Isnin, 26 April 2010

SEMUA MAKHLUK MENYANYIKAN PUISI ZIKERULLAH


Semua makhlauk di alam ini bisa berlagu puisi zikrullah
pernahkah anda dengar akan nyanyian puisi zikirullah?
lagu-lagu pemujian berirama pumujaan pada maha suci
ingat ketika dalam tidur, jaga, diam, duduk, dan berdiri


setiap lontaran suara bagai pagar dinding pada hatinya
menjadi terlalu kental sukar untuk ditembusi dari gudaan
segala bujukan syaitan ataupun  godaan iblis laknatullah
tidak bisa kerana bibir dibasahi, tasbih, tahmit,tahlil, takbir.


Sebenarnya pokok, beburung, serangga dan ikan di lautan
semuanya menyanyikan puisi ini pada waktu pagi dan petang
cuma kita  yang bergelar manusia masih pekak, bisu dan tuli
dan berat lidah, ingkar hati untuk menyebut puisi zikrullah ini.


Hanya orang beriman sering menyanyikan puisi zikrullah ini
kerana hatinya tersentuh mendengar ayat-ayat Allah dibacakan
lalu seluruh tubuh mereka menjadi gementar , kecut dan takut
keangkuhan terlerai, begitulah rasa penghayatan puisi zikrullah.


Oleh : Nurimanja,
malam  sebelum tidur,
18hb, April, 2010 jam 12.30

32 ulasan:

Geletek Pagi berkata...

Tahniah buat polis undi pos 700 undi
Tahniah buat bebas MIC 500 undi
Tahniah buat bebas UMNO 500 undi

Zaid Ibrahim 24.000 PKR
Kamalanathan 24.000 MIC (BN)

Cuma andaian, kalaulah 3 gulungan ini tidak membantu BN pasti masih bernafas dalam lumpur. Tahniah dan Syabas! Buat dua orang bebas yang menarik diri, penyokongnya telah memberi undi kemenangan kepada YB Kamalanathan.

Walaupun pun Kamalanathan tidak menjanjikan bulan dan Bintang, tetapi dia mempunyai gaya dan cara Touth N Go! Dan kuasa senyumnya yang menyenangkan.

GELETEK PAGI Ini cuma andaian sebelum mengundi semalam dalam kelambu.

nurimanja berkata...

CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA. SIRI 4


Man berkata dalam hati; Jika Abang Muda menjadi papanya , betapakah gembira hati, tetapi papa Man tidak begitu, jarang-jarang mahu bercakap dengan Man, asyik sebuk dengan kerjanya sebagai pemandu teksi.Man sedar di rumahnya tidak ada perabut atau perhiasan yang mahal-mahal, makan dan minum dirumahnya juga ala kadar sahaja, kekadang makan nasi, selalunya banyak makan megge bungkus saja setiap hari.

Mamanya sering kali keluar rumah, bila ada teksi datang ambil, Man tidak tahu mamanya kerja sebagai apa? Selalu kalau mama keluar, Man akan dikunci dalam rumah, Man tidak boleh keluar, kena tunggu dan duduk di dalam bilik seorang diri, cukup menyeksakan..
.
Sewaktu terkurung dalam bilik itulah yang membuat Man sakit kepala dan cukup membosankan, kekadang Man menangis, ada masa Man tertidur atas pangking sehingga mama pulang.

Jika mama tidak pergi kemana-mana barulah Man dapat bermain di luar rumah, seperti hari ahad atau sabtu. Peluang itu Man ambil untuk bertemu dengan Abang Muda di bawah pokok rambutan tua rendang yang daun- daunya jarang.

Man juga sering membezakan dirinya dengan mama, kenapa mama seorang yang cantik, kecil molek, kulit putih kuning, mulut kecil, hidung tingginya sederhana, cuma matanya agak sepet sadikit.seperti orang Tionghua.

“Anak siapa aku ini?”
kulitnya hitam legam, rambut keras macam dawai, hidungnya agak kemek macam pelepah kelapa,matanya sepet sadikit seperti mata mamanya.

Man membandingkan pula rupanya dengan papanya, terlalu jauh lagi pula bezanya, papanya kulit putih kemerahan, rambutnya kerenting, hidungnya tinggi juga , ada misaim dan bauk seperti pelakun Hindustan.

Kini Man sudah gelisah menunggu , hati Man bertambah hampa menunggu Abang Muda tidak kunjung tiba, matahari pun kian cundung diufuk barat, dan budak-budak yang main di taman kanak-kanak itu telah pun ramai yang pulang ke rumah.

Man tidak boleh tunggu lagi Abang Muda , hatinya benar-benar khuatir dan cemas, nanti mama Man marah. Man terpaksa pulang dengan hatinya yang cukup hampa.


BERSAMBUNG.

Satria Juragan berkata...

dapat jugak aku hntr sajak aku yg tersimpan lama dlm comp aku ni...


PENSEL DAN DIARI

buku tersusun rapi
tempat aku menulis diari
kisah hidup di dunia ini
aku coretkan sepenuh hati
pensel kegemaranku
setiap masa menari selalu
dia menjadi teman setia
mencatat rahsia penuh rela
aku menulis apa sahaja
tanpa ada yang memaksa
pensel aku turut gembira
dapat berbakti pada temannya
dulu panjang kini kau pendek
aku asah menjadi renek
bila salah kau tolong padamkan
kau pemaaf segala kesilapan
matamu itu semakin tumpul
aku menulis tak teratur
tanggungjawab itu harus kau pikul
mengajar aku erti syukur

Satria Juragan
3pagi
1.4.2010

Sulaiman Embong berkata...

syabas kamalanathan!!! smoga anda dpt brtugas dgn cemerlang!

