda seperti memujuk.

“Abang Muda kerja apa?” Tanya Man, ingin tahu. Abang Muda tersengeh senyum, kemudian cuba mengeleng-gelengkan kepalanya, mata Abang Muda memandang ke dalam mata Man.

“Tak usahlah kerja macam Abang Muda , susah Man, tak usahlah Man tahu, apa kerja Abang Muda,” bujuk Abang Mudalagi. Seperti mahu menyembunyikan sesuatu.

“Tetapi Abang Muda banyak duit, pakaian cantik, baik hati, selalu membeli Man gula-gula asam katuk,kacang goreng, kuaci dan macam-macam makanan rengan, Man nak kerja macam Abang Muda,” jawab Man bersemanngat.

BERSAMBUNG.

nurimanja berkata...

JAWAPAN BAGI SOALAN TERPILIH BUAT SAHABAT CR.

- Geletek Pagi ini ada pirasat tersendiri untuk menilai sesuatu, seperti Ibrahim Idham.

saya tengok dalam blok ini ada seorang dua ada ilmu andaian (falag) agak tepat jua,seperti Penyair Agong.

Dan seorang lagi(Suara Pulau, yang seperti abu atas tunggul sekejap tengelam dan sekejap dia timbul) apa pun Syabas! Buat sahabat CR.

- Cerpen APS ini sebagai renungan mengikut situasi yang agak tenat juga dinihari atas penyeksaan kanak-kanak lewat kebelakangan ini. ikutilah sambungan siri 5 seterusnya.

- Sebenar GP maksudkan bulan bintang, mungkin dari petekan kata-kata P. Kmalanathan yang dia boleh tunaikan apa saja, kecuali bulan bintang sesuatu yang dikira mustahil utknya bagi Kamalanathan melaksanakannya. apa pun tahniah buat YB Touth N Go!

- Satria Juragan , sila lihat sajak anda dalam NPSCR2 telah pun diterbitkan Syabas! usaha lagi menulis puisi yang lebih indah dan berkesan, Amin.

Sulaiman Embong berkata...

BILA KAU KEATAS DAN KE BAWAH

Sebelum kau keatas
kau hulurkan tangan
kau hulurkan bantuan
kau hulurkan senyuman
kau hulurkan belas ehsan
kau hulurkan selembar harapan
kau hulurkan segala bentuk imbuhan

Bila kau telah di atas
kau berlagak tuah
kau berjalan megah
kau bercakap indah
kau bersalam pun payah
kau berkereta mewah

Bila kau jatuh kebawah
kau hulurkan segala bentuk imbuhan
kau hulurkan selembar harapan
kau hulurkan belas ehsan
kau hulurkan senyuman
kau hulurkan bantuan
kau hulurkan tangan

Kau mula ingat kawan
Mula minta pertolongan
Tapi jika aku beri bantuan
Kau begitu juga jadi aku biarkan
Harap kau insaf wahai sipolan!
Jangan ingat kami barang mainan
Kerana kami dan beralih kerajaan
Tak lagi dengan keadilan

sulaiman embong,bulan terang,keris sakti,cikgu said,ambuyak dan aziz moktar
sajak ni kami berlima cipta apabila ada orang dr parti sana mahu beli kami supaya kami lompat parti dahulu semula..

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Sajak menarik adunan lima rakan seperjuangan, bertajuk Bila Kau Ke atas dan Ke bawah. (Pekena Kawan Rakan) Inilah Mantan TDrM kata licik. Pandai baling batu, dan pandai sembunyi tangan. Dia pandai cipta angkara orang lain yang terima derita sangsara. Kasihan aruah kawan Ambuyak, memikirkan terlelu banyak pekara yang mungkar
sehingga diserang sakit (BO) , Kini HS selamat, kalau tidak orang felda nak duduk mana, Bila dia dah minum, dia pening , dia Nampak HS semua macam kawasan padang lumba
kuda. Inilah sebab orang china sokong dia, judi punya pasal, ada babuk sikit ma….ata wang mali.


sulaiman embong,bulan terang,keris sakti,cikgu said,ambuyak dan aziz moktar sajak ni kami berlima cipta apabila ada orang dr parti sana mahu beli kami supaya kami lompat parti dahulu semula.. 2010 April 27 22

Tanpa Wajah berkata...

eh! sajak pasal sampah plak?

Olie Pajutdy berkata...

ape2pun sayangilah bumi kita! jaga kebersihan! heheh

Harimau Berantai berkata...

sajak psl sampah ni sajak sampah atau ada maksud lain????

Ezad Emir berkata...

sedih tgk org yg x reti jaga kebersihan ni.... ape2pun kebersihan tanggungjawab bersama...

Adi Cana berkata...

sajak psl sampah plak kali ni? wah! en nuri mmg versertail

Tetamu Malam berkata...

alamak! sajak busuk! hehe ape2pun jgn buang sampah di merata2...

Mat Noh berkata...

sajak mmg sajak sampah atau ada maksud disebalik sampah ni???

Umar Haslam berkata...

malu kt negara luar! kita kna jga kebersihan...

Abul Hassan berkata...

abg muda ni keja apa? gigolo ker? hehehe

Saizul Maizav berkata...

aku rasa abg muda ni keja casanova la...

Geletek Malam berkata...

abg muda ni msti pengedar dadah ni sbb tu kaya jer...

Brader Joe berkata...

x jual dadah msti seludup barang ni sbb tu kaya je abg muda ni...

Atuk berkata...

sian man mak x bagi sekola? besar jd apa la bdk ni...

Orang Lama berkata...

mak man ni penjenayah yg dikehendaki ke? sampai x boleh kluar mne2 ni???

Halilintar berkata...

abg muda ni keja apa? perompak ker?

Angker 13 berkata...

abg muda ni keja apa? sah! ni msti keja jahat2 ni...

Hamba Allah berkata...

sian man dh mcm pelarian plak dia??? abg muda keja apa???

Sudin Ramlee berkata...

kenapa abg muda saja yg baik2 dgn man? keluarga dia sendiri pun seksa dia..

Mozaire berkata...

aku rasa abg muda malaikat ape? dia berupa orang???

Madah Pujangga berkata...

tjuk perempuan simpanan tp kenapa cerita man je yg byk???

Bob Kuli berkata...

misteri betol abg muda ni.... sapa dia?

Ku Dania berkata...

mne pmpuan simpanan? en nuri silap tulis tjuk ape? sbb cerita man je yg byk....