Jumaat, 16 April 2010

AKU PELAKUN TANPA SKRIP


Aku pelakun tanpa skrip
punya watak dalam  empat episud
berhijrah  dari pentas ke pentas
mengikut arahan pengarah
bersama dua pencatat
yang tiada aku lihat
merakam segala  lakunanku.
dalam pentas yang ke dua ini
akan aku cuba membawa watak
peranan seorang yang solleh
dalam perjalanan cerita ini
buat pengarah agong
yang aku rindui ……….

Nurimanja,
Sibu, Serawak.
21,Ogos, 1978

3 ulasan:

nurimanja berkata...

Soalan terpilih. jawaban tambahan

1.Masa itu saya masih bujang, umur 33 tahunm peminat pun boleh tahan juga, saya tak tunjuk muka, satu biodata bergambar dah keluar dekat buku cenderahati hadiah peraduan menulis cerpen serawak anjuran dari DBPCS dan antologi cerpen HATI DBPCS bersama penulis-penlis serawak,ada saja surat datang,Masa itu tak ada SMS.

2.Cikgu masa itu mana ada cikgu yang kaya, semuanya sengkek saja . Kereta second- hand. Masuk saja. persatuan, potong gaji tiap bulan, memperjuangkan hak pekerja. Elok saya pencen. Cikgu-cikgu baru ini yang untung kerajaan lulus semua.

3.Dulu mana ada cikgu gemok, sakit nak jumpa. Sama dengan akar melayu tulang-tulang berselerakan lihat Othman Awang kurus melidi gambar dia, polis lagi seksa waktu itu, sampai ke tua private lapok. Tak hairan dulu banyak rasuah atau korapsi.

Dulu orang ramai miskin banyak susah,banyak utang, Rumah batu dua tingkat pun 17 ribu ringgit saja, itu pun utang sampai ke mati tak boleh bayar , pak mentua saya. Ada pula hamba allah yang berani beli 80 ribu, di brown garden.Tetapi duit itu tak berkat bayar utang, beli proton yang baru keluar bukan main jakun lagi, tak lama Semua habis terlungkup macam tak berkat, punca dia tak sembahyang. Tuhan tarik balik rezeki kita. Dah pun tua tak mahu dengar cakap , susah lah. Anak menantu pasti cabut…

4. Anda yang masih muda eloklah masuk komperasi, saham ASB, potong lah sepuluh dua, akhirnya ada juga impanan, kalau duit i tangan , jangan harap banyak mana pun lebuh.

Ustaz Rahman berkata...

sajak saya dalam pelakon tanpa skrip...

ARUS KEHIDUPAN ITU MEMBUNUHKU

rasai nafasmu di dasar air
saat jantung berdegup kencang
terkapai kapai tangan harapan
ombak pantai membelai perasaan
seketika masa terhenti
bila nafas hampir pergi
ikan ikan sempat tersenyum
batu karang melambai lambai
hidup di sana begitu permai
ingin sekali aku kesana
bersahabat mesra dangan mereka
tapi sayangnya mereka tak sudi

aku terjaga dari fantasi
aku kelemasan di alam realiti
membuka mata hati dan jiwa
cuba meronta selamatkan nyawa
aku sedar alam berbeza
aku mengerti nikmatku mungkiri
sesaat udara begitu berharga
sehelai nafas amat bermakna
tapi aku jarang hargai
bila mana ianya percuma
aku benar benar terlupa
ada harga yang harus di bayar


Ustaz Rahman
11mlm
Kedah

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Kekadang kita mdah alfa akan kekalutan masa yang menghidangkan berbagai janji warna dan cara, kekadang kita pun lena dibuai keenakan dunia, pada apa saja kerniaan yang ada,Tetapi kita lebih cundung pada keinginan dan bujukan hawa nafsu, sesekali akan boleh memperdaya mencelarukan minda yang sihat. Tidak terlewat untuk anda kembali dan mencernakan kembali minda yang telah kusut, buka mata dan ceria minda, fikir ? Insyaallah anda tidak akan lagi terperangkap dalam kecelaruan minda.