Jumaat, 30 Jun 2017

ORANG-ORANG IBRAR



ORANG-ORANG IBRAR

Orang ibrar
Mereka orang beriman
Sentiasa saja memberi makanan
Kepada mereka yang meminta dan lapar
Mereka setiasa sahaja bersikap suka memberi bantuan.

Orang Taliban
Mereka ini pengganas
Di beri gelaran seluruh dunia
Membunuh dan amat kejam tenteranya
Sebenarnya semua cerita propaganda dan menakutkan.

Tetapi bila ada
Seorang tawanannya
Di tahan dan di penjara mereka
Setelah memberi layanan yang istimewa
Lantas  hatinya tertawan dan terus memeluk agama Islam.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 7 pagi
Selasa Tanggal 13 hb  Februari 2017.

Khamis, 29 Jun 2017

PINTU SYURGA ITU BERMULA DI RUMAH






 PINTU SYURGA ITU BERMULA DI RUMAH

Sebenarnya lah
Pintu-pintu syurga itu ada
Banyaknya bermula di rumah kita
Kerana doa ibu bapa perlu banyak berdoa
Begitu juga anak-anak perlu menghormati ke dua ibu bapa.

Perlulah   kita ngat
Taatlah kepada ke dua ibu bapa
Selalulah mendoakan kepada kedua nya
Semoga Allah akan  meanugerahkan panjang umur
Kesejahteraan hidup kita  di dunia dan di hari akhirat nanti.

Panggil nama-nama
Dengan panggilan yang baik-baik
Jagalah adab kita kepada anak-anak kita
Janagnlah ada sikap rasa pilih kasih di antaranya
Perlu  tidak ada  rasa iri hati berilah ilmu sebanyak mungkin.

Mengajarlah mereka
Adab ilmu memberi bermaafat
Banyak berdoa kepada anak-anaknya
Agar anak-anak dapat berdoa pada ibu bapanya
Kepada ke dua ibu bapanya begitulah apa yang kita harapkan.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 6.55 pagi
Ahad Tanggal  12Hb Februari  2017.

.KEPAHITAN MUJAHADAH UNTUK MENDAPAT KEMANISAN




KEPAHITAN MUJAHADAH UNTUK MENDAPAT KEMANISAN

Dunia ini ujian
Meskin dan kaya juga ujian
Orang kaya perlu syukur dengan kekayaan
Orang meskin pula dia bersabar dengan segala kemiskinan.

Kita jangan lupa
Kesusahan dan  ke senangan
Semuanya ujian kesusahan dan kesenangan
Sebenarnya orang yang senang ini lebih berat kenakan ujian.

Justeru itu kita
Perlu ingat dan ambil iktibar
Dalam kehidupan kita se harian di dunia ini
Sama ada susah dan senang keduanya adalah satu ujian Allah.

Sebagai hamba
Kepahitan dalam mujahadah
Jangan mengeluh perlu banyak muhasabah
Untuk mendapat keredhaan Allah dan menekmati kemanisannya.

 Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 8 ,10 pagi
Sabtu Tanggal 10 Februari 2071.