Khamis, 15 Jun 2017

. AMBANG RAMADAN






 AMBANG  RAMADAN  

Kini kita berada
Di pertengan Saaban
Semoga hati kita pun terjentek
Bersiap sedia menghadapi ambang Ramadan.
Bulan yang penuh nekmat, rahmat dan pengampunan
Selamat datang Ramadan al Mubara semoga kami bersamamu.

Suasanamu mulai
Terasa di dalam hatiku
Ketika senja pun menjelang tiba
Biasanya kami akan berkumpul di masjid
Tuk Siak menyediakan tamar, bubur lambuk dan air halia
Sebelum berbuka tuk iman membaca tahalil kepada aruah qariah

Kami penuh harap
Agar ibadat puasa kali ini
Semoga mendapat satu kekuatan
Untuk melaksanakan cukup satu bulan
Bagi mencukupkan rukun Islam yang ketiga di wajibkan
Serta mendapat rahmat kurnian Allah ibadat malam seribu bulan.


Oleh Pena Utara
Catatan jam 5.05  petang
Isnin hujung minggu 8hb Mei 2017.

Tiada ulasan: