Sabtu, 24 April 2010

KISAH CINTA ORANG TUA


Pak Hasan,
seorang tua yang tampan
berjalan mengunakan kaki tiga
tidak pernah menghiraukan arus dunia
cuma mencari roti canai mengisi perut kosong.

Isterinya Tok Teh,
seorang tua bertenaga
berjalan tanpa bantuan tongkat
masih boleh ketawa dan berjenaka
inilah berkat doa anak cucu cicit dan piutnya.

Mereka berdua ini,
sepasang suami isteri
telah memadu cinta  lebih 80an
saban pagi berduan menyedut udara
tidak perdulikan kekalutan dunia di depan mata.

Oleh : Nurimanja,
Dari Jendela kaca,
Aku mencatat cerita. 2010.

19 ulasan:

nurimanja berkata...

CERITA PENGAJARAN AKHLAK.

1. ORANG TUA PANDAI BERENANG.


Tiga orang graduan muda pergi ke se buah kampung buat kajian
Tentang tumbuhan ekologi bakau di persisiran sungai Kuala Kurau. Mereka Menyewa perahu seoang tua di kampong itu.

Seorang daripanya bertanya Pak cik tua ,Berapa umur Pak cik sekarang? 60 tahun , jawab Pak cik pendayung perahu, Pak cik tak tahu tentang ilmu Biologi, Ekologi, Astronimi dan Sosialogi,? Tak tahu, jawab Pak cik.

Ketiga pemuda bakal geraduan itu ketawa sinis, sia-sia umur Pak cik
selama ini , rugi, jahil dengan ilmu . Pak cik diam , da terus mengayuh perahunya. Dalam hatinya rasa tercabar.

Tiba-tiba di pertengahan sungai perahu itu dimasuki air, ketiga anak muda itu merasa cemas, Siapa diantara kamu yang boleh berenang? Tanya Pak cik itu.

Semuanya diam tidak menjawab. Sia-sia saja, jika mati tanpa ilmu berenang. kata Pak cik pendayung.


Oleh Nurimanja, disusunsemulacarabebas.
13/8/07 8.00malam.

nurimanja berkata...

JAWAPAN PERTANYAAN TERPILIH


- walaupun rupa tak lawa tapi senyum manis ada, kalau mahu berniaga soalnya hati mahu baik niat mahu ikhlas jual barang yang baik tidak menipu.

- Kalau kita tak boleh berniaga, banyak lagi kerja lain yang sesuai kita boleh buat, Allah memberi tugas itu kepada sesaorang dia mengikut kemampuannya. Insyaallah.

- Setahu saya ilmu jangan kedekut, jika kita beri kepada orang lain lalu dimemfaatkan Kita pun dapat pahala juga, dan tuhan akan tambah ilmu kita lagi, amin. Semacam hari
Ini ada ceramah perdana, dua tiga orang ustaz berkongsi ilmu tentang sesuatuisu.

- Cerpen APS ini ada sadikit campur kisah reality bagi menghidupkan cerita agar lebih menarik dan menghidupkan penceritaan. Cuma buat renungan dengan isu semasa.

-Sajak yang agak baik, biasanya saya simpan lama baca berkalikali, macam pekasam Ikan lama di peram , baru rasanya sedap, cukup masa peramannya, kekadang terlalu lama
Simpan saya pun tak faham baca.

-Seniman jalanan , silakan ambil sajak ini, bila masa saja, kau kerja menghibur, harus dapat bayar, jika orang beri, kerana mententeramkan jiwa orang yang resah gelisah dlln. Dengan sajak saya tak perlu bayar sahabat CR, percuma saja. Amin

Mawar Merah berkata...

SELAMAT TINGGAL SANG SUNYI

Kau bawa sang sunyi seiring
Mengapa kau tak tinggalkan dia.
aku tak perlukan sang sunyi lagi
Kerna aku dah ada muzik hati ku
Yang bakal hilangkan
sang sunyi dari kewujudan.

Kasihan sang sunyi,
Pulang lah engkau
Singgah saja di malam-malam
Orang yang tunggukan kehadiran kau.
Terima kasih kerna temaniku dahulu
Kini aku tak perlukan kau


Puteri Salju
penang
24.4.2010

Saizul Maizav berkata...

pak hassan ni bkn ke yg dok blog abul ker??? nnt nk tnye abul...

Pak Ngah But berkata...

huh! kisah pencintaan org tua plak? hehe

Putera Damien berkata...

cinta org tua2 plak? sajak menarik ni... msti org lama,pak ngah but,pak awang,mat noh msti suka ni.. hehe

Abul Hassan berkata...

eh! pak hassan ni bkn ke yg dok blok aku ker? huh! mcm mne en nur knal plak??? misteri...

Lebai Noh berkata...

wah! cinta romantik org tua2 plak en nuri buat? hehe

Mat Noh berkata...

sajak en nuri ni mengingat sy zaman muda2 bercinta dulu... ha ha

Mufti berkata...

sajak percintaan org tua! wah! en nuri ni mcm2 sajak ada....

Ustaz Deraman berkata...

wah! en nuri bkn main lagi sajak percintaan suami isteri plak di ciptanya... hehe

Ustaz Nasirudin berkata...

smoga suami isteri yg baca sajak en nuri ni semakin erat hubungan mereka... he he he

Lebai Noh berkata...

sajak cinta org tua-tua plak kali ni? wah! sapa pak hassan dan tok teh?

Ustazah Hamidah berkata...

sampai ke tua pun mereka boleh main romantik2... smoga kekal hingga akhir hayat...

Cikgu Said berkata...

tu la jgn bersangka org tua x reti berenang....

Umar Haslam berkata...

hahaa tu la bdk2 ni dh salah sangke? org tua tu byk pengalaman...

Hafizudin berkata...

wah! slumber je org tua tu jwb balik... hebat2...

Bintang Kejora berkata...

huh! sekali org tua tu bedal balik? terdiam dorg... haha

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN?

Puteri Salju sajak bertajuk Selamat Tinggal Sang Sunyi. Sajak erti kehidupan. Membicarakan tentang kesunyian yang telah pun pergi yang dahulu mungkin pernah mencengkam kehidupan seorang nama Puteri. Kini mungkin ada teman buat
melontar suara untuk berbicara, lalu kini kesunyian pun bagai telah pergi jauh dan hati pun bagai terubat dari tenat diserang sang sunyi.