Mat Noh berkata...

ptutlah kamalanathan ni menang sbb 3 faktor ni? wah! geletek pagi siap kaji lagi... syabas!

Danial berkata...

mcm mne geletek pagi thu psl 3 org ni Bn boleh menang????

Pak Awang berkata...

geletek pagi kaji semua rupanya? ingat BN menang sbb pengundi dh sedar...

Lebai Noh berkata...

geletek pagi ni penganalisis politik ker??? x terpikir plak sy sebelum ni.. faktor BN menang...

Sudin Ramlee berkata...

biar betol faktor BN memang sebb 3 ni? geletek pagi ni hebat lah kalah suara pulau...

Lagenda Pulau berkata...

geletek pagi mmg hebat! otak org fikir lain otak dia pikir lain? sbb smua org ingat pengundi dh sedar rupnya sbb 3 faktor ni...

Bulan Terang berkata...

ape2pun BN kena lebih berhati2 lagi lps ni sbb mereka menang nasib sahaja...

Madah Pujangga berkata...

ape2pun pengundi dudah sedar dan calon bebas pun x terpegaruh dengan janji palsu pembangkang..

Pak Ngah But berkata...

waH! geletek pag mmg hebat! slama ni x terpikr plak saya??? 3 faktor ni BN menang? ape2pun kita patut berterima kasih kat 3 org ni..

Olie Pajutdy berkata...

man ni msti anak pungut ape? mak man bela... muka lain..

Seri Suri berkata...

man ni anak angkat ape???

Brader Joe berkata...

sian man asyik kena dera jer bila dia nk lari dr umah ni... hahaha

Ummu Akilah berkata...

ape2pun klu nk thu kne check DNA la man ni anak sapa? hehehe

Ali Conan berkata...

sah! mak man msti pelacur! man ni anak luar nikah la..

Saizul Maizav berkata...

pelik jgk abg man ni? dulu ada skrg xde? sah! dia roh!!!!

Sharifah berkata...

abg muda ke mana plak? meninggal ker?

Badrolshah berkata...

janji bulan dan bintang ape benda tu??

Kota Gersang berkata...

janji bulan dan bintang?? janji apa plak? slalu aku dgr org kata mcm ni...

Jengking Perak berkata...

hahhaaahha ade plak touch N go! tp mmg btol lps salam dia blah.. hehe

Mentari Senja berkata...

yup! btol lps ni boleh bagi geleran kamalanathan ni YB touch n go! hahahah

Iman Ali berkata...

harap2 kamalanathan dpt menjalankan tugas dengan sempurna! jgn lompat parti takut sipolan tu beli dia habis?

Harimau Berantai berkata...

ape2pun hidup kamalanathan!! !tak sia2 undi aku semalam! hahaha

Qalam Mutiara berkata...

ULASAN


Begitu lama menunggu sehingga kini baru dapat melepaskan puisinya ke dalam blog NPSCR ini, Sajak Satria Juragan bertajuk agak mudah PENSEL DAN DIARI,.menceritakan kerjanya
dalam mencatat erti kehidupan dlm
diari bersama pensel yang cuma nan sebatang.. Sebenarnya menulis diari bagai merakam cerita apa
yang kita lihat dan apa yang kita rasa dalam kehidupan, budaya ini telah lama dipelupori dan dikuasi
orang timur dan barat pada zaman dahulu, Sebab itu mereka ada fakta dan bukti bagi bantu apa jua dalam
sesuatu yang kurang yakin untuk dipercayai. Selamat mencatat erti kehidupan! Satria Juragan.

nurimanja berkata...

Jawaban soalan terpilih'

- Geletek Pagi ini ada pirasat tersendiri untuk menilai sesuatu, seperti Ibrahim Idham saya tengok dalam blok ini ada seorang dua ada ilmu andaian (falag) agak tepat jua, seperti Penyair Agong dan (Suara Pulau, yang seperti abu atas tunggul sekejap dia tengelam dan sekejap dia timbul) apa pun Syabas! Buat sahabat CR.

- Cerpen APS ini sebagai renungan mengikut situasi yang agak tenat juga dinihari atas penyeksaan kanak-kanak lewat kebelakangan ini. ikutilah sambungan siri 5 seterusnya.

- Sebenar GP maksudkan bulan bintang, mungkin dari petekan kata-kata P. Kmalanathan yang dia boleh tunaikan apa saja, kecuali bulang bintang sesuatu yang agak mustahil bagi P.Kamalanathan utk melaksanakannya apa pun tahniah buat YB Touth N Go!

- Satria Juragan , sila lihat sajak anda dalam NPSCR2 telah pun diterbitkan Syabas! usaha lagi menulis puisi yang lebih indah dan berkesan, Amin.

Keringat Syahdu berkata...

sajak ni misterilah...

Lelangit Biru berkata...

makluk lain pun berzikir jgk ker???

Teratai Mekar berkata...

sajak best tp x brapa paham....hehheeh

Nama Aku berkata...

sajak psl berzikir ni kurang phm la...