Khamis, 25 Mac 2021

DUNIA DATANG DENGAN KEADAAN BAIK TETAPI AKAN HANCUR DENGAN KEBURUKKANNYA.




DUNIA DATANG DENGAN KEADAAN BAIK
TETAPI AKAN HANCUR DENGAN KEBURUKKANNYA.

Wahai manusia!
Ketahuilah Dunia ini
Punya umur ada penghakhirnya.
Kini digambarkan dunia sudah tua nampaknya
Maka perlulah kita ketahui gambarannya kepada manusia ?
 
Contohnya kini
Seorang sudah tua
Banyak fungsinya telah hilang.
Mata rabun, telinga kurang pendengarannya
Kulut pula mulai berkerdut tenaga dan fikiran kian lemah.
 
Justeruitulah!
Kita jangan pula lupa
Sebagi orang yang beriman
Mereka kena faham dan mengerti kehidupan
Kerana kehidupan ini ada penghujungnya perjalananya.
 
Maka rugilah !
Mereka tidak beriman
Memburu kehidupan dunia
Bagaikan tidak ada penamat atau kematian
Sejarah kehidupan di dunia ini bagaikan tiada hari kiamat.
 
 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan Ahad  jam 6.00 pagi
Tarikh; 2hb 1 Mach 2021


WARNA YANG KITA TEMPAH?



WARNA YANG KITA TEMPAH?
 
Kekaguman 22 tahun
Kuasa Atok memerintah kini dirindui
Tetapi ketelajakkan usia melewati di hujung senja
Satu kerinduan yang di tempah warnanya telah pun berubah
Maka berlakulah berbagai kepincangan dan kedudukkan negara menjadi tidak tentu arah ?

Kemana rancangan ?
Wawasan 2020 kita negara maju ?
Itulah warna yang kita tempah apabila sekian lama
Kononya rakyat merindui pentakbiran Atok yang dulu di kagumi dunia ?
Tetapi hari ini telah menjadi sebaliknya Dulu parang sekarang besi dulu sayang kini benci ?

Kerangkusan nafsu
Serakah wadah memperbetulkan
Konon ingin negara maju cerita dogengan sahaja ?
satu kehancuran kemusnahan yang sukar dapat diperbetulkan kembali
Kini terimalah Kesedihan rakyat bagaikan bergayut di merata-rata di pelusuk tanah air kita ?
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam7. 15. Pagi
Tarikh 31hb Disember, 2019

DALAM KEKALUTAN COVID 19 / 2020



DALAM KEKALUTAN COVID 19 / 2020
 
Kini negara kita dalam kekalutan Covid 19
Bila perintah beredar di kenakan
Pergerakkan pun terhad
Kami penuh terharu
Fikiran buntu
Terhenti.

Ada perkhabaran menyanyat hati keluarga
Waktu resah ada berita kesedihan
Keluarga sebelah ayahnda
Dan keluarga ibonda
Meninggal dunia
Sedih juga.

Kedua-duanya kami kecewa tidak dapat hadir
Sekadar solat ghaib di rumah saja
Dan solat sunat hadiah
Baca doa tahlil
Al Fatehah .

Oleh Admin Muda
Cattan jam 5.00 petang
Rabu Tanggal 25hb Mac, 2021
 

SELALULAH ZIKIR MUNAJAT



 
SELALULAH ZIKIR MUNAJAT
 
Menunggu waktu di hujung malam,
bukanlah  satu penyeksaan
cuma kemalasan hati
menguasai diri.
di dunia ini.
 
Setelah kita berada di dalam kubur,
jangan harap untuk meminta
bangun di malam hari
lakukan solat sunat
dua rakaat.
 
Bagunlah untuk berzikir dan munajat,
dan bermuhasabah diri anda
agar jiwa lebih tenang
zuhud bertawadok
pada Allah swt.
 
Oleh: Nurimanja,
Catatan malam hari,
Sebelum tidur 15/3/2021


ANAK-ANAK CUMA HIASAN DI DUNIADAN AKHIRAT


ANAK-ANAK CUMA HIASAN DI DUNIADAN AKHIRAT
 
 
Wahai manusia
Ingatlah anak-anak cuma hiasan
Hidup di duniadan dan juga di hari akhirat nanti
Jaga dan didiklah mereka untuk kebaikan dunia dan akhirat ?i
 
Jangan dekati
Jin dan syaitan yang durhaka itu
Kalian ambil jadi pemimpin dalam kehidupan ini
Nescaya mereka akan cuba melakukan penyelewengan nanti ?
 
Kerana mereka
Jin dan Syaitan ini telah durhaka
Sesungguhnya mereka akan dihukum Allah nanti
Justeru itu jangan sesekali kita taat dan patuh dalam hasutan?
 
Orang yang jadi
Pemimpin akan menerima balasan
Kerana banyak bantahannya menjalankan tugas
Sehingga mereka lupa dan melampaui batasan yang di tetapkan?.
 
