Isnin, 18 Mei 2015

API DI SE BATANG LILIN


 
API DI SEBATANG LILIN 

Bila aku melihat api di se batang lilin
aku pun teringat pada guru-guruku selama ini
yang telah lama bersara dari perkhidmatan mereka .

Adakah aku pun begitu selama ini ?
membakar diri sendiri  bagi menerangi orang lain
Diletak tempat khas dinyalakan kerana ada cahayanya.

Tetapi se batang lilin yang telah pendek
masih mampukan bernyala dan bercahaya?
mungkinkah dikenang jika apinya telah pun padam .... 

Oleh: Nuri Manja,
Teluk Kumbar , Bandar Baru Perda,
Catatan Sabtu 16hb Mei, 2015 jam 8 pagi 


11 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 11 :
GAMBRAN 6.

Nabi Muhamad saw melihat manusia memakan daging busuk (maksud disini suami yang telah berkhawin ada isteri yang syah dan halal, tetapi masih gemar mencari perempuan luar nikah seperti sundal, jalang, pelacur, perempuan yang tidak dikhawininya ada haram)

Dalil Ayat Al Quran ayat 32: Surah Israk; kira ertinya,
"Dan jangan kamu menghampiri ZINA Sesunguhnya zina itu satu pruatan yan angat keji dan sejahant-jahat jalan,"

Lihat tegas ayat ini:jangan kamu menghampiri zina, sesungguhnya dia kerja jahat, Apatah lagi jika melakukannya.menghampirinya pun
Allah melarang, perempuan juga tidak sepatutnya menonjolkan simbul-simbul sex atau tubuh mereka kepada lelaki , digalakan pakai pakaian menutup aurat.
Perempuan yang berzina,bila mati diakhirat nanti ada ulat sebesar guni beras berwarna hijau sepeti ulat bulu, akan datang padanya
dalaan keadaan berbogel, ulat itu hendak masuk ke dalam kemaluan perempuan itu, sambil berkata, "Dulu engkau sukakan kepada lelaki yang bukan uami kamu, sekarang akumahu masuk, jangan kau menjerit ketakutan menu
Aktibar dari peristiwa ini:atau (Pengajaran)

1. Perbuatan zina adalah berdosa besar yang dikutuk dan dikenakan azab yang pedih di akhirat nanti.

2. Zina juga merosakkan intitus kemasyarakatan , lebih parah lagi anak yang dibuang ini bila usia ibunya baru 14 tahun, selepas 25 tahun anaknya telah brusia 13 tahun, dikuatir si anak ini pula menzinaai ibnya sendiri,disebabkan tidak dikenali kerana dahulunya anak dibuang.

3 Zina, omosex, lesban dan yang seumpamanya boleh membawa berbagai penyaki kelamin seperti AIDS, Siplis dan sebagainya.

Sambungan siri 13 .

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 12 :
GAMBRAN 7.

Nabi diperlihatkan dengan manusia berenang dalam lautan darah dan dibaling pula dengan batu.
Ini adalah amalan orang suka makan duit riba, seperti duit bunga, kena bayaran balik yang berlipat kali ganda, malah berniaga mengambil untung lebih dari dua atau tiga ratus peratus pun dikira semacam riba, begitu juga skim cepat kaya, dan berbagai lagi, apa saja yang dikira, memujuk, dan cuba menipu, dengan janji yang dikenakan semacam cuba menindas, adalah berdosa dan riba, begitu jua pinjaman perumahan yang mengambil faedah yang membankan peminjam 25,000 kena bayar balik 60 hingga 70 ribu, bila sesuatu yang dikira penindasan,Islam mengharamkannya.kecuali sama berpayung sama burntung.

Iktibar dari peristiwa ini:

1. Amalan riba dilarang keras dalam Islam, kerana dia punca penindasan dan kezaliman dalam masyarakat.mangsa yang meminjam menyebabkan melarat sepanjang hayat. akibat bayar bunga atau faedah yang berlipat ganda.

2. Mereka yang mengamalkannya, termasuk yang memberi, menerima , yang menjadi saksi dan pencatat perjanjian, semuanya akan menerima balasan seksa daripada Allah saw.

