Sabtu, 2 Mei 2015

NEPAL KATHMANDU



NEPAL KATHMANDU

Nepal Kathmandu
Satu Tragedi menyayat hati
Bila gempa bumi berlaku di bumimu
Bagaikan peristiwa tahun 1981 berulang kembali
Sehingga lebih 5.000 kematian dan 8,000 kecederaan.

Kini cerita sama
Gempa bumi berulang lagi April 2015
lebih 10,000 orang rakyatmu mangsa terkorban
berpuluh ribu lagi ditimpa kecederaan dan kecacatan
Ada jua yang hilang dan tertimbus belum ditemui mayatnya
Di bawah runtuhan bukit bukau, tanah dan rumah tempat kediaman.

Apakah petaka ini
Dapat mengajar kita selama ini
Dan boleh mengingat kan kita sebagai manusia
Bahawa segala perilaku yang kita amalkan selama ini
Tidak menganggu gugat alam atau dimurkai oleh Allah S.W.T’

Oleh: Nuri Manja,
Catatan 30 /4/2015


11 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kita negara yang kurang ditimpa musibah alam, sepatutnya banyak bersyukur...

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kita negara yang kurang ditimpa musibah alam, sepatutnya banyak bersyukur...

nurimanja49@gmail.com berkata...

Bukan perlu menimbulkan musibah dengan sengaja membuat huruhara
dengan demontrasi jalanan membantah sesautu yang baik utk kepentingan rakyat jelata.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Adakah kita lebih gemar dalam hidup ini menjadi dalang dan petualang dengan sengaja membuat fitnah dan tohmah mengasut, memperlekeh dan membantah apa sahaja yang dirancang oleh kerajaan bagi kepenting negara dan rakyat jelata.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sebaiknya buatlah sesuatu yang baik di dunia dan baik juga di akhirat , ingat kata nabi dunia ini syurga buat org bukan muslim tetapi penjara buat orang muslim , adakah kita perlu masuk lagi penjara di akhirat nanti.

nurimanja49@gmail.com berkata...

BICARA PUISI DALAM CERPEN-CERPEN CITRANURI DALAM TAHUN 2015
1.BILA TIBA WAKTUNYA

Sesiapa pun tidak boleh menduga
Jika cempedak boleh menjadi nangka
Kerana setiap kehidup dan ketentuan kita
Semuanya telah di tentukan oleh Allah S.W.T.
Pada qada dan qadar catatan diLulmahput sana

Walaupun aku bangsa melayu orang Asia
Tidak mustahil memperisterikan orang barat
Kalau dulu papaku tunduk kepala dan tabit hormat
Pada Bosnya berbangsa Inggeris setiap pagi
Harinya bangsa itu menjadi isteri aku sendiri.

Oleh: Nuri manja,
Rajang Sarikei, Serawak,
24/4/2015

nurimanja49@gmail.com berkata...

BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

2.DUNIA INI SEMANKIN SEMPIT

Sesuatu yang diharapkan selama ini
Tetiba sahaja menjadi satu kegagalan
Pastinya terasa satu musibah yang menimpa
Apakan daya bagi seorang perempuan
Segala yang impikan dan dicita habis berkecai
Terasa dunia ini semankin sempet deritanya
Kesedihan pun bagaikan bergayut di mana-mana ?

Oleh: Nuri Manjua
Catatan: 25/4/2015

nurimanja49@gmail.com berkata...


BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

3.MENEMPAH MASA

Masa depan kehidupan kita
Kita sendirilah yang mencorakkannya
Allah SWT telah menyediakan segala-galanya
bagi mencorakkan masa depan dan cita-cita kita

Kerana Allah tidak mengubah
Nasib dan kejayaan sesaorang itu
Melainkan dia sendiri yang mengubahkannya
Tentang corak dan warna kehidupan kita di dunia ini.

Oleh: Nurimanja,
Catatan 26/4/2015

nurimanja49@gmail.com berkata...


BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

4.MAT BAT
Kecintaanya luar biasa
Pada seni biolanya
Yang pernah membawanya hanyut
Bersama setengah abad usia kehidupannya.
bunyi gesek kan biolanya bagaikan kekasih
Yang ghairah dan mengasikkan pada hatinya
Bila Irama biola berlagu di pentas khalayak
bagaikan dia mendapat membalasan cinta sucinya.
Satu permainan yang mengasek kan hingga lupa segala .

Oleh Nurimanja,
Catatan 27/4/2015

nurimanja49@gmail.com berkata...

BICARA PUISI DALAM CERPEN CITRANURI

5.PENYEKSAAN

Kesombongan dan keangkuhan
Adalah sifat mazmumah yang terkeji
Orang Islam tidak patut mengamalkannya
Sikap tercela dan menjatuhkan murtabat diri
Bila melakukan budi pekerti yang membawa orang benci
Penyeksaan pula satu musibah
Bila mana berlaku pasti ada hikmahnya
Jika kita membuli orang atau sebagainya
Satu hari musibah akan menimpa pada diri kita
Contoh yang paling mudah dan senang sakit berpanjangan

Oleh: Nurimanja,
Catatan 28/4/2015

nurimanja49@gmail.com berkata...

Harap Maaf! ejaan tempat mengelirukan dalam puisi Nepal Kathmandu bukan Nepal Mogadishu .

RALAT . Harap maklum!