Tidak ada siapa
Boleh menghalang kehendak Allah
Baik mereka terdahulu atau hari ini akan diseksa
Jika menjadikan perintah Allah sebagai ejikkan yang melampau?
 
 
Oleh Geletek Pagi
Catatan jam 4.40 petang
Jumaat Tanggal 27hb Disember 2019


Isnin, 15 Mac 2021

.SEGERALAH SUJUD SYUKUR










SEGERALAH SUJUD SYUKUR 
 
Jika kita telah berjaya
Dengan apa yang kita hajatkan
Eloklah kita lakukan sujud bersyukur
Bukan mudah untuk Allah SWT pekenankan
Usaha dan hajat kejayaan sesaorang mendapat Phd.
 
Perlulah banyak guru
Dan banyak Univasiti dihuninya
Bukan seorang pensyarah dihadapinya
Berbilang bangsa dan kaum menjadi petunjuk
Bagi mendapatkan 3 gulung Ijazah, master dan Phd.
 
Banyklah bersyukur
Kita bangsa belum bernama
Jadi yang sulung perlu memulakannya
Bagi merintis jalan permulaan alam pendidikan
Buat datuk nenek sebuah keluarga belum bernama.
 
Oleh: Nuri Manja
Catatan jam 5.45 pagi
Khamis Tanggal 28hb April 2016
 

POKOK ALAM DAN MANUSIA.



POKOK  ALAM DAN MANUSIA.
 
Jikalau Pokok-Pokok
Dimuka bumi ini telah musnah
Manusia dan haiwan tidak akan bermaya lagi ?
 
Hidupnya pokok itu !
Bagi mengeluar udara segar
Dan menghasilkan oksida menyedutkan kaban ?
 
Tiada pokok-pokok !
Tiada ketenangan alam maya
Di bawah rembunan pokok terdapat ketenangan?
 
Kewujudan  pokok !
Menceria anusia haiwan alam
Tidak dapat dipisahkan diantarasa satu samanya ?
 
Ingat tebang pokok
Jangan ikut sebarangan saja
Hendak tebang senang untuk menannya agak susah ?
 
 
Oleh Admin Muda
Sajak percubaan saja
Tarikh 24hb Fevruari 2021

 

BILA KU BUKA JENDELA



BILA KU BUKA JENDELA 
 
 
Bagun  pagi
Kubuka jendela ada terdapat
Di depan rumahku ada terdiri sebuah warong
Menjual roti canai dan nasi lemak bersama kopi jamu selera
Ramai pelanggan terdiri dari berbilang bangsa Melayu , china dan juga India .
 
Pak Salam
Penghijrah dari negeri Perak
Seorang pembantu pekerjanya dari Indonesia
Muka bulat punggung tonggek menjadikan ramai pelanggan
Membuat  Pak Salam dan pembantunya melayan pelangan tidak menang tangan .
 
Mak Su ni
Isteri Pak Salam agak lembab
Tidak pandai mengira selalu silap kira mengira
Pak Salam kata baik hang jaga anak saja jangan buat kerja
Sedihnya pelanggan ramai Mak Su cuma duduk pegang anak tenguk sahaja .

 
Oleh Admin Muda
Sajak percubaan saja
Tarikh 24hb Fevruari 2021

 

MEMORI SAMPAN PENAMBANG



MEMORI SAMPAN PENAMBANG 
 
Kenyalang!
Dibumimu aku mengkagumi
Tentang sebuah kisah yang aku rakamkan
Penderitaan seorang Pendayung Sampan Penambang
Dulu pergi dan balik menyemberang sungaimu hanya 20 sen seorang penumpang.
 
 Nostalgiaku
Ingin menyanyikan lagumu
Iramanya masih kental teringat di hatiku
Waktu aku menaiki salah seorang Sampan Penambang
Pak cik tua masih mampu berdayung menongkah arus menumpahkan keringatnya
 
Bunyinya !
Bur Berdebur Bar bedebar
Bunyinya dayung sampan Penambang
Tin berdeting bunyinya siling jatuh berdering bunyi terinting
Di sungai suami mengemis di rumah isteri menangis menanti suami penuh debaran
 
Sesuap nasi
Setitik keringat mengalir[D1] 
mengharap reziki bayaran penambang
Pak Cik tua berjiwa perkasa menagih rezeki pagi dan petang
Demi keluarga isteri tersayang menjaga anak jangan terus dicengkam kelaparan.
 
 
Oleh Nuri manja
Catatan jam 4.30 petang
28/2/2021 ahad hujung minggu.

AKU DISERANG PENYAKIT KETUAAN




AKU DISERANG PENYAKIT KETUAAN 
 
Kini aku termenung
Melihat wajahku kini disalut ketuaan
Saban hari kulitku kini kian mengecut dan keriput
Bagaikan diserang satu penyakit ketuaan yang sukar di haling
Lengan tanganku dan jejriku putih dan lincik itu  bagaikan hilang ketegangan .
 
Apakah itu takdir ?
Pasti lalui dengan tabah dan pasrah
Apabila usia kita kian mengesut di hujung senja
Muka kian berjalur berkedut, kening memutih hitam dan putih
Dahulu rambutku panjang kini kepalaku sudah pun menjadi lincin dan botak ?
 