3. Islam mengalakan tolong menolong, bantu membantu dan saling mengasihi dikalangan individu dan masyarakat, bukan salin dendam mendendam kerana penindasan perpanjangan.

Dalil Al Quran surah Al Baqarah, ayat 278, kira ertinya:

Wahai orang beriman bertaqwalah kepada Allah, dan tinggalkan menunut lagi riba (yang ada pada orang yang berhutang) jika benar kamu orang-orang yang beriman,jika kamu tidak juga mahu memberhentikannya, Ingatlah Allah dan rasulnya akan memerangi kamu, jika kamu bertaubat hak kamu asal harta kamu, kerana kamu tidak berlaku zalim dan kamu juga tidak akan dizalimi oleh sesiapa.

sambung siri 13.

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 13 :
GAMBARAN 8.

Nabi melihat kayu berduri mengait orang yang lalu lalang
Lewat kebelangan ini, kita sering mendengar budaya lepak, anak muda duduk disimpang jalan mengganggu orang lalu lalang, di tangga flat, lepak berdengung di hadapan rumah tangga orang, apa saja yang dikira menghalang ketentraman dan ganggu orang ramai, termasuk, kacau anak perempuan orang, tunang orang, dan janda atau isteri orang, yang seksi tak seksi , tertutup atau terdedah, semuanya, bila di hari akhirat nanti, ada sebatang pokok yang berduri batangnya akan mengait tubuh badan kita sehingga calar dan berdarah, kerana amalan kita dahulu merenung dan menganggu anak atau isteri orang lalu lalang.

Iktibar daripada peristiwa ini;
_
1.Mereka yang suka mengganggu orang lain lalu lalang sama tujuan pergi kerja atau balik pasar atau membuat kerja kebajikan, mereka akan dibalas dengan seksaan yang pedih

2.Islam menggalakkan setiap muslim supaya menjaga keadaan ketenteraman awan dan wujudkan kedamaian di setiap kampung , taman perumahan dan flat tempat tinggal kita.

3.Islam melarang anak muda membuang masa dengan menganggu lalu lintas orang ramai yang ada kerja-kerja kebajikan adalah perbuatan yang laghou atau sia-sia. Apa yang digalakkan Islam, semoga hari ini lebih baik daripada semalam, jika tidak laghou

Dalil ayat Al Quran , surah Hud, ayat 113; ertinya;.

Dan jangan kamu cundung kepada orang-orang yang suka melakukan kezaliman ( jika kamu lakukan juga) Api neraka akan membakar kamu , sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong kamu, yang lain daripada Allah. Kamu tidak akan dapat pertolongan.

Sambungan siri 14 .

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MAKIRAJ SIRI 14 :
GAMBARAN 9 .

Nabi diperlihatkan bagaimana seorang hamba Allah yang mengikat kayu yang banyak, bila saja dia hendak memikulnya , kayu itu akan terburai, bagai tidak sempurna jadinya. Begitu jugalah keadaan seorang yang cuba mengangkat atau memikul beban yang berat, walaupun dia tidak terdaya, tetapi cuba ditambahkannya lagi beban itu.

Perbandingan gambaran di atas,memang benar ada berlaku kehidupan kita seharian di kampung atau pun di kota. malah di seuatu jabatan, petubuhan dan sehingga kepada kementrian, dan wakil YB.

Contoh benar: di sebuah kampung ada seorang itu begitu punya tamat hendak memengang jawatan, dia jadi iman, dia jadi tok ketua, dia juga nak jadi tukang masak kenduri khawin,dia juga nak jadi pengerusi PIBG dan segala macam AJKK. Ini dinamakan tamak, didunia boleh lagi kita minta tolong, diakhirat kita kena tanggong sendiri.Begitu juga yang lain,Sudah di Parlimen kita jadi calon, kawasan DUN pun kita hendak juga. Hanya orang yang faham akan menilai ketamakkan kita.

Iktibar daripada peristiwa ini;_

1. Balasan Dahsat bagi orang yang suka memikul amanah yang diberi tetapi tidak dapat dilaksanakan. malah sedia menerima lagi jika ada orang yang sudi menawakan jawatan kepadanya.

