Selasa, 26 Mei 2015

HATI DUA INSAN






HATI DUA INSAN

Hati seorang koprat 
tidurnya tidak lena khuatir ribuan sahamnya jatuh
malah utang piutangnya belum langsai 
maka berusaha lah dia siang hingga ke malam
mencari di mana ada peluang untuk keberuntungannya.

Hati seorang pengemis
tidurnya lena di kaki lima tidak pernah fikir tentang kerugian
malah rezeki  hari esok pun belum tahu
maka jadilah dia  seorang  pengemis jalanan
ataupun dipanggil kan dan digelar orang geladangan...

Oleh: Nuri manja,
Bila keadaan telah memaksa Sesiapa pun begitu dan beginilah jadinya
catatan sajak legenda  hilang tarikh asal  hari bulan tahunnya. 26/Mei, 2015

Isnin, 18 Mei 2015

API DI SE BATANG LILIN


 
API DI SEBATANG LILIN 

Bila aku melihat api di se batang lilin
aku pun teringat pada guru-guruku selama ini
yang telah lama bersara dari perkhidmatan mereka .

Adakah aku pun begitu selama ini ?
membakar diri sendiri  bagi menerangi orang lain
Diletak tempat khas dinyalakan kerana ada cahayanya.

Tetapi se batang lilin yang telah pendek
masih mampukan bernyala dan bercahaya?
mungkinkah dikenang jika apinya telah pun padam .... 

Oleh: Nuri Manja,
Teluk Kumbar , Bandar Baru Perda,
Catatan Sabtu 16hb Mei, 2015 jam 8 pagi 


Sabtu, 16 Mei 2015

BIAR PUN KITA DIPANGGIL GURU





BIAR PUN KITA DIPANGGIL GURU


Biar pun,
Kita dipanggil guru
kita bagai lilin membakar diri
menerangai orang lain,
 tugas ini untuk sejagat
usaha kita jangan berhenti
walaupun kemelut sepanjang zaman.

Biar pun,
Kita dipanggil guru
keluarga pendidik tidak punya apa-apa
cukup sekadar memahat nama
pada meniti usia tua
untuk renungan buat gendarasi muda

Biar pun,
Kita dipanggil guru
setinggi mana imbuhan
 pujian dan kurniaan
sekadar melepaskan nafas
kejayaan anak-anak didik
adalah wadah keramat untuk kita.

Biar pun,
Kita dipanggil guru
walau tiada siapa sudi atau mengerti
harga masa terbuang
bagi hanyat seorang pendidik
pembangunan kemajuan  rakyat
adalah  penawar segala duka

Biar pun,
Kita dipanggil guru
tiada siapa yang dapat menilai
tentang wang dan keringat
walau pun mutabat tiada
mencorak zaman adalah kita.

Oleh; Nurimanja,
SK. Sungai Ara. hb16/05/2000
Siar semula petang ini