Jumaat, 2 April 2010

DALAM PERJALAN INI


Dalam perjalanan ini
setiap kali kaki melangkah
perhitungan arah akan dikira
pada langkah-langkah niat hatinya.

Jika langkahmu baik
maka baik jugalah langkahnya
jika  langkahmu banyak sumbang
maka pastilah jalannya jadi tempang.

Aku cuma mengingatkan
diriku dan sahabat-sahabat CR
dengarlah khutebah  setiap minggu
semoga diredhai perjalanan kita yang hamper tamat.

Oleh : Nurimanja,
Masjid Tepi Jambatan, Prai.
19hb, February, 2010.

32 ulasan:

nurimanja berkata...

BAB 2 siri 2 BUDAK PONDOK - Nurimanja Perak.

Aku tahu Tok Nyang Naim , bukan calang orang dan sebarangan. Kata Mak, Tok Nyang Naim akan pergi menziarahi adik beradik yang hidup miskin dan memberi zakat kepada mereka, pernah satu hari bila orang china beli padi ditambahnya setap guna setengah gantang lagi. Takut sukatan tak betul, katanya, senyum tauke china itu. Dia ahli masjid pagi petang siang malam seorang yang tidak ti nggalkan solat. orang yang kuat beragama, dia orang yang disegani dan dihormati oleh masyarakat di pekan Tanjung Piandang.

Pernah satu hari waktu mak dan Tok Nyang berkerja di bendang, hujan ribut hendak turun, suasana menjadi gelap seolah seperti langit hendak runtuh., Tok Nyang Naim memerhati ke langit, dia saolah-olah berhadapan dengan sesuatu keadaan yang cemas.

Nampak itu, kepala angin ,dia membaca satu ayat, kumat kamit mulutnya, kemudian dia segera menghemburkan ludahanya kearah langit, seketika kemudian angin dan hujan tidak jadi , seperti beraleh di tempat lain. Kata orang kampung ilmu halua angin ataupun alih hujan.

Memang itulah kelebihan Tok Nyang Naim yang sangat disegani oleh orang kampung ,malah sikapnya yang tegas itu membuat adik beradik tidak berani angkat muka dengannya,Malah dia abang yang sulung dulu makan garamdarpada adik-adiknya tidak begitu kuat dengan agama..

Tok Nyang Naim pernah tidak pergi mengziarahi mayat seseorang yang meninggal dunia di hujung kampung, bila ditanya , Tok Nyang Naim menjawab, Jika dia tidak pernah mendirikan solat, engkar perentah Allah SWT, tidak mengakui kaesaan Allah yang maha berkuasa. Makan rezeki tuhan,dia sedut pula udara tuhan, suruh dia pindah, cari bumi tuhan lain kalau boleh.

Baru aku perasan, bila orang-orang kampung cuba merenungku dengan satu padangan yang berbeza membuat aku menjadi serba salah, kuat juga pengaruh atau aura aruah Tok Nyang Naim ini.Patutlah aruah mak selalu berkata baca doa ini salin doa ini, aruh atuk Naim bagi suruh amal, bila nak mati esok senang, tidaklah terjegel terbeliak mata, mengaji Al Quraan jangan lupa, solat lima waktu jangan tinggal atau lalai.

Sebenarnya aku tidak pernah tenguk wajah Tok Nyang Naim, abang-abang aku pun tak berapa tahu, sebab mak banyak cerita kepada aku sahaja. sebab aku selalu sakit, banyak masa duduk dirumah sahaja.Abang-abang aku dua orang itu ligat, seperti mana gasing ligat, tak sekolah pagi lagi dah hilang, petang baru balik, pergi mana main, aku tidak tahu. Kalau aku tanya nanti, mereka marah BERSAMBUNG.

Ustaz Deraman berkata...

RAMA-RAMA DAN LEBAH

Langit biru bertukar menjadi taman
Rama rama berterbangan kiri kanan
Hinggap pula di atas sebuah dahan
Datang seekor lebah sebagai peneman

Rama rama menari ligat
Sambil ditemani lebah bermain gitar
Setelah penat mereka berehat
Sebelum matahari hilang ditelan kabus terketar

Rama rama itu duduk di atas lebah
Sambil lebah mengepakkan sayapnya
Mereka meninggalkan taman lembah
Menuju pula ke lorong lorong mimpi indahya

Ustaz Deraman
Sungai Ara
sajak lama saya 1980

Lelangt Biru berkata...

en nuri ada 2 org abg ker? la..ingatkan en nuri anak tunggal? hehe

Pemerhati Seni berkata...

tok nyang naim mmg hebat orgnya.... dia sapa en nuri?

