Rabu, 3 Jun 2015

INGIN MEMBACA GERAKAN HATI





INGIN MEMBACA GERAKAN HATI


Sebenarnya aku pun tidak mengetahui
sekadar andaian dan telahan sahaja
siapa yang ketuk pintu di siang hari
si musafir yang beri salam diluar rumah
serkahan gerak kan hati yang berkata
si polan itu cuma insan penagih simpati
serah lah sedikit wang jika ada berlebihan.

Selalunya begitulah gerak kan hati
seolah semacam ada yang memberi tahu
setiap isi cerita sajak yang di ulas
sebagai wadah penyampaian maksud
sesuatu pengucapan yang dilontarkan
semacam sajian untuk kita santap bersama.

seperti terbiasa gerak kan hati
sempat membaca pekerti akal manusia
sama ada di luar ataupun di dalam
semacam terpancar gerak geri wataknya
sama ada boleh dipercayai sebaliknya
sebab gambaran telah pun diberi sebaiknya.


Oleh: Nuri manja,
siang hari jam 3 ptg semalam
Tarikh: 16hb, Mac, 2011.

10 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

CERPEN LAGENDA CITRANURI BLOG CITRA RASA
BERTAJUK : MENCARI KETENANGAN
BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG.
OLEH: NURIMANJA

SELEPAS solat issyak, aku malas untuk menunggu jamuan kenduri malam jumaat: Begitulah keadaan penduduk di taman perumahan ku, setiap malam jumaat ada sahaja kenduri tahalil dan doa selamat dilaksanakan.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku terasa hendak segera bergegas pulang. Tidak seperti malam-malam jumaat yang lalu atau lainya, aku akan duduk dulu berbual-bual , atau bertanya kabar dengan kawan dan kekadang bertanya hukum hakam kepada Pak Haji atau pun Pak Lebai.

Aku menghidupkan enjin kereta, memandu dengan pelahan, kemudian meninggalkan pekarangan masjid, meredah malam yang mula berlabuh itu. Dikiri kanan jalan raya, lampu-lampu masih terpaksang, terang benderang. Orang ramai masih lalu lalang, mungkin hendak pulang ke rumah masing-masing.

Di sebatang jalan yang memisahkan tanak kebun dengan perkampungan Melayu yang tinggal sadikit sahaja lagi itu, Aku lihat ada bayang-bayang hitam yang berdiri dan merentang jalan di hadapanku.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Aku memberhentikan kereta. Dalam kekalutan berfikir, lembaga itu jatuh dan tersungkur ditepi jalan raya itu. Hatiku bertambah cemas. Peluh keharuan membasahi tubuhku.

Jalan di sini agak lengang sadikit. Kebimbangan kian bersarang di hatiku, . Aku cuba memberanikan diri dengan pelahan aku memberhentikan enjin keretaku, kemudian menolak pintu kereta, aku turun untuk menhampirinya.

Aku menapak pelahan-lahan sambil memerhati kiri dan kanan , tidak ada siapa pun disitu. Lalu aku cuba menghampiri lemaga itu biar lebih dekat lagi. Ahh! Alangkah anihnya. Dan terkejutnya aku; Apa yang aku lihat seorang anak gadis Cuma berpakain baju tidur dalam keadaan tidak sedarkan diri.

DADAKU begitu kencang berdebar. Perasaan cemas dan bimbang datang menyerang dibenak hatiku, dan berbagai andaian yang menghantui bermain-main di kotak pemikiranku.

Aku cuba bertenang, namun, peluh kegelisahan memercik keluar. Aku cuba mengumpul tenaga bersama semangat yang menebal, aku akan cuba menghadapinya segala rentangan. Pelahan-lahan aku menghampirinya.

“Kasihan!”Dia tidak sedar diri, kemana dia hendak pergi?” Satu pertanyaan meloncat keluar dari benak hatiku. Perasaan seram juga mencengkam seluruh tubuhku,aku memberanikan diri, dan cuba membantunya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Dengan rasa belas kasihan dan bersimpati, aku mengangkatnya dan cuba meletakkannya ke dalam keretaku di tempat duduk belakang. Terkial-kial aku mengangkatnya seorang diri,tidklah tertalu berat, tetapi lembek bagai batang pisang dilindis lori. Aku menghiupkan kereta dan memecut pergi.

Setibanya di depan pagar rumahku: Hatiku mulaicemas dan bimbang terhadap tuduhan mak nanti. Tapi , aku cuba memujuk hati menghapuskan kebimbangang, jika aku berada dipihak yang benar.

Mak pun keluar membuka pagar, bila kereta masuk, injin kereta aku matikan, pelahan-lahan aku turun dan pergi ke pintu belakangm kemudian membukannya dan mengangkat anak gadis yang berpakaian baju tidur itu masuk ke dalam rumahku.

“Ehh, Jalil! Apa nak jadi dengan kau ini? Orang pergi solat berjumaah dekat masjid itu, hendak cari pahala yang berganda, tetapi engkau pergi solat, bawa balik apa ini ? Kenapa dengan budak permpuan ini?”,Gerutu mak padaku.

“Suipp!” Aku meletakan hujung jari tanganku ke bibir, minta agar mak bercakap pelahan sadikit, aku amat khuatir jika jiran-jiranku terdengar dan melihat nanti. Dan lebih membimbangkan lagi kalau-kalau anak gadis itu pula tersedar.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Anak gadis itu aku letak di ruang tamu di atas sofa panjang tempat aku selalu relax menonton tv. Aku meminta Mak memabawa air semangkok , kemudian meminta Mak untuk menyapu air dan membersih badannya, sementara aku duduk di ruang dapur.

Seketika kemudian Mak keluar dan menemui aku di ruang dapur, “Aku lihat budak Itu tidak ada kecedraan, cuma dia dalam keadaan letih mungkin, tidak makan agaknya,” kata mak padaku. Aku menceritakan apa yang telah berlaku, sehingga aku bawa anak gadis itu pulang ke rumah. Mak aku lihat sesekali semacam cemas dan takut. Tetapi dia tetap membantuku.

“Mak , khuatir, nanti kau diangap mencolek anak gadis orang, bagaimana bila ibu bapaknya mendakwa kau nanti?” kata Mak
“Ataghfiruallah halazim … Tidak terlintas di hati saya untuk berbuat begitu Mak.”Kataku kepada Mak untuk memberi keyakinan.
“Tetapi Mak khuatir juga , nanti masyarakat taman ini tidak mahu menilai itu semua, Kau mesti faham Jalil,” Mak semacam mempertahankan pendapatnya

Aku menjadi serba salah untuk mencari jalan menenangkan fikiran Mak. “Mak jangan susah, saya sedia menerima sebarang tuduhan, saya cuma ingin menolong, bila saya lihat ia jatuh tadi,” Aku memberi pengakuan pada Mak. Akhirnya Mak memandang mukaku, kemudian menganggukkan kepalanya, walaupun aku tahu hati Mak tidak setuju dengan tindakan aku itu.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Malam itu aku tidur di kerusi malas di ruang tamu mengawasi keadaan anak gadis itu, bersama mak semenangnya seorang tua yang kuat berjaga malam. Tiba-tiba anak gadis itu bersuara sambil bertanya.
“ Dimana saya berada ini ?

Ohh! Sakitnya rasa kepala saya ini.” Aku terdengar keluhan anak gadis itu, seperti orang dalam kerusingan.
“Anak ini berada di rumah Makcik, jangan takut, anak makcik yang telah menolong anak tadi,” kata Mak kepada anak gadis itu seperti memujuk untuk menenangkan fikirannya.

Dia memusingkan kepalanya lalu memicitkannya, sambil berkata dahinya turut berkerut, “Dimana anak makcik tadi, dia yang menolong saya tadi, saya ingin bercakap dengannya?” kata anak gadis itu, sayu bunyinya.
“Ada, nanti makcik panggil.” kata Mak, belumpun sempat Mak memanggil, aku terlebih dahulu bangun mendapatinya.
“Emm, kau dengar apa yang ia kata tadi?” Soal Mak padaku, sambil membeliakkan kedua biji matanya, bila melihat aku telah menhampirinya.
“Iya! Saya dengar Mak.” Jawabku.
“Apa yang dia mahu?” Tanya Mak, matanya memandang tepat kemukaku, aku pun
menjadi serba salah untuk menentang mata Mak.
“Saya ingin menemuinya,”kata anak gadis itu, kuat sadikit bunyi suaranya, seperti mengharapkan sesuatu daripadaku.
“Dia ada disini,”kata Mak.
“Ia, saya!””

nurimanja49@gmail.com berkata...

