Jumaat, 5 Mac 2021

JANGAN TERJEBAK KERJA ONAR DAN MUNGKAR




JANGAN TERJEBAK KERJA ONAR DAN MUNGKAR 
 
Hari ini terlalu banyak
Cerita- cerita tidak sepatutnya berlaku
Menjadi semacam satu budaya bangsa pula
Terutama gemar melakukan kerja onar dan mungkar.


Budaya ini telah tenat
Malah berlakunya secara bersiri pula
Entah apa pula yang mereka ini perjuangkan
Kalau ditanya peserta pun tidak tahu apa tujuannya ?
 
Sebaik seorang rakyat
Hidup dalam Negara seperti Malaysia
Jangan timbulkan kerja onar dan mungkar
Semoga Malaysia dihormati ada rakyat berbilang bangsa..
 
Oleh: Nuri Manja,
Catatan 13 Ogos 2015
Khamis 8.45 pagi


Tiada ulasan: