Khamis, 15 April 2010

SERULAH AHLIMU PADA MENGERJAKAN SOLAH


Bersolatlah
pada waktu ditetapkan
kerana ia ubat bagi menenangkan jiwa
cuma lima  waktu sahaja sehari semalam
Berzikirlah
Pada waktu pagi petang
Kerana ia penawar bagi orang beriman
Selamat dari godaan  dan kemahuan dunia fana ini
Bersegeralah 
Pada mengerjakan solat
membersihkan diri sepenuhnya
menyerah diri serendah semut melata
membayangkan diri sehalus debu terbang
itulah perjanjian kita sebelum lahir dilulmahput
membiasakan diri dengan wuduk dan alunan azan
kerana nilai keagonganmu terlalu sukar untuk dibicarakan.
Oleh ;Nurimanja,
jumaat petang hari, 
Tanggal 26hb, Mach, 2010

35 ulasan:

nurimanja berkata...

BAB 9 siri 2 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK.

Cikgu Bakar ini banyak Roplah kata orang Pulau Pianag (masaalah)aku tak sangka dia kawin tiga, gaji dia kena potong melalui Mahkamah, setiap orang anaknya RM50.00 sara hidup, isteri pertama dan kedua, Isteri pertama tiga orang sudah dewasa dan berkahwin , anak isteri kedua Munah Hitam bercera, ada anak tiga empat orang maseh besekolah, Isteri muda andartu , tidak ada anak,

Dia tinggal di kedah,cang lun atau Kubur Panjang setiap bulan dia akan datang minta duit dekat cikgu Bakar, dengar kata dia buka kedai runcit.orangnya gemok pendek dan seksi jua.Cikgu Bakar selalu mabuk, Anak perempua yang sulung Maslina , gilamohoyan , rambut kosot masai, pakai kain ikat sampai ke paras betis, jumpa orang minta duit atau minta rokok.

Anak yang kedua Maslinda berkawin dengan Askar bergaduh nak bercerai ada anak tiga orang, pencen asakar berniaga pasar malam , pakai Van , aku tengok elok saja ,tinggal dengan mentua tiba-tiba cikgu Bakar kena pergi Ke Pejabat Agama kes Mahmkamah .

Aku tak faham dengan cikgu Bakar , sudahlah utang keliling pinggang, nak kawin samapai tiga, biar papa asala bergaya, kekadang aku tegok dia sembahyang juga, di kaca TV buruk dia yang rosak di tulis dengan cat sprey hijau; OH Tuhan Keanapakah Nasibku begini?

Waktu itu umur aku baru tiga puluh tiga tahun, masih bujang , belum berkawin, minat pada penulisan masih aku teruskan, beberapa cerpen dan derama pendek aku ada tersiar di RTM Pulau Pinang,tetapi tak dapat sagu hati aku jadi malas untuk menulis.

BERSAMBUNG ESOK!

nurimanja berkata...

Tiga jawaban untuk Kevin Chong

1 Al hamdulillah bila kami semua mendengar berita ini. Agama Islam ini soal hati, jika Allah telah buka pintu hati anda, tidak ada siapa boleh menghalang anda untuk memeluk agama Islam (Agama Allah) kerana anda telah mendapat cahaya -nur Islam.

2 Jika anda memeluk Islam sebaiknya beri tahu mereka dengan cara yang berhemah, jangan sekali menyakiti hati mereka, dan hormatilah mereka sepanjang hayat, dengn cara berlmbut mereka akan sedar dan terima.

3 Soal nama ini terpulanglah, ikut sedap anda jika Kevin Chong Abdullah ,nama bapa nabi Muhamad pun Abullah.Dalam bahasa melayu (Hamba Allah) , kita semuanya ini hidup di dunia ini hamba Allah.

Saya dan semua sahabat CR ucapkan selamat sejahtera selalu buat Kevin Chong Abdullah semoga Allah sentiasa pelihara diri anda dan memberkati perjalanan hidup anda di dunia dan akhirat. Amin!

nurimanja berkata...

SAGU HATI; royalti atau honorarium
masa itu pakai taipretter,aku beli
rm 300 di serawak. sekurangnya ada bayarlah sikit. Harap gaji aku masa
itu rm 440 . masa itu cikgu semua
problum, hidup nyawa ikan, laki bini
cikgu bolehlah menafas, kalau tak utang keliling pinggang.

Qalam Mutiara berkata...

INFO TIP RENUNGAN MUHASABAH DIRI QALAM MUTIARA

Kebanyakan hidup manusia di dunia melewati usia 60 tahun atau 70an,
Ada setengah ahli pakar, malah kita sendiri pun boleh juga buat perhitongan sendiri, jika kita hidup 60 tahun, tidur kita lebih kurang 20 tahun.Tinggal 40 tahun baki, kita belajar lama masa sampai peringkat tinggi mungkin makan masa 20 tahun lagi, Bakinya tinggal 20 tahun sahaja lagi. Bekerja melayani anak bini 20 tahun , habis tak ada langsung baki umur lagi. Mana masa untuk kita beribadat kepada Allah SWT? sudah darap tolak campur kosong. Justruitu, Banyakanlah mencuri masa dari tidur yang banyak, kita ambil 5 tahun, curi lagi masa belajar itu, curi 5 tahun lagi dan masa bekerja dan bersama kaum keluarga, curi 5 tahun lagi. Campur ada 15 tahun ibadat Kita kepada Allah. Kalaulah tidak buat semacam ini , nescaya ibadat kita kosong.