Aku terpaksa juga memberanikan diri, mnghampiri sopa tempat anak gadis itu terbaring yang dulunya memang tempat aku relax menonton bola sepak dunia setiap malam.

“Saudara tolong saya tadi? Saya masih ingat, tetapi saya tak dapat bersuara, kerana terlalu letih dan tiadak bermaya,” katanya , dia seperti ingin menerangkan sesuatu padaku, aku menjadi serba salah.

Rupanya , tadi dia bukanlah pngsan atau tidak sedarkan diri, cuma dia tidak bermaya: bisik hatiku, aku cuma tunduk, membisu didepannya.

“Saudara tolong dekat sadikit disini, saya ingin menceritakan sesuatu kepada saudara,” kata anak gadis itu. Mak juga turut terharu. Melihat kelakuan ana gadis ini.

Aku menjadi serba salah, Mak pula membeliakan kedua biji matanya, sambil menjuehkan bibirnya dan mengerlingkan kedua belah tangan dan jarinya.kemudian Mak mengangkat keningnya pula kepadaku.

“Ya se se saya ada di sini ceritalah.” Aku tergagap- gagap memberi pengakuan, dan segera mendekatinya, Mak terpaksa memberi ruang padaku, Aku amat khuatir jika Mak berkecil hati.

“Terima kasih atas budi baik saudara kerana menolong saya tadi,”katanya padaku, kemudian memaksa dirinya mengukir senyum.
“Emm! Kenapa saudari boleh jadi begini, berjalan seorang diri di jalan sunyi di malam hari?”Aku mengemukakan soalan kepadanya.Terasa aku mula berani Sadikit.

nurimanja49@gmail.com berkata...

“Siapa nama? “Tanya anak gadis itu,
“Jalill!!” Kata Mak belum pun sempat aku membuka mulut untuk menjawabnya, Mak telebih dahulu menberitahu namaku, Belum pun sempat aku bertanya namanya
“Anak ini, nama apa?” Mak terlebih dahulu bertanya pula kepada anak gadis itu.
“Puteri, Puteri Syahadah,” kata anak gadis itu, aku rasa nama itu agak menarik juga dan sesusai dengan orangnya yang kecil molek gayanya, belum pun aku bertanya.
“Emm cantik nama tu, Makcik ini nama Syamsiah,” Mak terus mempekenalkan namanya, kemudian dia berlalu ke dapur seperti memberi peluang kepadaku pula. Aku mula berani: Sebelum ini aku memang tidak pernah menegur siapa dengan anak gadis orang,lebih-lebih lagi duduk berduan begini pula.

“Saya ingin mencari ketenangan..” Tiba-tiba anak gadis itu bersuara bagai memberi jawaban, Aku bertambah terharu, berbagai andaian datang bermain di benak hatiku.
“Mencari ketenangan? Seorang diri di jalan sunyi di malam hari?”Soalku, bila mengenangkan waktu mula aku menemuinya tadi, Ah anih. Anak gadis ini, keloh hatiku.

“Ya! Disini saya menemui ketenangannya,” kata gadis itu, Aku menjadi bertambah terharu dan tidak mengerti, bila cuba menilai akan kata-katanya itu.
“Dirumah saya ini?” kataku sekali lagi, inginkan kepastian darinya seperti mendesak.
“Ya! Rumah ini dengan rumah saya berbeza.” Katanya tersenyum.

nurimanja49@gmail.com berkata...

AKU betambah terharu dan tidak mengerti, seketika kemudian aku melihat dia menangis pula, tersedu-sedu nampaknya. Aku bertambah gelisah dibuatnya. Apa yang dapat aku nilai daripada gaya dan pakaiannya dia munkin anak orang yang berada.

“Kenapa menangis? Apa pula bezanya?” Soalku, ingin tahu daripadanya.
“Di rumah saya tidak ada mempunyai rasa ketenangan. mama dan papa saya sebuk dengan tugas masing-masing, sehingga saya tiada ruang untuk bersama mereka,bapa dengan hasil perniagaannya, mama pula dengan tugas kemasyarakatannya.” Di pipinya mengalir air jernih.Hatiku kian bertambah terharu.