2. Amanah satu tanggungjawab yang mesti kita laksanakan kepada masyarakat dan hak orang ramai dengan jujur dan ikhlas, jangan suka dengan jawatan yang banyak tetapi tidak dapat dilaksana dengan sempurna.

3. Sikap tamak kepada sesuatu jawatan, tetapi tidak pula dapat dilaksanakan dengan sempurna Islam amat menutuknya.

Dalil Al Quran, surah An nisa ayat 58; maksudnya
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerah segala jenis amanah kepada orang yang ahli dengan kemampuan tugas itu (mahir) merekalah yang berhak menerimanya."

Sambungan siri 14 .

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 15 :
GAMBARAN 10.

Nabi diperlihatkan gambaran manusia mengunting lidahnya dengan gunting api neraka, setelah digunting bercantum semula, dan begitulah keadaannya.rengkasnya kata orang yang bercakap tidak serupa bikin. Cuma pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakannya,janji kosong, banyak dusta atau banyak auta sahaja, kata pepatah "Sungguh pandai bermain lidah dan tanam tebu di bibir sahaja".

Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-

1. Islam mengutuk orang yang pandai bercakap tetapi tidak dilaksana apa yang diucapkannya, jangan bercakap tak serupa bikin.

2. Setiap orang Islam mesti bercakap benar dan melaksanakan apa yang dikatakannya, jangan cuba bermain putar belit, manusia benci Allah mengutukkannya.

3. Orang yang bercakap dusta adalah ciri-ciri orang yang munafik, umat manusia sepatutnya menjauhkan diri dari orang-oang yang seperti ini, dikhuatiri bersubahat dan berdosa.

Dalil Al Quran, dalam surah Ast Sad ayat 2 dan 3. kira maksudnya;

Wahai orang yang beriman , Mengapa kamu perkatakan apa yang tidak dapat kamu lakkan, Amat besar kebencian Allah kepada orang yang berkata sesuatu yang tidak dapat dilaksanakanatau dilakukannya.

Sambung siri 16.

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 16 : TARIKH
GAMBARAN 11.

Nabi diperlihatkan gambaran manusia yang mencakar muka dan dadanya dengan kuku tembaga; Begitulah keadaannya orang yang suka mengumpat daripada dosa besar yang wajib dijauhi, boleh memusnahkan diri sendiri dan merosakan hubungan ke masyarakatan.

CERITA TAMBAHAN: Satu hari nabi terdengar dua orang perempuan mengumpat dalam bulan puasa, lalu nabi berkata sukakah kamu makan daging saudara kamu sendiri, mereka berdua terkejut, nabi meminta mereka meludah, didapati ada darah keluar dari mulut mereka, lalu nabi berkata, pergilah kamu meminta maaf kepada orang yang kamu umpat tadi.

Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-

1. Mengumpat adalah bedosa sepatutnyalah kita jauhi

2. Mengumpat bagai senjata yang boleh makan diri sendiri

3. Boleh merosakan hubungan kemasyarakatan setempat

4. Tiap orang Islam jauhkanlah dari umpat dan mengumpat dan masjid pula bukan tempat menghentam pemerentah.

Firman Allah dalam surah al hujurat ayat 12; kira maksudnya;

Dan jangan kamu memcari kesalahan orang dan jangan kamu mengumpat sebahagian daripada yang lain, Sukakah kamu memakan daging saudara kamu yang telah mati, dan sudah pastilah kamu merasa jijik kepadanya.

sambungan siri 17

nurimanja49@gmail.com berkata...

ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 17 :

GAMBARAN 12.

Nabi diperlihatkan gambaran Lembu yang berbadan besar keluar dari lubang sempit, kemudian bersusah payah ingin asukannya semula ke dalam lubang sempit yang tempat dia keluar tadi.Perbandingan gambaran ini bila saseorang yang suka bercakap besar, sumbung dan angkuh tehadap orang lain, pastinya bila dia ingin menarik balik katakatadan sikapnya selama ini memang sukar dan payah diterima, oleh masyarakat umum.Jadi kalau boleh, janganlah sukabercakap besar ataupun takbur.kata orang terlajak perahu boleh dibeluk, terlajak kata padah jadinya.

Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-

1.Sikap cakap besar, angkuh dan menyumbung diri ditegah dalam Islam.