Kini pasrahlah kita ,
Untuk menerima catatan takdir llahi
Yang muda menjadi tua yang tua sakit dan mati
Jangan kita menjadi pelepah kelapa  tua jatuh muda ketawa
Akhirnya mereka juga terima geliran yang sama bila tiba masa dan Ketika?
 
 
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 12. 55 tengah hari
Hari Sabtu bersamaan 27hb Februari 2021

Jumaat, 5 Mac 2021

.AKU SELALU JUMPA DUIT?



.AKU SELALU JUMPA DUIT? 
 
Kenapa ya ?
Aku selalu jumpa duit atau wang
Sejak di bangku sekolah rendah hingga kini sudah bersara
Aku selalu jumpa duit atau wang kertas di jalanan takt ahu siapa punya ?
Aku tdak tahu siapa punya aku kekadang aku ambil sedekah dekat masjid niat pahala dia punya.
 
Sebenarnya:
Aku kini sudah menjadi persara
Daripada  salah seorang perkhidmatan kaki tangan kerajaan
Kekadang aku berjalan masih berjumpa duit seling atau pun  wang kertas?
Selling berpuluh sen, dan wang kertas berpuluh ringgit aku takt ahu siapa punya tuan ampunya.
 
Hingga kini !
Aku dapat lagi besar jumlahnya
Sehingga ratusan ringgit hingga ribuan ringgit aku terima
Aku tidak pun mencuri tetapi ada orang yang memberi bila aku terdesak?
Sejak tahun 2017 sehingga ke hari ini 2021 hamper 18 ribu aku perolehi dari Jumpa Wang Ajaib.
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 2.00 petang
Hari  Rabua 24hb Februari 2021.
 
 


UMNO , DULU, KINI DAN SELAMANYA.


 




UMNO , DULU, KINI DAN SELAMANYA. 
 
UMNO
Dulu kau lahir
Gah sebagai perjuang
Pembela agama bangsa dan negara
Kini nasib 75 tahun dulu mulai berubah diarus zaman.
 
UMNO
Kini kau diarus
Digetal dan tranfomasi
Maklumat datang pantas dan cepat
Malah Dunia kini dihujung jari kita untuk berkominikasi.
 
UMNO
Selamanya kau
Akan dicabaran musuh
Daripada dalam dan luar kotak minda
Kerana kau parti umat melayu yang mampu bersaing.
 
UMNO
Parti Melayuku
Semoga kau selamanya
Berdiri teguh kukuh terus berkuasa
Janaganlah kau biarkan anak cucu cicit kita menderita .
 
Oleh Nuri Manja,
Catatan jam 2.00 petang
Selasa 25hb Februari 2021.

JANGAN SILAP TAFSIR PEREMPUAN?



JANGAN SILAP TAFSIR PEREMPUAN? 
 
Perempuan
Kau yunit pada lelaki
Yang cantek dan menarik dapt perhatian .
 
Tetapi sayang
Kau selalu pemangsa
Apabila buruk dan hudoh dipandang hina .
 
Lelaki sebenar
Bukan begitu sikapnya
Mereka tahu perempuan itu ibu mereka .
 
Satu kesilapan
Lelaki melihat wanita?
Tempat melepaskan nafsu berahi sahaja.
 
Jikalau begitu
Amat mengecewakan?
Allah men jadikan hidup ini berpasangan.
 
Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 4 petang
Selasa 23hb Februari 2021.


JANGAN TERJEBAK KERJA ONAR DAN MUNGKAR




JANGAN TERJEBAK KERJA ONAR DAN MUNGKAR 
 
Hari ini terlalu banyak
Cerita- cerita tidak sepatutnya berlaku
Menjadi semacam satu budaya bangsa pula
Terutama gemar melakukan kerja onar dan mungkar.


Budaya ini telah tenat
Malah berlakunya secara bersiri pula
Entah apa pula yang mereka ini perjuangkan
Kalau ditanya peserta pun tidak tahu apa tujuannya ?
 
Sebaik seorang rakyat
Hidup dalam Negara seperti Malaysia
Jangan timbulkan kerja onar dan mungkar
Semoga Malaysia dihormati ada rakyat berbilang bangsa..
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan 13 Ogos 2015
Khamis 8.45 pagi


AKU DAN PUISI



AKU DAN PUISI
 
Aku dan puisi
Bagaikan sebati
Dengan diri sendiri
tidak boleh dipisahkan
Seperti lagu dan irama
Musnahlah harapan
Hilanglah impian.
Jika aku tidak mencatatnya.
Jika aku tidak menulis
Terasa pincang pula
Dan rasa terlepas
Satu catatan
mungkin berharga
dalam nilai sejarah
buat penulis baru
untuk menilai kehidupan kita.
 
Oleh: Nuri Mnja,
Catatan jam 6.00 pagi
Ahad 31hb Januari 2016.
Bulan Januari ada 40 catatan puisi citranuri