Julia berkata...

cikgu bakar ni gatal jgk ek? hahaha sekali 3 kwin..

Ali Conan berkata...

keje cikgu kwin 3? boleh ke nak sara anak bini mcm tu?

Malik Wariya berkata...

smpai 3 cikgu bakar kwin! mmg mcm cte madu 3! haha

Olie Pajutdy berkata...

kenapa byk sgt masalah cikgu bakar ni?? msti org x sembahyang ni..

Nama Aku berkata...

kesian cikgu bakar mcm2 masalah dia... anak pun jd gila...

Ezad Emir berkata...

cikgu bakar ni dh gila agaknyer ade plak pi cat kat tv??? adoi..

Tanpa Wajah berkata...

tu la nak kwin smpai 3 kan dh merana....

Geletek Malam berkata...

smpai umur 33 x kwin2 lg ke en nuri?? lambatnyer....

Brader Joe berkata...

biar papa asal bergaya? adoi... kesian cikgu bakar ni mcm mne dia skrg en nuri?

Debunga Wangi berkata...

org kwin 1 pun x berurus ni sekali 3??? mmg cari penyakitlah cikgu bakar..

Mawar Baiduri berkata...

AKU TERPAKSA PERGI

yang pergi yang hilang
hanyalah aku seorang
engkau yang rasa
kita tak sama
aku terpaksa bukan kecewa
apa yang terjadi bukan sekali
senyum di ukir tanda kekuatan
tapi hakikatnya hati tak tertahan

bagai bintang bersinar petang
bukannya aku seperti itu
aku hanyalah sebutir pasir
hilang bila di telan masa

langsung tak terasa bila aku tiada
tiada yang rugi bila aku pergi
namun hakikatnya aku masih di sini
pasti tiada yang bersedih hati
ramai yang menanti menjadi ganti
lebih bersinar dari kilau permata
dapatkah aku bernafas lega
rinduku pada di sana
yang sepi yang hilang
hanyalah aku seorang...


Mawar Baiduri
Koleh Mahsa
10.4.2010

Cikgu Said berkata...

eh! seksa jgak cikgu dulu2? tp skrg alhamdulilah dh ok dh...

Comel berkata...

300 typewriter!!! mahalnya....

Siti Alia berkata...

gaji en nuri 440!!! sikitnyer nak mkn ape mcm tu???

Angker 13 berkata...

honorarium ape benda en nuri?

Nahul Hidzar berkata...

btol skrg klu keja laki bini bru leh hidup mewah kalau setakat sorg je keje? parah jgklah..

Atuk berkata...

60an dan 70 je ke en nuri? seram sy dgr sbb sy dh msuk 68...

dam catur berkata...

60 sampai 70 je ker? atok aku smpai 110! hehe

Richard Siriosa berkata...

wah! cekap math jgk qalam ni siap kira semua sekali..

Lelangit Biru berkata...

semua masa terbuang mcm tu jer.. pandai ko kira qalam...

Umar Haslam berkata...

ko mmg cekap bidang kira2 la ko ni kerani ke qalam???

Abdul Kareem Kramjit berkata...

eh! kevin chong masuk islam! selamat datang saudara bru...

Zain Issac berkata...

boleh buka kelab untuk saudara baru ni ramai saudara bru skrg..

Badrolshah berkata...

syabas kevin anda memilih agama yg benar!!!

Abang berkata...

alhamdulilah semoga lps ni lebih ramai masuk islam...

Lagenda Pulau berkata...

nama apa agaknye en nuri nak kasi kepada kevin ni....

Kevin Chong berkata...

terima kasih en nuri tapi maaf en nuri wa sudah letak nama KEVIN KHAIRUDIN ABDULLAH nama ni wa pnya gf kasi dia kata ada nama melayu sikit... minta maaf en nuri.. dan terima ksih sbb beri pendapat pd saya... sy sudah memeluk islam sy talak tinggal sama papa mama dorg sudah buang saya? sy tnggal sama kwn sy melayu jgk dan lps hbis belaja ni saya mau kwin gf sy org melayu jgk... doakan en nuri....

Halilintar berkata...

sajak solat? menarik jgk..

Ustaz Deraman berkata...

en nuri letaklah sajak ketuhanan lagi moga2 ramai masuk islam nnt... insyaallah...

Pejuang Islam berkata...

sajak ketuhanan plak kali ni? wah! beraneka sajak2 en nuri skrg...

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN

Mawar Baiduri dengan sajak aku tepaksa pergi,buat pertama kali, kumpulan mawar pun ramai juga , Tetapi kebanyakan sajak mawar ini rasa kekecewaan, barangkali si
Mawar ini terlalu lembut, dan mudah menerima dan menjadi mainan sang kumbang, tetapi selalu menarik diri dan membawa diri dan pergi.Begitulah sikap mawar baiduri
ini, sebelum hati terluka lebih parah dan berdarah berdarah..