2.Sikap mazmumah ini boleh memutuskan tali silatun rahim sesama manusia.

3.Setiap muslim patut menjauhi sifat mazmumah (yang terkeji) dan tidak sesuasi.

Firman Allah alam Al Quran, surah Loqman ayat 18. kira maksudnya:

Dan jangan kamu berpaling mukamu kepada manusia (miskin) dan jangan kamu berjalan di muka bumi ini dengan gaya berlagak sombong dan angkuh. Sesungghnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong,takbur,lagi suka mendabit dada dan membanggakan diri.

Sambungan siri 18

nurimanja49@gmail.com berkata...

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 18 :
GAMBARAN 13.

Nabi Muhamad saw terdengar panggilan disebelah kanan (panggilan Yahudi) dan panggilan di sebelah kiri (pangilan Nasrani) Gambaran peritiwa ini, bagaimana budaya kita hari ini kita umat Islam telah pun terpengaruh dengan cara hidup orang Yahudi dan juga Nasraani. Contoh mudah: makan di atas meja kaki berjuntai, main bola sepak, rumah dua tingkat, makan dengan sudu dan minum dengan stro. Pakaian yang bergantungan dalam al mari itu adalah tempat sarang yaitan dan iblis. rumah yang di petekkan getar itu tiap kali dipetek dimainkan sekor iblis akan lahir.bertopi sodok bukan berserban, buang janggut dan misai, ibubapa jadi hamba abdi kerana menjaga cucu, bila anak menantu keluar pergi bekerja.banyak lagi dlln.

Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-

1. Yahudi dan Nasrani adalah musuh ketat dan tradisi bagi orang Islam di dunia ini

2.Golongan ini sentiasa berusaha membuat berbagai perancangan untuk menghancurkan umat Islam dengan berbagai pengaruh yang melekakan.

3. Setiap orang Islam mesti peka dan waspada dengan taktik dari kedua gelongan ini untuk memesungkan akidah agama kita.

Firman Allah dalam Al Quan surah Al Baqarah ayat 120; Kira ertinya:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan meredhai engkau, sehinga engkau mengikut jejak langkah mereka (iaitu cara hidup mereka hari ini)"

Sebab mereka dahulu pernah jadi bangsa yang ditindas, merempat tiada negeri,hari ini mereka bangun untuk menjadi bangsa yang akan menindas bangsa di dunia.khususnya umat Islam.

Sambungan siri 19 lusa

nurimanja49@gmail.com berkata...

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 19

GAMBARAN 14.

Nabi Muhamad saw terdengar panggilan seorang wanita yang sangat cantik ditubuhnya penuh dengan perhiasan yang mahal dan indah Gambaran peristiwa ini ialah DUNIA di ibaratkan seperti seorang perempuan cantik, yang sering memperdaya dan terpesona dengan gaya lenganglengok dan keghairahnya yang sering membuat ramai lelaki tesungkur kerana cinta berahinya kepada seorang wanita yang cantik dan mogel. Hari ini pun wanita sering jadi mangsa, setiap barangan yang hendak dijual, ikhlannya mesti diletakan gambar seorang wanita, , lihat saja dalam Tv ada yang sanggup mendedahkan sebahagian dari simbol-simbol sexnya.semuanya itu gambaran tarikkan dunia yang meruntunkan hawa nafsu dan nelunturkan keimanan kita. judi, arak , wang, harta dlln.Tidak hairanlah hari ini berapa ramai anak yang tidak berbin atau berbintikan. amat membimbangkan.

Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-

1. Godaan dunia boleh melalaikan tanggangjawab kita kepada Allah sebagai hamba dan khalifah di dunia ini.

2. Malah lelaki yang tidak ada pegangan akidah yang kuat boleh runtuh imannya melihat wanita yang mengiurkan. malah ada pula golongan ini yang mengambil kesempatan merosakkan kaun hawa ini dengan mengautkan keuntungan.

