Ahad, 28 Jun 2015

RENUNGILAH LANGIT





RENUNGI LAH LANGIT

Allah jadikan langit,
untuk kita merenungkannya
tanpa tiang, bucur atau berlubang,
bersama cerlawala yang lain ia beredar
inilah satu kebesaran kekuasaan Allah S.W.T
mengapa kita tidak mahu mengambil pengajaran?

Allah menjaga langit,
daripada syaitan yang kejam
tidak dibenarkan masuk ke langit,
pernah kita lihat langit retak dan runtuh
jatuh menimpa bumi, kecuali datangnya kiamat,
mengapa kita sebagai makhluk tidak mahu peduli?

Oleh: Nuri manja,
Catatan Penceramah Bebas,
Tanggal 20 Jamadal Awal 1431.


Jumaat, 19 Jun 2015

LIHATLAH KEKUASAAN ALLAH SWT INI




LIHATLAH KEKUASAAN ALLAH S.W.T INI

Renunglah kebesaran Allah yang maha kuasa ini
telah membekalkan kita dengan beribu-ribu bilik
buat menyimpan segala khazanah untuk ingatan
bagai laptop yang menyimpan data pengisiannya 

Saban hari kita melihat diri di hadapan cermin
juga tanpa nyawa otak dan pancaindera yang lima?
bayangkan lah wajah kita cuma tengkorak kering
tidak punya isi urat darah tulang  kulit dan daging

Bolehkah kita bergerak bebas tanpa keizinannya
pasti kita susah untuk mengenal kita sesama kita
merakam segala peristiwa yang lalu sebagai ingatan
mengenal jalan pulang ke rumah jumpa anak isteri.

Sepatutnya kita Insaf lah  kelemahan kita selama ini
bahawa kehidupan ini ada tempat pergantungannya
yang perlu kita nilai akan kebaikan dan keburukan ya.
sebelum kita dijemput kembali ke pangkuan Ilahi......

Oleh : Nuri manja,
pagi hari, mentari sebak tsunami,
Catatan 2008

Jumaat, 12 Jun 2015

.KHABAR DARI GUNUNG





.KHABAR DARI GUNUNG
-negeri bawah bayu

Malaysia,Sabah,  Ranau,
Gunung Kinabalu makhluk jamadat
Tunjang kekuatan pasak bumi Pulau Borneo
Bertahun kau biarkan kesabaran berpesta di dadamu
Dengan puluhan ribu makhluk manusia  mendaki puncakmu
Sehingga ada yang berani melanggar kesucian  dan kedamaianmu.


Kini telah mengkhabarkan,
Berita ngeri dan mengerunkan pendaki
Setelah beberapa amaran kecil dan sederhana diberi
Kini cuma gegaran 5.9 skala Richter  telah terkorban  18 orang pendaki
Di puncakmu kembali sepi tiada pesta gila, gelak ketawa atau khemah bermalam
Inilah petanda kemarahan gunung bila manusia mudah lupa tentang kebesaran  Allah S.W.T.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan  Selasa  jam 5.40 pagi
Tanggal  9 Jun , 2015

Isnin, 8 Jun 2015

.MATI ANAK ADAM ADA EMPAT PERAMPAS






 .MATI ANAK ADAM ADA EMPAT  PERAMPAS

Mati anak Adam 
Malikat maut pun
Merampas nyawanya

Cacing tanah pun
 merampas isi daging
dijadikan baja untuk pokok

Anak cucunya pun 
Merampas segala pusaka
Digunakan untuk baik atau buruk

Kawan dan musuh pun 
Akan merampas segala
Kedudukan darjat dan pangkatnya.

Itulah kehidupan 
Yang dikira tidak abadi
Sebab semua benda baharu
Tidak akan kekal buat selama-lamanya.

Oleh : Nurimanja,
Catatan  di sudut ceramah bebas,
Tanggal dua tiga hari lalu 20hb, mach, 2011.

Rabu, 3 Jun 2015

INGIN MEMBACA GERAKAN HATI





INGIN MEMBACA GERAKAN HATI


Sebenarnya aku pun tidak mengetahui
sekadar andaian dan telahan sahaja
siapa yang ketuk pintu di siang hari
si musafir yang beri salam diluar rumah
serkahan gerak kan hati yang berkata
si polan itu cuma insan penagih simpati
serah lah sedikit wang jika ada berlebihan.

Selalunya begitulah gerak kan hati
seolah semacam ada yang memberi tahu
setiap isi cerita sajak yang di ulas
sebagai wadah penyampaian maksud
sesuatu pengucapan yang dilontarkan
semacam sajian untuk kita santap bersama.

seperti terbiasa gerak kan hati
sempat membaca pekerti akal manusia
sama ada di luar ataupun di dalam
semacam terpancar gerak geri wataknya
sama ada boleh dipercayai sebaliknya
sebab gambaran telah pun diberi sebaiknya.


Oleh: Nuri manja,
siang hari jam 3 ptg semalam
Tarikh: 16hb, Mac, 2011.