“Kenapa saudari, Emm Maaf cik Nur berkata begitu?” Soalku lagi ingin mengetahui. Akan latar belakang kehidupnya.keluarganya.
“Mama dan Papa mengaku kami ini orang Islam, tetapi budaya kami tidak langsung ada ciri budaya terpimpin ke arah orang keluarga Islam, malah kata mama dan papa Agama yang kami anuti ini boleh membawa ketenangan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat, tetapi saya tidak pernah mreasai ketenangan itu.” Dia menangis lagi, airmatanya semakin banyak mengalir ke pipi.

Aku berastagfar beberapa kali dan menggeleng-gelengkan kepala tanda sedih dan bersimpati kepadanya. Dalam kepala otakku berbagai andaian datang bermain di benak hatiku, malah mengambarkan dan menceritakan sesuatu yang buruk berlaku.

Sesekali hatiku pun tersentak: Betapalah pengaruh harta dan kekayaan sering membuat manusia itu lupa pada agamanya, jauh sekali untuk membawa diri beriman dan bertaqwa kepada Allah yang maha esa.

nurimanja49@gmail.com berkata...

“Saudara, Emmm, Maaf Jalil. Tolong jangan hantar saya pulang ke rumah. Saya ingin tingal di sini. Saya ingin mncari ketenangan. Saya kekurangan ilmu keagamaan, saya Cuma dapat belajar sadikit sahaja sewaku di ekolah dahulu..” Kata-katanya terhenti,

Aku lihat dia, seperti sedang memikirkan sesuatu. Entah apakah kenangan yang sedang bermain difikirannya, sesekali dia senum, sesekali dia menangis menitiskan air matanya. Aku pun menjadi hairan.

“Tolonglah! Benarkan saya tinggal di sini , saya ingin mencari ketenangan, bimbingilah saya ke jalan yang benar, selama ini saya telah banyak berdosa kepada Tuhan” Dia menangis lagi, aku semankin bertambah terharu dibuatnya.

Tiba-tiba mak tercegat di belakangku,di tangannya menatang se gelas air sambil dia menghulurkan gelas itu kepada Puteri Syahadah “Minum air penawar ini nak!” Kata mak , aku lihat Mak begitu bersimpati dengan anak gadis itu.

Aku berkira-kira dalam hati, Ada rupa juga anak gadis ini, bertuah jika sesiapa dapat menjadikannya isteri atau pun teman hidup.Walau pun aku belum lagi mengenali siapa mama dan papanya dengan lebih dekat, tetapi aku yakin dia . mungkin anak tunggal.

Setelah meminumnya , Puteri Syahadah tiba-tiba bangun memeluk Mak dengan erat sekali. Aku betambah terharu, “Sebenarnya Mak telah mendengar semua perbualan kau orang berdua tadi, “kata Mak tenang.

nurimanja49@gmail.com berkata...

“Makcik, benarkanlah saya tinggal di sini buat sementara waktu, mama dan papa saya telah keluar negara, saya tidak mahu tinggal di rumah mak saudara yang bukan beragama Islam,

walaupun mereka sepupu mama berketurunan Siam, papa berketerunan serani, Mereka memeluk Islam , tetapi mereka tidak mengamalkan seperti apa yang diharapkan,” katanya sambil menangis pilu.

“Jangan bersedih nak, makcik telah beri anak minum air zam-zam dan penawar selawat nabi, semoga Allah buka pintu hati anak, dengan memberi taufik an hidayah kepada anak, agar mendapat ketenangan nanti, Insyaallah,” kata Mak tenang saja.

“Saya ingin belajar dengan makcik tentang agama Islam, ajarlah saya makcik, sembahyang dan baca quran, saya ingin mencari ketenangan makcik,” kata Puteri beria-ia bunyinya.

“Esok, kau bawalah dia pulang ke rumahnya, dan ceritakan apa yang telah berlaku kepada mak saudaranya, jika mereka membenarkan anak saudaranya belajar di rumah kita, Mak sedia memberi bimbingan kepadanya,” kata Mak dengan rela hati.

Aku melihat Puteri Syahadah begitu sedih sekali. Air matanya begitu banyak mengalir, sedu sedannya tidak juga berhenti, seperti ada sesuatu penyesalan yang terpendam dalam hidupnya selama ini.

Namun aku tetap yakin: Kewibawaan Mak sebagai bekas seorang guru agama akan dapat membimbing Puteri Syahadah ke jalan yang direhai Allah. Aku juga berdoa kepada Allah: Semoga anak gadis ini segera menemuit ketenangan daripadaNya. Amin!

S E L E S A I.