3. Setiap wanita muslimat patutulah menjaga diri dan kehormatan dan maruah diri , agar tidak untuk diambil pula kesempatan pihak tetentu diperdagangkannya

Firman Allah dalam Al Quran surah An Naziat ayat 37-39 ; Kira etinya;_

"Adapun orang-orang yang melampau (perbuatan durhakanya) serta dia utamakan kehidupan dunianya semata-mata, maka sesungguhnya NERAKA JAHIMLAH tempat kediamannya,"

Sambungan siri 20

nurimanja49@gmail.com berkata...

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 20 :
GAMBARAN 15.

IBLIS kerjanya cuba menganggu manusia

Nabi Muhamad saw telah dihalang di pertengahan jalan oleh sorang tua yang cuba menghalang dan mengemukankan beberapa soalan kepada nabi Muhamad saw sebagai percubaan menghalang perjalanan nabi.

Gambaran peristiwa ini ialah, orang tua itu merupakan syaitan yang cuba menganggu manusia dimana saja berada. kerana syaitan telah bersumpah sebelum Allah menghukumnya, berilah dia peluang untuk mngoda setiap umat manusia terjerumus kejalan yang dilaknati Allah.Syaitan juga boleh berjagai bermacam rupa bentuk dan gaya, malah boleh masuk melalui saloran arah hingga ke dalam hati dan jiwa manusia, kecuali hati orang-orang yang benar beriman, contoh seperti khalifah Abu Bakar Al Sidiq, bila ia melalui sesuatu jalan itu, syaitan tidak akan berani melaluinya lagi.Sebab itulah bila kita duduk berduaan terutama teruna dan dara, akan ada orang yang ketiga jadi pemujuk berahi iaitu SYAITAN

Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-

1. Umat manusia sepatutnyalah berwaspada dengan bujukan syaitan yang melakukan berbagai cara dan muslihat di dunia ini. (dia uga boleh masuk dan berada di kalangan melalui jin dan manusia)

2. Iblis dan syaitan ini mempunyai berbagai muslihat dan cara untuk menggoda dengan tipu daya untuk melemahkan iman manusia,

3. Bersikap istiqamahlah dalam hal ibadat, agar dapat menyekat daripada godaan iblis dan syaitan laknatullah ini.(malah bagi orang yang beriman Iblis cuba mengerahkan segala bala tenteranya untuk menghancurkan hati yang telah kebal keimanan sesaorang, tuk guru, orang alim, ustaz dan utazah, yang kita dengar berbagai hal belaku kebelakangan hari ini)

Firman l Quran dalam surah Yassin ayat 60, kira maksudnya;

"Bukankah aku telah memerentahkan kamu wahai anak-anak Adam supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata,"

sambungan siri 21.

nurimanja49@gmail.com berkata...

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 21 :
GAMBARAN 16. (siri akhir)

Perempuan yang terlalu tua dan sudah bongkok memanggil nabi Muhamad saw untuk bertanya tentang umur dunia. Sebenarnya dunia ini sudah tua, kita umat akhir zaman; kalau tidak percaya cuba kamu renung dalam cahaya bulan mngambang , adakah nampak wajah seorang tua bongkok sedang duduk menyeranguh bagai dimuka tingkap.

Iktibar daripa gambaran peristiwa ini;

1. Umur dunia semankin tua dan menunggu masa untuk menemui kehancuran ataupun kiamat.

2. Setiap muslim mestilah memamfaatkan setiap detik umur yang ada dengan amalan dan ibadat yang boleh mendekatkan diri dengan Allah.

3. Setiap muslim kita hendak muhasabah dan mengisapi diri dan banyak-banyaklah mencitai mati dari mengingati dunia yang pana ini.jangan terlalu cintai dunia benci akan mati.

Fiman Allah alam surah Al A raf ayat 187. kira ertinya:

"Mereka bertanya kepada kamu ( Wahai Muhamad) tentang hari kiamat; Bilakah akan berlaku? Sesungguhnya hal pengetahuan akan hari kiamat hanya ada pada Tuhanku. Tidak ada siapa yang dapat menerangkan bila datang waktunya, melaikan Allah SWT .Pada hari kiamat itu amatlah berat mengerunkan makhluk-makhluk yang ada di langit dan dibumi ianya tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut,"

SEKIAN WALLAHHUAKLAM
rujukan unit dakwah kempimpinan KPM.

BERHENTI SEKTIKA. KINI SELESAILAH SUDAH FASA 1.