Nama Aku berkata...

wah! hebat betol ilmu tok nyang naim tu! eh! dia meninggal sbb apa?

Seri Suri berkata...

mcm ahli silap mata plak tok naim tu? ludah kat angin trus x hujan?

Sudin Ramlee berkata...

tok naim tu ayah en nuri ker? tok wan en nuri?

dam catur berkata...

tok naim meninggal masa umur brapa?

Pak Awang berkata...

mmg bkn calang2 orgnya tok naim ni...

gelora maya berkata...

msa tok naim belum meninggal ada x dia turunkan ilmu kt en nuri???

Desa Gulana berkata...

tok naim mmg alim! msti dia meninggal pun kubur dia harum...

Halilintar berkata...

kuatnya aura tok naim ni.... smua org segan...

Umar Haslam berkata...

tok naim ni keja apa? dia ketua kampung ker?

Harimau Berantai berkata...

en nuri x pnh tgk dia ker? masa tu en nur brapa thn????

Teratai Mekar berkata...

tok naim ni sapa? keluarga en nuri jgk ker? sebelah sapa? mak atau ayah?

Sharifah berkata...

abg2 en nuri mcm gasing? ape mksudnye??

Saizul Maizav berkata...

en nuri x cungkil ke ilmu2 dia? klu ada ceritalah boleh kita kongsi2... hehe

Naga Samudera berkata...

wah! asyik bersedekah saja tok naim ni... msti semua org hormat kat dia....

Angker 13 berkata...

suka bersedekah la tok naim ni... byk pahala dia ni..

Mozaire berkata...

en nuri ada blaja apa2 dia bg ilmu dia ker?

Tanpa Wajah berkata...

tok naim ni mmg hebat! rasanya aura dia dpt kt en nuri.... hehhee

Janggus Juri berkata...

hujan pun x jd turun sbb tok naim!!! wow! hebat tok naim ni....

Malik Wariya berkata...

kenapa org kmpung en nuri takut tgk en nuri? pelik sy....

Qalam Mutiara berkata...

Certa dari biograpty ni, memangnya
banyak lompat. tidak boleh nak susun
plot, cuma berbentuk A sampai Z agak mendatar. tidak semacam cerpen/vobel.

Cerita biodata ini. biasanya seperti,
orang jamu makan kenduri kawin , ada
lima jenis laut dihidang . jika anda makan dua atau tiga jenis saja, tak
akan sama mereka yang makan 5 jenis.
tetapi mereka tetap makan kenduri dari tuan yang sama. harap maklum.

nurimanja berkata...

Kebetulan bila ditanya!

Saya difahamkan; Datuk nenek ada keturunan Bugis, berhijerah ke Selangor, Atok berkawin dengan orang perak, Ayah pula berkawin dengan orang Kedah, saya pula jumpa jodoh di pulau mutiara.

Datuk nenek sebelah ibu ada darah jawanis,kawin orang kedah, maktuk kawin dengan orang Perak, Penang, Kedah. (ada 4 suami)Mak kawin duda Ayah orang Perak semua (4 negeri ini ditawan PKR).

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN.

Sajak Ustaz Deraman ahli baru bertajuk Rama-Rama dan Lebah, dua bentuk serangga yang berbeza.satu lembut dan cantik, satu lagi agak berbisa tapi ada mempunyai khasiat madunya. pada dasarnya dua-dua
serangga ini sukakan pada bunga. Bolekah mereka berkawan, sehingga mentari pun sukar mentapsirkannya.
atau sekadar cuma bermain dilorong -lorong, lalu lena cuma mengharap mimpi-mimpi indah. Agak sembolik juga.pengucapannya. cuma disini, buat yang mengerti.

Syakir Retro berkata...

sajak ni seram pun ada.....

Ali Conan berkata...

sajak ni mcm lagu nasyid jer... sah! sajak en nuri di plagiat lagi...

Malik Wariya berkata...

sajak ni mcm kehidupan kita sehari2 jer?

Geletek Geli berkata...

sajak ni mcm en nuri insaf tentang sesuatu jer?

Sulaiman Embong berkata...

ape2 pun kami sahabat citra rasa akan beringat2.....

Tanpa Wajah berkata...

sajak ketuhanan ke sajak pasal kehidupan???